Mengisahkan kisah hidup Rasul junjungan kita, nabi Muhammad S.A.W..Selamat menonton!
Thursday, July 14, 2011
Monday, July 11, 2011
[Filem] Valley of the wolves Palestine 2011
"Filem ini mengisahkan kezaliman tentera israel dan
menunjukkan kehebatan 4 perjuang palestine menyerang kubu tentera israel sehingga beberapa kubu tentera israel musnah. malah didalam filem ini juga telah menyaksikan kemenangan keatas palestine dalam peperangan ini."..SAKSIKAN..
Saturday, July 9, 2011
Belajar Untuk Menerima
Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cobaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita...Mengajar kita erti menerima...
Setiap anak adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi org yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi patayya dan air laici, malam ini pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, disinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.
Begitu juga rezeki dari segi belajar. Sebagai contoh: Aminah merupakan pelajar SK Fakeh Abdul Samad, setelah itu dia melanjutkan pelajaran ke SMK Seri Mahkota. Kemudian tamat sahaja SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan kemudian menyambung pelajaran ke Universiti Malaysia Terengganu..Ini semua merupakan ketetapan Allah kepada setiap hamba-Nya. Suatu ketentuan yang telah ditetapkan sejak azali lagi.
Ketika Aminah di sekolah, matriks dan universiti banyak pula cabaran dan dugaan yang diberikan Allah sesuai dengan kesanggupannya. Segala dugaan dan cabaran yang ditempuhi haruslah diiringi dengan kesabaran dan kecekalan..Bagaimana untuk menerbitkan rasa sabar??
Rasa sabar insyaAllah dapat dilahirkan apabila seseorang itu belajar untuk menerima..Belajar untuk menerima segala ketentuan Allah..Apabila seseorang itu terima segala dugaan Allah dengan sabar yang sempurna..Maka ganjaran yang besar diperoleh di dunia bahkan ganjaran yg sgt besar di akhirat ^_^.
Usahlah khuatir..Kerana Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya..Segala kesusahan yang kita hadapi moga dapat memberi suatu hasil yang lumayan di dunia dan di akhirat kelak.
"Bersama kesusahan ada kesenangan, Sesungguhnya bersama kesulitan ada kesenangan." (Al-Insyirah, ayat 5 dan 6)
Usaha, Doa, Tawakal dan Redha
Bagaikan suatu formula pula..Usaha+Doa+Tawakal+Redha = TENANG..Sudah pasti ketenangan dapat dihasilkan apabila menggunakan bahan-bahan seperti Usaha..tanpa usaha kita tidak mungkin berjaya (dengan izin-Nya)..kerana Allah tidak menyukai hamba-Nya yang selalu berdoa tetapi langsung tidak berusaha..sebagai contoh:
Ali sangat lapar ketika itu, dia terus berdoa kepada Allah agar memberinya makanan..Namun begitu, dia langsung tidak berusaha untuk mendapatkan makanan..
Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum itu melainkan dia berusaha untuk mengubahnya sendiri..Ya, USAHA!
Doa merupakan senjata mukmin,berdoalah dan jangan sombong! Allah tidak menyukai hamba-Nya yang sombong iaitu yang selepas selesai solat, langsung tidak berdoa meminta kepada Allah.
Setelah kita masukkan bahan usaha+doa, kita campurkan pula ramuan Tawakal..Tawakal bererti berserah kepada Allah..
Dan bahan yang terakhir adalah Redha..sebagai contoh apabila seseorang itu memperoleh keputusan peperiksaan yang tidak cemerlang..seharusnya dia redha,walaupun dia sudah berusaha dan berdoa sehabis mungkin..Bersangka baiklah pada Allah..Allah lagi kenal kita berbanding kita mengenali diri sendiri..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hamba-Nya...
Maka,apabila kita redha...Bahan-bahan tersebut telah membuatkan kita mencapai tahap TENANG..:)
InsyaAllah
Wallahualam
P/S: Semoga menjadi suatu peringatan buat diri ini agar lebih menerima segala ketentuan Allah..Kerana Dialah Allah Yang Maha Mengetahui segalanya ^_^ ..Moga bermanfaat..
Subscribe to:
Posts (Atom)