Saturday, March 5, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 3 : Adik-adikku pulang!

“Assalamualaikum ibu, adik balik hari ni. Ada cuti semester, adik naik penerbangan petang ni dan insyaallah sampai hari esok”,kata Ainul dengan lembut.
“ Waalaikumsalam, yeke? Seronok ibu,hmm..abang kamu balik juga ke?”,tanya ibu dengan penuh tanda tanya.
“Ohh,abang tu tak tahu lah ibu..abang busy sangat,adik tak sempat nak tanya”,jawab Ainul dengan nada yang seronok,excited nak balik rumah.


Ainul iaitu adik bongsu baru sahaja berada di tahun pertama University of Kent di England dalam bidang pengajian Asia Tenggara. Ainul sememangnya manja dengan ibunya dan sentiasa bertanya khabar tentang ibunya. Begitu juga dengan Naufal yang tiap hari akan bertanya khabar tentang ibu dan ayah melainkan jika dia busy,maka mungkin dia akan jarang menelefon sejak itu. Naufal yang kini berada di tahun akhir Universiti  Islam Madinah dalam jurusan sarjana muda syariah sememangnya sibuk dengan projek akhir dan juga peperiksaan akhir universiti.

“ Ibu jangan lupa kirim salam kat kakak, rindu kat semua..assalamualaikum”
“Insyaallah,jaga diri ye adik..waalaikumsalam”
**********************************************************************************
Setelah ibu mendapat panggilan telefon daripada anak bongsunya, ibu mendapat pula mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

‘Salam..ibu,ni Naufal..Naufal minta ampun dengan ibu sebab sudah lama tak telefon ibu,buat ibu risau..ampunkan Naufal ye ibu..telefon bimbit beserta dompet Naufal hilang..Naufal guna telefon sahabat Naufal kat sini..Ibu doakan Naufal berjaya dengan projek akhir dan berjaya harungi dugaan Allah ye ibu..assalamualaikum’

Ibu membalas mesej;

‘Naufal sayang,ibu dah lama ampunkan Naufal..ibu faham keadaan Naufal di sana..insyaallah ibu doakan Naufal..ibu restui Naufal..waalaikumsalam.’

Naufal merupakan satu-satunya anak lelaki dalam adik beradik aku. Sejak kecil lagi Naufal memang sangat menghormati ibu dan ayah, Naufal bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan dari segi sahsiah.

Apabila tiba hari aku,ibu dan ayah menjemput Ainul di lapangan terbang,aku merasakan seperti tidak sedap hati. Tidak seperti selalu, ketika di lapangan terbang aku meminta diri untuk ke tandas ,secara kebetulan aku bertembung dengan Cik Mah dan suaminya. Cepat-cepat aku bersalaman dengan Cik Mah dan menghulurkan senyuman.

“Sorang je ke?”
“Tak adalah makcik, saya dan keluarga datang nak jemput adik”
“Oo..mana ibu dan ayah kamu?”
“Ada,kat sana tu..”,kata aku sambil menunjukkan arah kedudukan ibu dan ayah.
“Kebetulan pula,hari tu kamu kata nak berta’aruf dengan calon suami yang nak meminang kamu kan..kejap ye”

Aku mula berasa tidak sedap hati,apa yang nak dilakukan oleh Cik Mah ni sebenarnya?

**********************************************************************************
Sudah tiba masanya untuk aku dan keluargaku ke lapangan terbang untuk menjemput adikku Naufal. Kali ni Naufal pulang dengan segenggam ijazah, aku bangga dengan adikku Naufal yang berjaya mencapai cita-citanya sejak dari dulu lagi.

‘Lama pula Naufal ni nak sampai,dah setengah jam’,desis hatiku sambil memerhatikan jam tangan. Rupa-rupanya ibu memerhatikan aku sedari tadi;

“Sabar la kakak,sabar tu sebahagian daripada iman”,kata ibu dengan lembut.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Memang betul cakap ibu tu. Teringat pula aku akan peristiwa minggu lepas;

“Perkenalkan,inilah Muhammad Azam yang suruh Cik Mah masuk meminang Rabiatul”,kata cik Mah sambil tersenyum.

Aku tersipu-sipu malu,aku hanya lihat wajahnya dengan sekali imbas sahaja. Aku mahu elakkan daripada panahan syaitan,aku takut akan berlakunya zina hati nanti. Astaghfirullahalazim..seingat aku ketika itu calon suamiku ini berpakaian jubah putih dan membawa beg besar berwarna hitam.Mungkin baru pulang dari luar Negara.Entahlah!

“Maafkan ana, ana yang suruh cik Mah rahsiakan tentang ana,semasa anti dipinang hari tu, ana berada di Madinah”,jawab Azam sambil tertunduk.

Aku faham dengan situasi yang dialami,jadi hanya sebentar sahaja ‘proses ta’aruf aku dan Muhammad Azam di airport tersebut. Kami nak elakkan daripada panahan syaitan menjadi semakin parah,aku akui selepas pertemuan itu aku rasakan seperti perasaan suka itu mulai berputik. Astaghfirullahalazim,jika benar dia adalah jodohku,biarkan perasaan ini berputik kerana cintanya padaMu Ya Allah!

“Hah tu dia Naufal..”,kata ibu sambil menarik lenganku. Tersentak aku dari lamunan,nasib baik ibu tak perasan!

“Mak sihat?”,tanya Naufal sambil bersalaman dengan ibu dan ayah.
“Alhamdulillah,Naufal?”
“Alhamdulillah,ayah sihat?”
“Alhamdulillah,sihat aje..”,jawab ayah sambil tersenyum.
“Kakak, Ainul makin ‘sihat’ Naufal tengok”,kata Naufal sambil ketawa kecil.
“Nak buat macam mana kan..dah ‘sihat’,ok la tu”,jawab aku sambil tersenyum. Ainul  hanya ketawa kecil aje.

Sedari tadi aku tengok Naufal sibuk bermesej,walaupun aku tahu aku tidak patut tahu tentang hal peribadinya tetapi jika melibatkan hal agama,aku wajib!Amar makruf Nahi Mungkar!

Bab 4 : Rahsia Naufal terbongkar!

Hari ini aku berasa stress sangat, kerja aku di pejabat yang masih belum selesai, tempoh untuk aku beri keputusan sama ada terima ataupun tidak pinangan Muhammad Azam telah pun tamat. Kini, aku masih belum jumpa jalan penyelesaiannya. Aku faham, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kesanggupan hambaNya sendiri.
“Kakak,esok kakak tak kerja kan?boleh tak bawa Adik pergi beli barang sikit”, tanya Ainul sambil menghirup air teh.
“Hmm,maaf la Ainul..walaupun kakak tak kerja esok,tapi akak kena pergi kerja juga,banyak sangat kerja yang belum selesai di pejabat. Akak ingat hari esok je lah akak dapat selesaikan semua kerja akak. Insyaallah,kalau siap awal, akak akan bawak adik pergi beli barang.Ok?”
“Ok,insyaallah..”,jawab Ainul sambil tersenyum.
Aku lihat sedari tadi Naufal sibuk menelefon seseorang,dengan siapa dia bercakap?mengapa sejak balik rumah asyik berkepit dengan handphone je?
“Naufal, tak makan ke?”,tanya aku setelah dia habis bercakap dalam telefon.
“Nak makan lah ni,akak..mak ada cerita kat Naufal yang ada orang masuk pinang akak,betul ke?”,tanya Naufal sambil menarik kerusi di meja makan.
“Hmm..kenapa?”,tanya aku,agak kurang selesa apabila adik sendiri tanya hal peribadi aku.
“Kenapa akak tak terima?”
“Mana Naufal tahu yang akak tak terima?”
“Maaf akak..”,jawab Naufal seperti rasa serba salah tatkala menyedari bahawa aku tidak selesa dengan pertanyaannya tadi.
“Tak apa,akak sebenarnya tak bagi jawapan lagi..itu je”,jawab aku untuk mengelakkan daripada Naufal bergelumang dengan rasa bersalah.
Ainul sedari tadi hanya mendengar perbualan kami dan tidak cuba untuk masuk campur. Ainul mulai bangkit dari tempat duduknya dan terus ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk.
“Hmm,maaf kalau Naufal tanya,akak dah ada calon lain ke?”
“Astaghfirullahalazim, siapa lah akak ni Naufal..akak lebih suka mencari cinta Allah daripada cinta manusia..Naufal kan tahu,nak jadi isteri yang solehah ni bukannya mudah..perlukan persediaan yang cukup,ilmu di dada belum cukup lagi”
Naufal hanya tersenyum-senyum tatkala mendengar jawapanku. Biarlah! Asalkan aku dah lepaskan apa yang terbuku selama ni.
*************************************************************************************
 Tatkala aku sedang mengemas dapur,telefon bimbit Naufal berdering. Naufal masih lagi tidak kelihatan,lantas aku menjawab panggilan tersebut;
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..ini siapa?”,jawab si pemanggil
“Nak cakap dengan Naufal ke?dia tak ade,nak tinggalkan pesanan?”,jawab aku.
“Tak apa lah..nanti ana telefon balik,assalamualaikum”
“waalaikumsalam..”
Aku seperti rasakan sesuatu yang pelik setelah menjawab panggilan,sesuatu yang sudah lama aku tidak rasakan. Macam pernah dengar sahaja suara pemanggil tadi.Astaghfirullahalazim..
*************************************************************************************
“Ana yakin, akak ana tak ada sesiapa pun,dia cuma perlukan sedikit masa aje,anta jangan risaulah..Assalamualaikum”,jawab Naufal untuk mengakhiri perbualan telefonnya itu.
 Tanpa Naufal sedari,sebenarnya aku sudah lama berdiri di belakangnya pada lewat malam tersebut.
“Eh.. kakak,ke..ke..kenapa takk tidur lagi?”,tanya Naufal tergagap-gagap.
“Naufal cakap dengan siapa tu?kenapa ada cakap pasal kakak?”,tanya aku dengan wajah serius.
Sememangnya pada malam itu aku tidak dapat tidur lena,jadi aku bangun untuk menunaikan solat istikharah.Setelah selesai menunaikan solat, aku terdengar bunyi orang sedang berbual di ruang tamu.
“Akak,sebenarnya..err..Naufal..err..minta maaf kak”,jawab Naufal sambil tertunduk.
“Cakaplah..apa?”
“Muhammad Azam yang telefon Naufal tadi”
Tercengang aku tatkala mendengar nama tersebut,tiba-tiba perasaan pelik juga kembali.Perasaan seperti bahagia je.
“Macam mana Naufal dan dia…”,belum sempat aku habiskan ayat Naufal memotong pertanyaan aku.
“Sebenarnya Azam ni senior Naufal,dia pernah satu sekolah dengan akak..Cuma berpisah bila akak sambung belajar kat lain dan dia pun kat lain. Dia dah lama berkenan dengan akak..”
Tiba-tiba aku rasa muka aku kian panas seperti kemerahan..dia? aku?? Sambung Naufal lagi..
“Kat universiti,Masa tu Azam pinjam laptop Naufal sebab laptop dia rosak,Naufal letak gambar family kita sebagai background,lepas tu dia tanya lah siapa gambar dalam laptop tu,Naufal cakap la yang tu akak..tak sangka pulak yang dia dah lama ada hati kat akak sejak sekolah lagi..lepas dia dah graduate dan dah kerja setahun lebih,dia contact Naufal balik..minta no.telefon rumah,Naufal pun bagilah..Tapi Naufal tanya juga untuk apa,dia pun cakap yang dia nak pinang akak,Naufal setuju je”,cerita Naufal sambil tersipu-sipu.
Kali ni aku dapat rasakan muka aku seperti nak terbakar dah..malunyaaa! Ya Allah,jika aku sudah ketemu cinta hatiku,janganlah pula Engkau kurangkan cintaku padaMu.
“Jadi selama ni orang yang Naufal selalu berkepit dengan telefon tu rupanya Azam lah?”
Naufal menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sipu.
“Ish,kamu ni”
“Akak tak suka ke kat abang Azam tu?”
“Akak nak masuk tidur dulu,Naufal jangan tidur lewat sangat ok”,jawab aku mengubah topik. Malas aku nak memanjang-manjangkan soal perasaan ini. Hatiku hanya Allah yang pegang!

No comments:

Post a Comment