Friday, December 24, 2010

Sains Samudera..Mengenal daku akan kehebatan Yang Maha Pencipta

Sains samudera atau lebih dikenali sebagai sains marin merupakan jurusan yang ana pelajari sehingga sekarang, masih berbaki setahun setengah untuk ana menamatkan pengajian ini...InsyaAllah

Ketika ana di semester 1, siswa dan siswi di semester 1 diwajibkan ke Pulau Bidong untuk melatih kekuatan mental dan fizikal. Pelbagai aktivit yang di jalankan seperti 'water confidence' iaitu siswa dan siswi di bawa dalam bot ke tengah laut (bukannya tengah sangat)  dan disuruh terjun ke dalam laut dan berenang sendiri ke daratan. Selain itu, 'jungle trackking' di hutan di Pulau Bidong, berkayak secara berpasangan dan sebagainya.

Aktiviti 'snorkeling' telah menyedarkan ana betapa indahnya ciptaan hidupan laut. Ana dapat lihat ikan yang berenang-renang 'berdekatan' dengan ana. Padahal bukanlah dekat pun, faktor pembiasan meyebabkan ikan kelihatan seperti begitu hampir dengan ana.

Ketika ana di semester 2, siswa dan siswi di jurusan ana berpeluang ke Pulau Kapas untuk subjek Prinsip Kepelautan dan Navigasi. Alhamdulillah, ana berpeluang sekali lagi melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bukti Penciptaan Allah telah membuka hati dan minda ana untuk terus dalam perjuangan ini,mencari cinta hakiki.

Ketika cuti semester iaitu sebelum ana masuk semester 3, siswa dan siswi jurusan ana berpeluang ke Pulau Redang untuk membuat kajian untuk subjek kerja lapangan. Subhanallah, inilah kenangan yang paling tidak dapat ana lupakan, ana mentarbiah diri ana supaya lebih dekat kepadaNya dan supaya melakukan sunnah kekasihNya iaitu Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam.

Pelbagai kajian yang kami jalankan seperti:

1. Physical Oceanography
-  Kami mengkaji pergerakan arus air dan arahnya dengan menggunakan current profiler.

2. Chemical Oceanography
- Kami mengkaji kemasinan air laut dengan menggunakan hydrolab
- Mengkaji kekeruhan air dengan menggunakan secchi disc

3. Geological Oceanography
- Mengkaji saiz pasir di pesisir pantai Pulau Redang untuk mengetahui 'sedimentological characteristics' seperti skewness dan sebagainya.

4. Biological Oceanography
- Mengkaji 'categories of coral' melalui tali pita yang dibentangkan ke dasar laut. ( kajian dilakukan melalui snorkeling, diving dan manta tow )
- Plankton night ( subhanallah, kami melihat plankton yang mengeluarkan cahaya ketika malam - cahaya dikeluarkan kerana enzyme yang dirembeskan yang dipanggil luciferase. )
- Mengkaji seaweed dan pelbagai hidupan lain yang di tangkap menggunakan bongo net, kitahara net, sledge,smith maclyntyre grab dan sebagainya.- subhanallah

                                                       *Antara marine life yang kami jumpai 
                                                                        -Brittle star-
                                               Ini adalah gamat yang dijumpai kami (group lain)



* Gambar di atas adalah antara yang dijumpai kami ketika kajian di Pulau Redang..Cantik kan? Subhanallah..


5. Remote sensing

- Mengkaji cahaya yang dipantulkan dan yang diserapkan oleh laut menggunakan spectroradiometer


* Subhanallah..sem lepas merupakan semester yang paling tidak dapat ana lupakan. Selama seminggu kami (siswa dan siswi sains samudera ) di Pulau Redang melakukan kajian di sana.

* Tidak pernah ana berada di bot melebihi setengah jam malahan lebih dari 3 jam perjalanan kami untuk sampai ke Pulau. Alhamdulillah, ana tidak mabuk atau muntah-muntah sepanjang kajian dilakuan tetapi hanyalah mabuk darat. Ana menanggung mabuk darat selama seminggu. Barulah kebah!

* Allah memang Maha Hebat, menciptakan alam, menciptakan segala-galanya. Bahkan hidupan laut yang begitu indah diciptakanNya.. Semakin banyak ana belajar, semakin ana kenal KehebatanMu Ya Allah!

10 comments:

  1. assalamualaikum wbt..
    laut sememangnya indah..
    bukti kebesaran ALLAH.. Subhanallah...
    saya amat meminati laut.. terutamanya laut dalam.. ^_^

    ReplyDelete
  2. salam.
    boleh bertanya?
    apakah saudari sendiri memohon kos ini?
    ataupun hanya kebetulan?
    saudari dulu lepasan matrikulasikah?

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam..ya ana mohon kos ini krn minat..ana lepasan matrikulasi

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah, terima kasih info nih , walaupun skit , tapi membantu saya utk memahami apa yang nak kena buat kat sana , terima kasih :D

    ReplyDelete
  5. saya ditawarkan join sains marin,tp saya tolak sbb x memahami apa yg bakal dipelajari

    ReplyDelete
  6. Salam.. nk tanya.. . Klu sye ambik bidang ni nnti boleh kerja apa ye?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum, saya lepasan matrikulasi , nak tanya, yang tak reti berenang tu macam mana??

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum..nak tnya..kalau gadis berkaca mata sprti saya ney sesuai x nak ambik course ney ? kn nak msuk dlm laut?? erm sekadar bertanya..

    ReplyDelete
  9. salam , sekarang kerja apa ye ? macam best je

    ReplyDelete
  10. Sains perikanan ade jgak tak kerja lapangan mcm sains samudera

    ReplyDelete