Bismillahirohmnirohim..
Mengenal diri? sudahkah anda mengenal diri anda..??
Sesiapa yang mengenal dirinya yang bersifat penuh kehinaan (kerana banyak berbuat dosa), kebinasaan, maka dia mengenal sifat Allah swt.
Terdapat dua jalan untuk mengenal Allah iaitu:
- Jalan Usuluddin = Kenal hakikat diri manusia.
- Jalan Ihsanuddin= Zauqi (jalan ahli tasawwuf) iaitu mengenal diri melalui rasa hati.
Sebaliknya,barangsiapa yang jahil, tidak memahami, tidak mengenali dirinya, maka untuk mengenal Allah swt adalah lebih jahil lagi..
Selain itu,bagi org yang berakal mereka perlu berusaha untuk mendapatkan makrifat sebelum tibanya waku kematian yang akhirnya membawa kpd kerugian besar.
Alam roh merupakan sesuatu yang sangat rahsia dan dirahsiakan oleh Allah. Oleh sebab itu, dilarang sama sekali untuk menyelidiki alam roh kerana ditakuti terbabas.
Roh sebelum terikat dgn jasad
Roh diciptakan dahulu sebelum jasad diciptakan. Apabila jasad dicipta oleh Allah swt, maka Allah meniupkan sahaja roh tersebut ke dalam jasad.
Dikisahkan bahawa ada seseorang telah datang berjumpa Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi berbual dengan org tersebut seolah-olah sudah lama kenal. Org tersebut berasa pelik,kerana Salman Al-Farisi malahan tahu akan namanya.Lalu dia bertanya kepada Salman Al-Farisi bahawa bagaimana dia boleh mengenali dirinya. Lantas Salman Al-Farisi menyebut hadis nabi yang lebih kurang berbunyi “ Roh ini seperti tentera yang terhimpun, semasa alam roh (sebelum roh ditiupkan ke jasad), roh-roh yang terhimpun ini bersahabat malahan serasi bersama dan apabila roh ini hidup di dunia (ditiupkan ke jasad), mereka masih lagi bersahabat rapat atau kenal”
Apabila roh lahir ke dunia
Roh apabila lahir ke dunia (bersama jasad),roh ini berada dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang dosa. Namun, apabila meningkat dewasa, roh-roh telah terhijab (tertutup) dengan segala perkara lain yang melalaikan sehingga hilang segala ma’rifat, lupa akan dirinya sebagai hamba Allah.
Maka, roh perlu disedarkan..disedarkan daripada terus terhijab dengan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah. Berikanlah peringatan kerana memberi manfaat kpd orang-orang yang beriman agar ingat akan hakikat dirinya.
Wallahualam
P/s : Secebis ilmu yang dikutip daripada sebuah ceramah (lupa nama ustaz) >_<
MasyaAlah, entry ini benar benar menyentuh kalbu saya.
ReplyDeleteAssalamua'laikum... kenang2kanlah Roh.. Tanpa Roh jasad itu mati.. Kesianilah Roh.. Cintailah Roh..
ReplyDeleteKetika berwuduk belailah Roh yg berada dalam jasad.
Dan ketika bersolat jadikan Roh yang bersolat lupakanlah anggota jasad.
Pulangkan segala sifat kepada Roh..
Hanya Roh yang mampu melihat Allah.. Seperti apa yang dikatakan oleh Imam Malik R.A hanya yang Ghaib dapat melihat yang Ghaib...
Carilah guru yang cintakan Allah.. Guru yang cintakan Allah hanya akan bercakap tentang perkara2 untuk mendekatkan diri kepada Allah sahaja.. Perkara2 yang selain drp mendekati Allah tidak akan membawa kita lebih dekat kepadaNya...
mohon share...
ReplyDelete