Saturday, October 27, 2012

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha


‎"Nabi Ibrahim diarahkan untuk menyembelih sesuatu yang PALING BERHARGA dalam hidupnya, iaitu ANAKnya" 

Ibrah yg terselit disebalik kisah ini:
Jika kamu MENUJU ALLAH, korbankanlah apa sahaja yang paling berharga dalam hidupmu. Jika cinta kamu dan si dia itu kamu rasakan suci, igtlah..cinta Allah lebih suci berbanding segalanya..Berkorbanlah..untukmenuju jln-Nya

Monday, September 10, 2012

Marcapada





Generasi harapan agama


Siapa sangka apabila ‘bunga’ yang kita kenali sejak kecil sudah dipetik dengan ‘rakus’ oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Ya, tiada siapa sangka. Zaman kini yang semakin maju,berteknologi tinggi dan manusia yang tidak pernah kenal erti hidup berpandukan syariat telah melahirkan banyak generasi yang semakin jauh dari islam. Tambah pula apabila generasi ini mula mempengaruhi generasi ‘harapan agama’ untuk melangkaui agama demi kepentingan nafsu semata.

Ya,siapa sangka? Apabila ibu dan ayah merupakan ahli Jemaah yang aktif dalam dakwah, tetapi zuriat yang dilahirkan adalah pada mulanya ‘harapan agama’ sudah mula terpengaruh dan ‘kalah’ dalam perjuangannya. Pasti ada silapnya dalam mendidik atau sebenarnya Yang Maha Pencipta menganugerahkan ujian ‘kasih sayang’ dari-Nya.


'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'

Bukanlah cerita ini yang ana mahu coretkan. Eloklah jika ana berikan tajuk “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Terkilan rasanya, bimbang juga..Perasaan bercampur baur,betapa umat islam kini kian menderita. Betapa mereka kalah sebelum sempat berjuang.

Manusia perlukan peringatan dan harus sentiasa diberi peringatan. Ibu bapa dan mereka yang berkepentingan dalam mendidik generasi kini hendaklah menerapkan didikan agama dalam setiap ahli keluarga. Pengaruh persekitaran seperti hedonism, fesyen dan sebagainya benar-benar membuatkan umat islam kini menderita!


Peringatan bersama

Kita semua diahirkan sebagai pendakwah. Wajib untuk kita berdakwah,mengajak arah kebaikan dan mencegah kemungkaran! Mari sebarkan islam dalam setiap diri umat manusia kerana islam merupakan cara hidup kita. Bukan barat,bukan k-POP,bukan gangnam style (hedonism)!!

Saturday, June 30, 2012

Ujian yang SUPER atau aku yang kurang SUPERB?




Melalui sesuatu ujian adalah jauh bezanya dengan orang yang sekadar melihat seseorang yg berhadapan dengan ujian. Buktinya ??

Ya! ana sedang mengalaminya. Betullah tu!
Yang pastinya bukan ana seorang saja, mesti sudah ramai yang melalui situasi ini..



Melihatkan sahabat yang asyik merungut apabila dirinya mempunyai masalah terkadang membuatkan kita berasa kurang senang..bosan...bahkan jemu dah sebab dengar rungutan yang sama tiap hari. Namun begitu, sedarkah kita bahawa sahabat kita itu sedang Diuji ? Dan sedarkah kita bahawa tiap musibah/masalah itu merupakan hadiah ujian Allah buat hamba-Nya ?

Apabila berhadapan dengan sahabat yang mempunyai masalah..agak-agak apakah jawaban ataupun nasihat kita pada dia?

"Sabarlah.."

Ya ! Perkataan inilah yang tidak semua orang boleh mempraktikkannya..Namun, pada masa berhadapan dgn musibah inilah kita cuba untuk praktikkan..Walau sukar, paling kurang usahalah untuk bersabar..

Namun, terkadang orang yang memberi nasihat ini lebih mudah berbanding orang yang menerima nasihat. Seharusnya sahabat yang baik itu perlu bersabar dalam menghadapi sahabat yang hadapi masalah ini. Percayalah !  Sangat berbeza kondisi orang yang sedang mengalami ujian dan orang yang 'mengetahui' bahawa sahabatnya menghadapi masalah.



Terkadang kondisi kita yang berbeza seperti cara pergaulan kita yang berbeza, situasi keluarga yang berbeza, kenangan silam yang berbeza adalah salah satu faktor seseorang itu memilih cara yang berbeza untuk menghadapi masalah.

Nasihat ana adalah kita cuba untuk kenal pasti sahabat yang manakah yg dirasakan sesuai untuk kita luahkan masalah dan sama-sama cari penyelesaian. Sebab tidak ramai sahabat yang boleh selami masalah kita dan kita tak boleh mengharapkan yang sempurna dari mereka..Kerana manusia ini memang kurang sempurna.. Hanya Dia dan Rasul junjungan kitalah yang sempurna ! 



Monday, June 11, 2012

Superwoman PART III



Lagi ciri-ciri SUPERB nya seseorang itu adalah apabila dia tabah mengharungi ujian yang mendatang! Ya, bukanlah mudah untuk menjadi 'superwoman' sehebat Siti Khadijah, sehebat Aisyah humaira', sehebat Fatimah Az-zahra, sehebat Maryam, sehebat Asiah isteri kepada firaun.

Tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha. Yang pastinya ujian yang Allah kurniakan pada wanita hebat ini adalah sgt jauh bezanya jika nak dibandingkan dgn ujian yang Allah timpakan pada kita. Bak kata omputih "small matter". Walaubagaimanapun, jika kita boleh hadapi ujian ini dengan "petik jari je" ...hmm... memang andalah yg dicari-cari selama ini untuk ke ujian yg hebat seterusnya..bukan saja melayakkan diri ke ujian yang seterusnya tetapi juga dikurniakan 'ganjaran' atau 'hadiah' yang hebat!


*vavavava..yang tukang taip ni pong kena sentiasa beringat juga sebab kadang-kadang diri ini alpa dan mudah 'kesot hati' bila ditimpakan ujian. Allahuakabar! lemahnya diri..walau apa pun sama-samalah kita berusaha!


Superwoman PART II



Siapakah superwoman yang seterusnya? selepas Saidatina Khadijah, Saidatina Aisyah, Siti Maryam, Fatimah Az-zahra ...Dalam usaha untuk kita menjadi 'the next superwoman'..

Marilah kita jenguk sebentar ke dalam diri kita apakah kita sudah mengadakan usaha untuk menempah tiket ke tempat yang tidak terjangkau hebatnya iaitu syurga nan abadi! ALLAH..Usahkan orang lain, ana sendiri pun belum tentu..Allah..T_T

Memperkenalkan tiket pertama untuk menimba dan menambah ilmu serta memperbaiki diri iaitu dengan menyertai bulatan gembira..Taraaaa!



Bulatan gembira? Bagaimana ianya menjadi gembira dan mengapa tidak bulatan comel? Ya, tak dinafikan bahawa bulatan kami adalah bulatan yang gembira lagi comel!

Alkisah bermulalah bulatan ini..Pastinya ramai tertanya-tanya akan peri pentingnya bulatan ini. Sebenarnya, apabila kita lihat semula kisah bagaimana nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W mengajarkan islam kepada sahabat-sahabat baginda di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam dan "naqib"nya Rasulullah sendiri. Tambahan lagi, Imam Hasan Al-Banna mengemaskan lagi konsep usrah (bulatan gembira), menyusunnya dan mengembangkannya. 


Mengapa bulatan ini dikatakan gembira?
"Ye dok ni?"


Kerana dalam bulatan inilah kita kenal sahabat baru, membina ukhwah yang belum pernah kita rasakan sebelum! ukhwah yang terjalin kerana-Nya menjadi lebih manis apabila ada sahabat yang saling tegur menegur yang mana mengingatkan kita kepada Allah s.w.t.


"InsyaAllah"


"Ye dok ni?"


"Ehh ada lagi.."


Dalam bulatan ini juga kita berkongsi ilmu, ilmu yang belum pernah kita tahu. Ilmu yang selama ini kita tidak tahu akan peri pentingnya ia dalam terus melakukan ketaatan kepada Allah.




"Ye dok nihhh?"


"Belum habis lagi..."


Selain itu kita juga dapat mengetahui perkembangan isu-isu semasa di dalam dan jugak luar negara!
Dan yang paling penting sekali ialah dapat membina individu yang benar-benar mengamalkan ajaran islam (individu muslim) dalam diri. 


"Wahh! cam best jek!"


"Haa...kalau nak tahu join la dulu!..muahahaha"




Jom jadi "superwoman" yg berjaya di dunia dan akhirat!




Sahabat yg sentiasa daku akan ingati (insyaAllah) : Bushra yahya, Munirah Mohd Sattar, Nur Diyana Rodzi,Sharifah Siti Maryam,Nad Mumtazah, Najwa Yasin, Kak syakila, Kak Dilah, 

Friday, June 8, 2012

Superwoman islamic version





Wanita yang tahu menjaga dirinya adalah wanita yang paling SUPERB. Bukan sahaja SUPERB di mata di dunia ini tetapi juga SUPERB pada pandangan Allah! Maksud ayat 'tahu menjaga diri' ini adalah:

1. Wanita yg tahu batas-batas auratnya di hadapan yg bukan mahram lalu di amalkannya
2. Wanita yg tahu batas-batas pergaulan antara berlainan jantina (yang bukan mahram) lalu mengamalkannya
3. Wanita yg tahu menjaga akhlak dirinya


Ya, bukanllah mudah untuk mencapai tahap 'tahu menjaga diri' ini. Tetapi paling kurang pun kita BERUSAHA untuk menjadi wanita yg SUPERB. Allah lihat usaha kita bukanlah hasilnya.

Dan yg pastinya..sebelum kita sama-sama mengatur langkah untuk menjadi wanita yg SUPERB ini..haruslah kita betulkan niat dahulu..Ya, harus dong!



Kerana setiap amalan perbuatan itu bergantung kepada niatnya..Mari sama-sama kita imbas kembali hadis pertama yg disusun oleh Imam Nawawi ini:


"Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar  Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu"

Bak kata ulamak : Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang 
besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. 

Wednesday, June 6, 2012

Sahabat until Jannah!



Sahabat sejati adalah sahabat yang tidak menaruh rasa dengki atas kejayaan sahabat lain sebaliknya dia bersama-sama meraikan kejayaan tersebut

 Dan

Sahabat until jannah adalah sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah.
Sahabat yang bersusah senang bersama,
Sahabat yang punyai sifat saling memahami,
Sahabat yang punyai sifat saling tolong menolong, dalam mencapai satu tujuan yang sama..
dalam menegakkan kalimah-Nya لا إله إلا الله محمد رسول الله

Terima kasih kerana sudi menjadi sahabatku. Kaulah sahabatku until Jannah!


p/s: Tidaklah Semudah itu..tetapi mujahadah itu perlu,jalan dakwah itu masih panjang..Moga istiqomah di jalan-Nya

Sunday, June 3, 2012

Belajar dari pelajar dalam pelajaran yg mengajar

Kehidupan sebagai seorang pelajar sememangnya memberi begitu banyak cabaran. Dalam menempuh cabaran ini, ada yg memilih untuk mengeluh, tidak puas hati dan ada juga berdendam! Ya, tidak dinafikan hal itu boleh terjadi apabila rasa tidak puas hati yang sebati dalam diri dan disimpan semat dalam hati. Namun begitu,tidak ramai yang melihat setiap cabaran tersebut dengan mata hati. Berapa ramai yang memilih untuk redha dan terus menjalankan urusan hidupnya dengan husnudzhon (bersangka baik)? Ya, tidak dinafikan memang sukar untuk melahirkan sifat mahmudah ini dan yang peliknya agak mudah untuk melahirkan sifat mazmumah! Aiseh!
Yang pastinya, kita berhak memilih. Sama ada terus hidup bergelumang dengan sangkaan buruk hingga lahirnya sifat mazmumah lain seperti hasad dengki dan sebagainya ataupun cuba untuk bersifat mahmudah walaupun terkadang dtg juga rasa sangkaan buruk tersebut, tetapi sepantas halilintar ditepis perasaan ‘ngok ngek’ tersebut. Sebagai pelajar juga, pada masa inilah kita timba pengalaman untuk berhadapan dengan kawan-kawan yg mempunyai 1001 sifat yg bermacam. Sifat-Sifat yang pelbagai inilah membuatkan kita punya ‘skills’ untuk berhadapan dengan manusia lain apabila memasuki alam pekerjaan.
Walaubagaimanapun, skills kita untuk mengajak kea rah kebaikan dan mencegah kemungkaran pun semakin diasah apabila berada di alam ‘ngaji’ ni. Yang pastinya, bijak menguruskan masa adalah sangat penting! Peruntukkanlah masa untuk menunaikan ibadah kepada Allah, belajar, menghadiri majlis ilmu seperti usrah/bulatan gembira,ceramah mahupun tazkirah. Ingatlah bahawa hati manusia ini boleh menjadi ‘kering’ apabila lalai daripada mengingati Allah dan apabila kurang menghadiri majlis ilmu!

[Cerpen] Bulat yang gembira!

Itulah aku..Terkadang terasa diri bagai tiada bimbingan.Terasa tidak tenang! bahkan aku seperti membiarkan sahaja atau 'ignore' apabila aku melakukan sesuatu yg aku tahu itu mengundang dosa!


Kini..Aku nak berubah.. Ya, aku nak berubah.Aku tekad.. Nak jadi manusia yg berguna dan taat perintah Allah. Tapi bagaimana? Melihatkan mereka yg bertudung besar ini, membuatkan aku terasa begitu ingin sekali menjadi seperti mereka.

Tetapi di mana harus ku cari kekuatan itu dan dalam masa yg sama aku tidak tahu dari mana harus ku mulakan..

Ya,dalam dilema sebegini,akhirnya aku ketemu seorg sahabat yg aku yakini agamanya. Namanya Zalina. Memang aku berasa hepi tahap maksima apabila ketemu dgn dia. Sbb Zalina ni seorg yg pandai berkata-kata,kata-katanya membuatkan aku tenang..seriously! .Dan yg paling bestnya Zalina suka belanja aku makan..haha! Aku plak..mcm biasa dgn style muka tak malunya (tapi comel macam Rapunzel) terima ajakan Zal (aku panggil dia Zal) makan di sebuah gerai makan di waktu matahari mencacak di ats kepala (waktu tengahari la).

Selepas order makanan, perbualan aku dan Zal bermula dgn rancak. Zal mmg suka layan aku yg otak 'gila-gila' ni tapi aku tahu,aku takkan gurau lebih-lebih dgn Zal sbb kdg2 boleh nampah dari riak muka dia kalau tak suka.Tapi aku tak kisah semua tu,sebab Zal lain drpd yg lain. Walaupun dia bertudung lagi besar drpd aku,walaupun baju dia lagi besar beberapa inci drpd aku. Tapi dia layan aku mcm mana dia layan semua org. That's why i like her ^^ .

Jadi hal ini tak menyegankan aku utk bertanyakan soal bagaimana nak berubah sepertimana dia sekarang ni.

 ......
 ...
 ..

 Ok,aku dah mula berdebar-debar ni..dup..dup..dup

Zal pun tersenyum lebar apabila aku mula menceritakan niat aku..Yelah, tahulah aku bahawa Zal pasti gembira dengan niat aku ni. Ayat pertama yg terpacul dari bibir Zal adalah "Alhamdulillah"..

Zal mengajak aku mengikuti dia ke suatu tempat yg tidak aku ketahui, tapi yg pastinya dia mahu membantu aku untuk tetap terus berada di jalan-Nya. Begitu jelas kesungguhan Zai ingin membantu aku. Terima kasih Zai! Sayang ko! "Ok,kita dah sampai", ujar Zai setelah penat memandu lebih kurang setengah jam dari rumahku.

 "Kat mane ni cik kak,nak pinang sape ni?",ujar aku bergurau ala-ala manja (manja la sgtt!)

 "Haah, ramai orang nak pinang kamu. Jom masuk", ujar Zal selamba.

 "Haaaa?" Aku pulak yg dikenakan balik.hehe..

 Sampai sahaja dalam sebuah rumah ni. Mata aku meliar melihat sekeliling rumah. Cumalah rumah teres dua tingkat yg dilengkapi perabot. Rumah ini kelihatan tenang dan terasa damai jiwa.

 Setelah menunggu lebih kurang 2 minit, keluarlah beberapa orang daripada bilik serta dapur rumah. Bersalaman denganku dan mencium pipiku,tak kurang juga berlaga pipi denganku. Terasa seperti sudah lama kenal mereka biarpun baru sahaja berkenalan.

 "Lida, ni kawan-kawan saya..yang ni Ti, Yah, Mila, Fira, Misah,Hurul,Aini dan yang tu pula tuan rumah ni merangkap naqibah saya, Puan Emili", ujar Zal sambil tersenyum lebar.

 Aku mula menggaru kepala,apa tujuannya kenalkan aku dengan mereka ni. Aku mula rasa kurang selesa,entahlah!

 "Hai kak, makcik..", jawab aku.pendek! 

"Jom kita berbulatan gembira!",ujar Ti dengan semangatnya.

 Serentak itu mereka duduk bersimpuh di lantai ruang tamu dan membentuk suatu bulatan yang rapat antara satu sama lain.Aku pun tak terkecuali. Eh mcm seronok pula! ni main ape ni eh...hehe


Ketika itu bermulalah titik perubahan hidup aku yang daripada tak tahu apa-apa tentang agama kepada tahu dan daripada kurang keyakinan hidup kepada yakinnya dalam menjalani ujian hidup serta daripada tidak tenang kepada tenangnya hati dan jiwa. Bulatan gembira ataupun 'usrah' ini merupakan salah satu medium untuk aku menuntut ilmu dan tarbiah agama agar aku menjadi insan yg SUPERB bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat!

 Barulah aku tahu,bahawa setiap muslim dilahirkan sebagai pendakwah! So, setelah aku ditarbiah, aku mula mentarbiah orang lain. Ya, dari sini kita boleh nampak soft skill itu..hehe..Sambil aku mentarbiah org lain,sambil itu aku memperbaiki diri aku sendri..

 Hidup aku terasa diisi, kerana punya matlamat yg besar..Kerana dengan membuat bulatan gembira inilah dapat membentuk individu muslim dalam diri..


Bulatan gembira juga merupakan salah satu majlis ilmu! Majlis ilmu adalah majlis yg dihadiri oleh para malaikat dan senantiasa berada dibawah sayap malaikat sambil didoakan kebaikan buat ahli-ahli majlis ilmu tersebut. Allahuakbar!

Selain itu, mereka yg hadiri majlis ilmu ini, akan disebut-sebut namanya oleh Allah di hadapan para malaikat. Allah..bayangkan kalau nama kita disebut-sebut org ramai kerana cemerlangnya dlm pelajaran,mesti bangga kan! kembang bagai..apatah lagi Allah yg sebut nama di hadapan penduduk langit..wuuuu..lagilah teramat bangga!
Begitulah..jalan dakwah itu masih panjang..ingat,setiap dari kita akan ditanya oleh Allah..

ya,Jom jadi baik..."Rela ditarbiah untuk mentarbiah"

 p/s: kisah ini rekaan semata-mata tiada kaitan dgn siapa-siapa...:)

Sunday, March 11, 2012

Kaitan hati dan fizikal


Hati yang bercahaya..adalah hati yg bersih daripada sebarang dosa. Namun, kita sebagai manusia biasa sememangnya sentiasa melakukan dosa kesalahan sehingga menimbulkan beberapa titik hitam di hati. Hanya Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W yg maksum tidak mempunyai sebarang dosa..

Wanita yang belum berkahwin cuma perlu memelihara beberapa perkara:

1. Solat
2. Puasa
3. Aurat
4. Lidah
5. Hati

dan sebagainya..NAMUN, untuk memelihara perkara tersebut perlulah diiringi dengan sifat taqwa. Taqwa boleh diertikan sebagai rasa takut kpd Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala larangan-Nya.Kerana dengan sifat taqwalah kita boleh memelihara semua ini.

Pemakaian yg menutup aurat terkadang dipandang remeh oleh sesetengah muslimat..Walaupun mereka menutup aurat mengenakan pakaian yg longgar dan sebagainya tetapi mereka tidak menutup aurat kakinya..Menurut mazhab Syafie, kaki adalah aurat buat wanita yg sudah baligh. Maka, wajib menutupnya..


Ada sesetengahnya berkata:

"Tak semestinya org yang tutp aurat ni hati dia baik.."

Tak kurang juga:

"Walaupun aku tak tutup aurat dgn sempurna tapi hati aku baik"

OK! dengar apa Nabi Muhammad S.A.W katakan:

"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam diri ada sebuku daging, sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh tubuh, dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh tubuh. Ketahuilah sebuku daging itu adalah hati."

Ok faham x??

Maksudnya di sini, jika seseorang punyai hati yg baik. Maka, baiklah jasadnya. Jadi, jika seseorang itu mempunyai hati yg kotor maka begitulah juga jasad.

Jika seseorang itu, dari segi luaran pun 'something wrong'..maka, dalamnya (iaitu hati) pun something wrong juga.. Ingat ini sabda nabi, bukan omongan kosong semata.. marilah ambil dan jadikan sebagai peringatan buat kita semua :) JOM BERSIHKAN HATI :)



Sunday, March 4, 2012

Wanita dan kereta ferrari

10 Disember 2011...sudah lama ana tidak mencoret..hampir 3 bulan lebih..




Bismillahirohmanirohim...
Post kali ini adalah lebih kpd betapa indahnya ciptaan Allah di dunia ini yang digelar wanita..
Mengapa ana katakan wanita ini ciptaan Allah yang paling indah?
Kerana melalui wanita Allah mengurniakan rezeki seperti zuriat dan apabila zuriat ini berkembang jadilah ia keturunan...seterusnya generasi..



Wanita juga sering kali dikaitkan dengan kecantikkan.Apa kaitan pula wanita dengan kecantikkan?
Wanita sememangnya fitrahnya suka kepada kecantikkan..Jangan pula berasa pelik jika melihat gelagat kakak atau adik perempuan anda menghadap cermin memang begitu lama!Inilah wanita ciptaan Allah yang paling unik.

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan." (Hadis riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)




Sememangnya Allah menciptakan wanita makhluk yg paling indah sehinggakan seluruh anggotanya menjadi suatu fitnah buat kaum adam.Kakinya, tangannya, bentuk badannya dan sebagainya menjadi suatu tarikan mangnet jika lelaki ajnabi memandangnya. Wanita boleh diumpamakan seperti kereta ferrari.


Luaran kereta ferrari ini dilihat begitu menggiurkan mata setiap yg memandang.Tayar, bonet, lampu dpn, lampu belakang dan sebagainya. Apabila dibuka pintu kereta ini, lagi menggetarkan jiwa apabila melihat sterengnya yg kukuh, tempat duduk yang sangat selesa dan pemandangan dari dalam yang boleh menghantui jiwa.

Begitulah wanita. Sebab itulah Allah mensyariatkan agar wanita menutup aurat supaya dirinya terpelihara daripada pandangan kaum Adam yang bukan muhrim:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya..."- surah an-nur ayat 31

Secara umumnya, aurat wanita adalah keseluruhan tubuh badannya kecuali muka dan kedua-dua belah pergelangan tangan.


Perumpamaan daripada kereta ferrari tadi, dapatlah kita simpulkan bahawa wanita yang dicipta Allah ini seharusnya mempunyai kecantikkan dari dalamnya juga. Jika di dalamnya penuh dengan hasad dengki dan sifat mazmumah yang lain. Maka sudah pasti kereta ferrari tadi mempunyai stereng yang tidak kemas, kerusi tempat duduk yg sudah berkulat dan pemandangan yg sangat menjijikkan! Begitulah juga kita duhai wanita..Mari kita pupuk sifat mahmudah dalam diri kita agar kita dapat memperoleh rahmat disisi Allah s.w.t.. InsyaAllah (^_^)