Monday, April 25, 2011

Sakitnya Sakaratul maut

Ternyata kesakitan ketika kematian itu lebih berat daripada kesakitan ketika dibunuh, ditikam,dipenggal dan sebagainya. Inilah perumpamaan betapa sakitnya menghadapi sakaratul maut.

Bahkan kesakitan itu lebih berat jika badan digergaji dan dipotong.


Kenapa terjadi begini?


Kerana sekiranya badan seseorang dipotong dengan senjata, memang ternyata ada kesakitan tetapi keseluruhan badan kita masih ada kekuatan (menahan) dan org yang dibunuh masih ada kekuatan untuk bertempik..


Tetapi...ketika sedang menghadapi sakaratul maut, Seseorang itu tiada kekuatan untuk bertempik,kekuatannya menjadi lemah dan semakin lemah disebabkan terlalu sakit dan terlalu menderita.


Kerana sesungguhnya kematian itu menggoncang seluruh badan kita, dirasai kesakitan dari hujung rambut ke hujung kaki (maka hilang segala daya dan kekuatan).

Orang yang sedang menghadapi sakaratul maut memang ingin bertempik kerana kesakitan yang dialami tetapi dia tidak mampu..


Namun begitu, tatkala roh hampir tercabut dari jasadnya,akan kedengaran bunyi di dadanya. Bunyi itu sajalah yang mampu di keluarkan.


Apabila roh berada di halkum:


- Di saat ini, akan dibukakan Allah alam yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Pintu taubat di kala ini sudah tertutup kerana telah dibukakan rahsia oleh Allah swt.
- Di kala itu, hal keduniaan telah tiada tetapi menjurus kepada alam ghaib (alam barzakh).
- Seseorang tersebut akan nampak tempat tujunya selepas kematian ini (dibukakan Allah hijab).
- Saat ini, orang tersebut dengan penuh penyesalan (jika nampak hala tujunya adalah ke arah kebinasaan).

p/s : Wallahualam..Igtlah kematian bila-bila masa saja boleh berlaku..Bagaimana persediaan kita?? - peringatan buat diri yang hina ini juga.

Thursday, April 21, 2011

Keutamaan mempunyai anak perempuan


Imam Ghazali dlm perkara ini berpendapat; hendaknya org jgn terlalu bergembira krn  mempunyai anak lelaki dan jangan pula terlalu gembira mempunyai anak perempuan krn belum tahu mana di antara mereka yg lebih baik.

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Barangsiapa yang mengasuh atau memelihara dua org anak perempuan sehingga besar, nanti pada hari kiamat aku dengan dia seperti ini; sambil Nabi merapatkan jarinya" - HR Bukhari dan Muslim.


" Barangsiapa yang mendapat kesusahan disebabkan mempunyai anak-anak perempuan, tetapi dia tetap berlaku baik kpd mereka, nanti pada hari kiamat mereka akan menjadi dinding baginya dari api neraka"- HR Bukhari dan Muslim.

"Barangsiapa yang memelihara dua atau tiga anak perempuan atau dua tiga saudara perempuan serta mendidiknya,maka orang itu akan masuk syurga" - HR Tarmizi dan Abu Daud

Barangsiapa yg mempunyai tiga anak perempuan yg dipeliharanya, disayanginya dan dididiknya, tentulah ia mendapat syurga. InsyaAllah...

p/s : Dipetik dari buku 111 wasiat Rasulullah s.a.w utk Wanita Solehah..Sekadar berkongsi ilmu

Tuesday, April 19, 2011

Bersabarlah

Semakin berat ujian yang Allah berikan kepada seseorang hambaNya,
Semakin tinggi maqamnya di sisi Allah swt.

Orang yang hampir dengan Allah adalah orang yang paling banyak menerima ujian dariNya:

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"- Al 'Ankabuut ayat 2 

Sebagai contoh, para nabi dan rasul adalah orang-orang yang hampir dengan Allah swt. Nabi Muhammad s.a.w merupakan hamba Allah yang paling hampir denganNya. Baginda pernah difitnah ketika menyampaikan ajaran islam dan dituduh gila.


Baginda juga pernah diseksa dan pernah diancam bunuh. 


Ini merupakan salah satu bentuk ujian Allah kepada baginda Rasulullah s.a.w.


Kenapa Allah menimpakan ujian untuk setiap hambaNya di atas muka bumi ini?


-Kerana apabila Allah menimpakan ujian kepada hambaNya, Allah mahu hambaNya itu hampir denganNya, hambaNya pasti berdoa memohon pertolongan dariNya (jika hamba tersebut memilih untuk berdoa).
- Ujian Allah juga merupakan salah satu bentuk tarbiah buat hambaNya
- Allah mahu menghapuskan dosa-dosa hambanya melalui ujian tersebut.


Sudah pasti kita sebagai hamba Allah tidak terlepas dengan ujianNya..

Sabar merupakan formula yang penting ketika menghadapi ujianNya. Walaubagaimanapun sukarnya untuk menanam rasa sabar tetapi kita akan cuba juga mendidik diri agar menjadi seorang yang sabar walaupun hakikatnya sebaliknya.


Apabila kita mendidik diri untuk bersabar, insyaAllah sifat tersebut akan mula terbiasa dalam diri kita.

p/s : Marilah bersama-sama menanam sifat sabar dalam diri ^_^



Sunday, April 17, 2011

4 Perkara yang apabila dimiliki mudah mencapai cita-cita


1. Jangan berharap kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah.

2. Jangan takut kepada sesiapa pun kecuali kepada Allah.

3. Jangan malu untuk mengatakan tidak tahu,jika memang tidak tahu.

4. Jangan menyombongkan diri dengan mengatakan tahu sedangkan sebenarnya tidak tahu pun.

Wallahualam..dengan izinNya....^_^

Thursday, April 14, 2011

Salahkah aku?


"Aku cuma menceritakan perkara yang sebenar,
Salahkah aku meluahkan apa yang terbuku??


Namun, lebih baik jika aku menutup aib orang lain..
Dan cuba untuk mengajak orang tersebut ke arah kebaikan.."

Apakah aku peroleh pahala jika aku menceritakan segala keburukan orang tersebut??
Adakah cukup sekadar berpuas hati pabila menceritakan aibnya di hadapan sahabat yang lain..

ADAKAH CUKUP SEKADAR BERPUAS HATI jika dibandingkan dengan AZAB YANG BAKAL AKU TERIMA DI SANA NANTI..??

Semua wajah kan diuji dengan sesuatu yang dicintai..di dunia yang fana ini..
Yang kaya Diuji,
Yang miskin Diuji,
Yang berwajah cantik adalah Diuji,
Yang tidak cantik juga Diuji,

SEMUANYA Diuji....

Kerana apa??

Kerana manusia mudah lupa!

Semakin jauh daripada tuhannya..

Allah mahu kita hampir denganNya,
Allah mahu hapuskan dosa -dosa yang pernah kita lakukan dengan ujian yang Diberi...

Bersabarlah wahai diri..
Bersabarlah....

Janganlah hanyut dengan kelalaian...
Wahai kaum hawa termasuk diri ini..
Jagalah dirimu,
Jagalah lidahmu,
Jagalah auratmu,
Jagalah Ikhtilatmu (pergaulan antara lelaki dan perempuan)

Kerana..

Kebanyakkan penghuni neraka terdiri daripada kaum hawa...

Ya Allah,
Jauhilah kami dari nerakamu,
Ampunilah dosa-dosa kami,
Redhailah kami,
Kurniakan cahaya petunjukmu kepada kami,
Janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau Kurniakan petunjuk kepada kami,
Akhirilah hidup kami dalam keadaan khusnul khatimah..


Aminn...

Sunday, April 10, 2011

Do you know?


1. Berbuat taat = Membuat banyak amal ibadat
- Jangan merasakan diri ini hebat kerana telah banyak membuat amal ibadat,banyak membuat amalan sunat.
 
SEDANGKAN

Kerana Allah lah kita mampu dan rajin membuat amal ibadat.

Jika rasa malas untuk beribadat, jangan lupa untuk berdoa agar Dibimbing olehNya ke jalan yang Diredhai dan di samping itu berusahalah untuk membuat amal ibadat ini.

2. Adab dengan Allah s.w.t

- Allah akan menjadikan kamu dengan apa yang telah kamu lakukan.
- Jangan sesekali mengatakan "Aku berbuat jahat ni kerana dah memang takdir"

SEDANGKAN

Dia sendiri yang pilih untuk melakukannya, maka Allah menjadikan ianya sebagai takdir.

3. Allah itu Maha Pengampun

- Dalam satu kisah di zaman Nabi Musa a.s, ada seorang lelaki yang terkenal dengan kejahatannya di sebuah kampung. Ramai orang kampung tidak suka akan kejahatannya sehinggakan pada suatu hari lelaki ini telah dibawa oleh orang kampung jauh dari kampungnya di tengah-tengah padang pasir. Lelaki tersebut ditinggalkan keseorangan. Dia tiada sesiapa pun dan tiada tempat untuk bergantung. Akhirnya lelaki ini jatuh sakit. Ketika dia jatuh sakit, dia telah berdoa yang lebih kurang berbunyi begini;

" Ya Allah, sesungguhnya aku tiada sesiapa lagi, hanya Kau sahaja kini tempat aku bergantung,ampunilah segala dosa-dosaku"

Lalu lelaki ini meninggal dunia dalam keadaan bermunajat kepada Allah.

Setelah itu, Allah telah memerintahkan nabi Musa a.s untuk ke tengah padang pasir dan mengebumikan jenazah seseorang;

Nabi Musa merasakan semestinya lelaki yang Diperintahkan oleh Allah untuk dikebumikan ini seorang yang hebat agamanya. Masakan tidak! Allah yang memerintahkan agar nabi Musa mengebumikan orang ini,semestinya orang ini seorang yang mulia di sisi Allah s.w.t.

Apabila nabi Musa sampai di tempat yang ditujui, nabi Musa terkejut bahawa lelaki yang dijumpai ini adalah lelaki yang dahulunya jahat dan selalu membuat kekecohan di kwsn kampung.

Lalu nabi bertanya kepada Allah s.w.t iaitu bagaimana mungkin lelaki ini menjadi seorang yang baik di sisi Allah, lalu Allah berfirman yang lebih kurang berbunyi bahawa lelaki ini seorang yang BERTAUBAT KEPADA ALLAH S.W.T...

Sungguh bertuah bukan?

P/S : Pintu taubat Allah masih terbuka luas..dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang..Allah tidak menzalimi hambanya tetapi hambanya inilah yang menzalimi diri sendiri.




 

Sunday, April 3, 2011

Lagu [ Astaghfirullah - opick]


Laa ilahaa’illa anta
Ya hayyu ya qoyyum
Subhanallah wabihamdihi
Subhanallah hiladzim

Kubuka jendela pagi di udara yang letih
Deru geram nyanyian jaman
Bersama berjuta wajah kuarungi mimpi hari
Halalkan segala cara untuk hidup ini

Nafsu jiwa yang membuncah
Menutupi mata hati
Seperti terlupa bahwa nafaskan terhenti

Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim
Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah, aladzim

Kubuka jendela pagi dan dosapun menghampiri
Suara jerit hati kuingkari

La ilaha illa anta ya
Subhanaka inni kuntu
Minallahdholimin


P/S : Lagu ini begitu terkesan di jiwa. Mari hayati liriknya bersama-sama :)