Semakin berat ujian yang Allah berikan kepada seseorang hambaNya,
Semakin tinggi maqamnya di sisi Allah swt.
Orang yang hampir dengan Allah adalah orang yang paling banyak menerima ujian dariNya:
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"- Al 'Ankabuut ayat 2
Sebagai contoh, para nabi dan rasul adalah orang-orang yang hampir dengan Allah swt. Nabi Muhammad s.a.w merupakan hamba Allah yang paling hampir denganNya. Baginda pernah difitnah ketika menyampaikan ajaran islam dan dituduh gila.
Baginda juga pernah diseksa dan pernah diancam bunuh.
Ini merupakan salah satu bentuk ujian Allah kepada baginda Rasulullah s.a.w.
Kenapa Allah menimpakan ujian untuk setiap hambaNya di atas muka bumi ini?
-Kerana apabila Allah menimpakan ujian kepada hambaNya, Allah mahu hambaNya itu hampir denganNya, hambaNya pasti berdoa memohon pertolongan dariNya (jika hamba tersebut memilih untuk berdoa).
- Ujian Allah juga merupakan salah satu bentuk tarbiah buat hambaNya
- Allah mahu menghapuskan dosa-dosa hambanya melalui ujian tersebut.
Sudah pasti kita sebagai hamba Allah tidak terlepas dengan ujianNya..
Sabar merupakan formula yang penting ketika menghadapi ujianNya. Walaubagaimanapun sukarnya untuk menanam rasa sabar tetapi kita akan cuba juga mendidik diri agar menjadi seorang yang sabar walaupun hakikatnya sebaliknya.
Apabila kita mendidik diri untuk bersabar, insyaAllah sifat tersebut akan mula terbiasa dalam diri kita.
p/s : Marilah bersama-sama menanam sifat sabar dalam diri ^_^
Nak tambah sikit. Sabar tu separuh daripada iman. eparuh bersamaan dengan 1/2. Kalau kita hilang sabar, maknanya separuh iman kita dah hilang.
ReplyDeleteSama juga dengan kebersihan. Bersih adalah sebahagian daripada iman. Sebahagian tu boleh jadi 1/3 atau 1/4 atau 1/5 atau kurang daripada itu. Pendek kata, 1/x. Kalaau kita hilang sikap pembersih, maka hilanglah sebahagian iman kita.
Kesimpulannya, jangan lah diambil mudah sifat sabar dan sikap pembersih. Kalau kita masih berdalih mengatakan sabar pun ada hadnya maknanya iman kita pun ada had lah. Saya pasti kita semua mahukan iman yg tiada had nya dlm diri kita. Seperkara lagi, janganlah dibuang sampah merata-rata, sebab itu pun di kira mengabaikan kebersihan merangkap mengabaikan iman. Fikir-fikirkanlah..