Sunday, May 15, 2011

Mentakbir rezeki dan taubat


Seharusnya sebagai hamba Allah hendaklah kita yakin akan rezeki yang dikurniakan. Apa yang harus kita lakukan adalah usaha, segala urusan terserah padaNya.
Namun begitu, ramai manusia kini sibuk mentakbir rezeki berbanding ibadat, sebaliknya mencari rezeki atas dasar ibadat adalah lebih baik.

Syarat untuk mencari rezeki atas dasar ibadat:

1. Niat krn Allah
2.Bekerja utk mndpt redha Allah
3.Mesti amanah
4.Jgn tinggal ibadat wajib
5. Apabila sudah mendpt rezeki,gunakan di jalan Allah.

Mestilah yakin dengan Allah tentang rezeki. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana sudah mentakbir diri sendiri. Contohnya: Kalaulah anak aku kahwin muda,kompom kebulur tak cukup makan sebab suaminya pun belum habis belajar lagi (Mentadbir diri). Sebaliknya, Allah yang berhak memberi rezeki bukanlah kita.

Orang bertaubat kepada Allah (menyerah diri pada Allah)

1. Mencari guru yg benar
2. Kena belajar
3.Kena beramal
4. Kena bertaubat

Kalau rasa ragu-ragu ataupun merasakan tidak sedap hati bermaksud perkara tidak baik..Jika was-was lagi, maka lebih baik tinggalkan..

Dari Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Abu Thalib ra,cucu kesayangan Rasulullah SAW bhw,"Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu".


Ciri-ciri org yang bertaubat;

1. Tambah ibadat/ilmu
2. Tinggalkan shbt yg buruk akhlak.
3.Memperbaiki akhlak dgn ilmu.
4.Meninggalkan nafsu/tidak mengikut hawa nafsu.
5. Berkwn dengan shbt yang baik-baik.
6. Mengamalkan ilmu yang dipelajari.

- Seseorang itu tidak kira zuhud jika masih mengikut hawa nafsu.

Wallahualam..

No comments:

Post a Comment