Friday, October 28, 2011

Virus Ukhwah..Dapatkah kita tangani?



Assalamualaikum..

Ibu merupakan insan yang paling ku sayang..Ayah juga insan yang paling ku sayang..Redha Allah terletak pada redha ibu..syurga terletak di bawah telapak kaki ibu..

Apabila kita berjauhan dengan keluarga sebagai contoh kerana sambung belajar, sahabatlah menjadi peneman kita.Peneman suka dan duka..

Ukhwah yang terjalin semoga mendapat keberkatan Allah. Dikurniakan sahabat yang sentiasa mengingatkan kita pada Allah merupakan suatu perkara yang perlu kita syukuri. Alhamdulillah..

Namun begitu, pasti munculnya virus dalam ukhwah suci ini. Syaitan tetap dengan matlamat mahukan kita terjerumus ke lembah hina. Mahu merosakkan ukhwah yang terjalin..

Virus yang biasanya melanda dalam jalinan ukhwah :

1. Bersangka buruk

- Sudah pasti kita tidak terlepas dari sifat buruk ini bersangka buruk terhadap sahabat sendiri. Inilah matlamat syaitan, tanpa kita sedari kita sudah bersangka buruk dengan sahabat sendiri.

" Hai org-org yang beriman jauhilah kebanyakkan dari PRASANGKA, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah DOSA dan janganlah kamu MENCARI - CARI kesalahan org lain dan janganlah sebahagian kamu MENGUMPAT sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu MEMAKAN DAGING saudaranya yg sudah MATI? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan BERTAQWA lah kpd Allah. Sesungguhnya Allah MAHA PENERIMA TAUBAT lagi PENYAYANG" - Surah Al-Hujurat ayat 12

~AMAT BENARLAH FIRMAN ALLAH ITU.

2. Dengki mendengki

- Sifat dengki mendengki ada kalanya bagus jika ianya ke arah positif seperti melalui ibadat seseorg itu, jadi apabila kita 'dengki' @ cemburu kita akan berusaha untuk melakukan lebih. Namun begitu, virus ukhwah yang melanda kini adalah 'dengki' ke arah negatif. Sememangnya sifat ini di'didik' oleh nafsu dan bergurukan syaitan yang menjadi 'catalyst' kepada dengki yang membuak-buak.

" Dan janganlah kamu IRI HATI terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah kepada sebagian kamu atas sebahagian lain. kerana bagi laki-laki ada bagian dari apa yg mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bagian dari apa yg mereka usahakan . MOHONLAH kpd Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu"- Surah an-Nisa' ayat 32.

~ ~AMAT BENARLAH FIRMAN ALLAH ITU.


3. Tidak memahami ( konsep tafahum )

- Ada sesetengah sahabat begitu sukar memahami masalah org lain. Maka dari sini timbul lah virus baru dari segi kurangnya 'tafahum' dalam kalangan ukhwah yang terjalin ini. Setiap org mempunyai sifat yang berbeza-beza. Itulah kuasa Allah..Subhanallah..diciptakan manusia yang bukan sahaja dari segi fizikalnya unik tetapi juga perwatakan. Kita juga perlulah 'memahami' sifat sahabat-sahabat kita, adakah sesuai utk ku luahkan mslh pada dia? Namun begitu, seorg shbt seharusnya mempunyai sifat memahami kerana sifat inilah menjadikan ukhwah terjalin erat. Jika anda bukan seorg yg memahami,tetapi cubalah untuk menjadi seorg yg mengamalkan konsep tafahum ini.

4. Percakapan yang kasar dalam menegur atau menyatakan pendapat
- Virus ini juga semakin hebat menular hingga menusuk hati ( sakit hati)/ terasa hati. Seharusnya sebagai sahabat cubalah untuk tidak menyatakan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai percakapan yang kasar. Dalam menegur juga ada caranya..berhikmahlah dalam menegur..

5. Memperolokkan orang atau kelompok lain merupakan virus yang paling bahaya dalam jalinan ukhwah kita. Elakkan drpd bersifat 'Aku lebih baik' atau 'Kau ni belum ditarbiah' kerana drpd sifat inilah meyebabkan jalinan ukhwah kian longgar bagaikan ada 'barrier' antara kita. Sedangkan tarbiah juga dapat diperoleh secara 'direct' dari Allah dan juga secara akal (dengan melihat kebesaran Allah melalui penciptaan-Nya)


"Wahai orang-orang yang beriman janganlah satu kaum memperolok-olokkan kaum yang lain (karena) boleh jadi mereka (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang memperolok-olokkan)." (QS 49:11).

~AMAT BENARLAH FIRMAN ALLAH ITU.

6. Menerima maklumat secara bulat-bulat tanpa dilihat dengan mata kepala sendiri. Virus ini juga tidak kurang hebatnya, boleh menyebabkan ikatan ukhwah kian terlerai dek kerana tidak 'recheck' maklumat yang diterima.

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa berita maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." (QS 49:6)

~AMAT BENARLAH FIRMAN ALLAH ITU.


Ukhwah suci pengukuh ikatan,
Diputus tidak dilupa jangan,
Syaitan mula mengambil kesempatan,
Al-Quran dan hadis menjadi pegangan.


P/S: Peringatan terutamanya buat DIRI ini dan juga buat yang lain ^_^

No comments:

Post a Comment