Sunday, April 6, 2014

Dilema wanita [versi santai]

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, sesungguhnya Allah masih memberiku peluang untuk bertaubat dengan nikmat usia yang dikurniakan ini.

Sudah setahun lebih berada di dunia kerjaya selepas dahulunya berhempas pulas dalam dunia buku, dunia kampus dan dunia mengejar CGPA. Pelbagai mehnah yang diri ini hadapi namun begitu terkadang tersungkur jua dek kerana jiwa yang kian kering kontang. Begitulah..kadang-kadang jiwa ini begitu basah mengingatiNya namun apabila ditimpa kemarau akhirnya keringlah juga ia.

Alhamdulillah..alhamdulillah..Allah makbulkan pintaku untuk sambung belajar lagi. Sungguh, inilah qada' dan qadarku. Belajar sambil kerja pada mulanya aku bayangkan ianya menyeronokkan. Namun begitu, itu sekadar bayangan sahaja. Jauh bezanya, lebih-lebih lagi sambung di peringkat master. Tidaklah mudah begitu sahaja untuk bergraduasi pastinya mereka mahu lahirkan graduan yang berkualiti. Yang tidak berkualiti? belum sempat habis semester 1 'ditendang' begitu sahaja. Itulah cabaran yang menggerunkanku.

Belum sempat gerun dengan pelajaran, aku juga perlu meletakkan komitmen yang tinggi kepada pekerjaanku. Sekolahku belum sempat 2 tahun beroperasi. Pastinya banyak cacat cela dalam aspek pentadbiran dan juga bidang kerjaku yang melebihi daripada tugas sebagai guru. Pastinya ganjaran pahala yang besar adalah untuk mehnah yang besar. Aku terima inilah takdirku, yang paling membimbangkanku ialah IKHLAS.

Ikhlaskah aku dalam pekerjaan ini? Ya, aku tahu. Membina generasi kecil ini benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi. Pada usia inilah mereka mudah dilenturkan, di situlah aku boleh melabur, menyumbangkan tenaga demi untuk peroleh keredhaan-Nya. Nasihat buat diri ini agar sentiasa berlapang dada. Usah persoalkan: aku ada ijazah tetapi bekerja di tempat yang mempunyai beban kerja yang tinggi tetapi bergaji kecil, dalam masa yang sama sambung belajar yang belum pasti bolehkah aku bergraduat? Bolehkah aku?

Eh..eh..eh..belum cuba belum tahu kan?
Oleh itu, berusahalah! kuatkan semangat
Yakin dengan Allah
Allah meletakkan kamu di tempat itu bukan saja-saja
Tetapi ada hikmah yang besar di sebaliknya
Usah pertikaikan
Hikmah itu kamu belum nampak sekarang
Tetapi pastinya kamu perlu YAKIN dengan Allah

No comments:

Post a Comment