'Bengkok'nya Perempuan ...
"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena
pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul.
Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia
nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah
tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to
conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang
orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia
bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan
nanti takut patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah.
Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena
pulak, Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan
tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged"
atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan
yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia
ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan
mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka
itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak
baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran
Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu
dianggap "golongan yang tak berguna" kepada 'sayap kiri' kepada
masyarakat.
Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang
perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap
kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan
dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga
kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara 'protes' tu yang tak
sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun,
apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut
dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah
sehingga mereka merajuk,bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang
salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman
yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok
itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu
'penyempurnaan'. Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat
dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah
keadaan usus yang sempurna.
Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la
melindungi organ-organ penting di dalain tubuh manusia seperti
jantung, paru-paru,hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang
diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan
sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti
tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan
perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah
sifat `rahmah'. "Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat
semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan
peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu
sifat semula jadinya penyayang.
Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan
boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah.
Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin
kepada kita sangat membosankan."
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai
menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya.
Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang
perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai.
Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak
akan selamat.
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar
peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil
hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut
tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki
atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki
kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam
dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang
perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak
sabar."
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok'
daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah
yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini...
Monday, May 31, 2010
'Bengkok' wanita?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment