Sunday, February 27, 2011

Erti Persahabatan (Habluminannas)

Sahabat? episod persahabatan semakin menjadi bualan, semakin bertambah erat atau semakin bertambah merenggang.

Perlu ke ana menceritakan tentang topik ini? -Ya, sangat perlu kerana pengalaman banyak mengajar diri ini selain faktor persekitaran untuk dijadikan iktibar kepada yang lain.

Semakin kita berusia,semakin kita melangkah ke dunia baru,dunia baru dan dunia baru. Pada mulanya di tadika (dunia kanak-kanak),seterusnya ke sekolah rendah,seterusnya ke sekolah menengah (dunia remaja), seterusnya universiti/kolej/sudah bekerja. Pasti kita sudah berjumpa banyak orang yang masing-masing banyak ragamnya,banyak tabiatnya.

Namun,persahabatan mula terjalin apabila kita mula rapat dengan sahabat-sahabat kita (mungkin kawan sekelas/kawan se'course'/kawan sepejabat).

 Dalam usaha memperoleh nilai persahabatan yang sejati ada beberapa cara:

1. Berlapangkan dada = Menerima apa sahaja pendapat atau sifat sahabat yang kita kurang suka

2. Saling melengkapi   = Menjadi pelengkap dlm sebuah persahabatan itu,contoh : yang A banyak cakap,so yang B kena banyak mendengar

3. Menegur apabila perlu = Menegur sahabat juga penting dalam membina persahabatan sejati,namun mesti kena pada tempatnya dan perlulah berhikmah dan berlembut.

4. Husnuzon = Sebagai sahabat,hendaknya kita bersangka baik terhadap sahabat sendiri.

5. Mengingatkan kembali tentang kebaikan kawan tersebut = Apabila kita mula tidak puas hati/nak marah dengan sahabat itu, cuba fikir tentang kebaikan yang dia pernah buat pada kita.

6. Banyak memberi = Apabila 'bufday' sahabat kita tiba,cubalah rapatkan silaturahim dengan menyambut kelahirannya/ memberi hadiah.

7. Saling bantu membantu = Membantu sahabat dalam kesusahan dlm banyak aspek. (permasalahan/material)

8. Menjaga lidah = Tidak bercakap sesuatu yg menyakitkan hati sahabat sendiri (sehingga menyebabkan org menjauhkan diri darinya),tidak mengumpat shbt sendiri walau yang dikatakan itu benar (ghibah),tidak memfitnah sahabat sendiri.

*Dalam erti persahabatan ini, haruslah ada tolak ansur dan membuang ego masing-masing untuk mencapai redha Allah..

SAYA SAYANG KAMU WAHAI SAHABAT KERANA ALLAH TAALA!

No comments:

Post a Comment