Wednesday, March 2, 2011

Manisnya iman [Cerpen]

Bab 1 : Jane saudara baru

“Alhamdulillah, terima kasih Prof.Lin”,ucapku sambil menitiskan air mata.

“Sama-sama, ini semua berkat usaha awak. Anyway I wish you all the best”,

Syukur ke hadrat ilahi kerana aku dimurahkan rezeki dapat menghabiskan pelajaran di peringkat sarjana. Kini sudah sampai masanya untuk aku pulang ke tanah air, rinduku yang teramat sangat untuk menatap wajah kedua orang tuaku.

Tatkala aku sendirian berjalan menuju ke tempat letak kereta;

“Rabiatul Adawiyah !”,
Cepat-cepat aku menoleh, mencari gerangan yang memanggil namaku.
Oh, Jane”,jawab aku sambil tersenyum
“Yup,its me, my dear..”
“So,how? About your research?”
“Alhamdulillah,finally..hmm..i did it!”,jawab aku kegembiraan.
“Wow!..Congratulation!”
“Thanks, my dear friend..anyway i really have to go, I’ve something to do after this ”
“All right, see you then..bye,salam”,sebut Jane dengan slang Inggerisnya.
“bye,waalaikumsalam..”,

Jane merupakan senior aku yang belajar dalam bidang pembedahan am sebagai pakar bedah dalam bidang tersebut. Aku menjadi semakin akrab dengan Jane sejak dia banyak bertanya tentang islam kepadaku.

“ Why islam?” ,tanya aku sengaja mahu menguji Jane.
“ Because islam means peace”,jawab Jane sambil tersenyum.

Kami menjadi semakin rapat apabila aku menghadiahkan buku kepada Jane, buku yang bertajuk “ Why we choose Islam?”. Jane semakin memahami islam sejak aku menghadiahkan buku tersebut. Disebabkan kekangan masa, Jane masih belum habis membaca buku tersebut.

Sampai sahaja aku di apartment,selepas memberi salam, cepat-cepat aku masuk ke dalam bilik dan mencari fail-fail sijil aku beserta resume. Setelah itu, aku mandi dan bersiap. Aku mengenakan pakaian baju kurung bercorak batik hijau dan jilbab.

“Rabiatul, Nak pergi mana ni?”, tanya housemate ku.
“ Ana nak pergi interview, ada panggilan temuduga daripada kawan Prof.Lin”, jawab aku sambil menyarungkan stoking di kaki.
“ Good luck, kenapa anti tak inform ana semalam.Boleh kita buat solat hajat supaya anti dimudahkanNya”
“Ana baru tahu tadi ya Aisyah sahabatku”,jawab ku sambil ketawa kecil.
“Macam tu rupanya.Buat elok-elok,jangan lupa doa banyak-banyak”, kata Aisyah sambil mengenyitkan matanya yang bundar itu.
“Insyaallah..Syukran jazilan,pergi dulu..assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”,
Berdebar sungguh aku ketika menghadapi temuduga, ini merupakan peluang bagi aku kerana temuduga yang akan aku hadiri adalah sebagai Ketua Pegawai Geologi yang menempatkan  jawatan ini di Malaysia bukannya di tempat aku belajar ini.

**********************************************************************************

Sudah 3 hari aku tidak menghubungi ibu, rasa rindu mulai menyusup masuk dalam diriku. Kesibukan aku sejak beberapa hari ini menyebabkan aku lupa untuk on telefon bimbitku setelah sekian lama dibiarkan di dalam laci bilik. Aku membuka laci meja lantas on telefon bimbitku. Aku menyatakan kepada ibu bahawa aku akan pulang pada minggu hadapan kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di sini. Ibu memahami keadaan aku  kerana ibu juga bekas pelajar yang bergraduasi di luar negara iaitu di University Of New South Wales dalam jurusan undang-undang. Namun, setelah ibu melahirkan anak sulungnya ibu telah meletakkan jawatan kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya mendidik anak dan mempelajari ilmu agama. Itulah sebabnya aku dan ibu sungguh rapat, ibu memahami aku dan sentiasa memberi nasihat serta kata-kata hikmah. Aku sayang ibu!

Setelah beberapa hari berlalu, sudah tiba masanya untuk kami berpisah.Aku, sahabat-sahabat di kampus dan housemates. Kami menempah 2 buah teksi untuk ke lapangan terbang, segala barangan yang aku gunakan sebelum ini termasuklah kereta sewa untuk memudahkan perjalanan ke kampus telah aku selesaikan. Sampai sahaja kami di lapangan terbang, kami bersalaman dan berpelukan. Air mata mengiringi perpisahan tatkala teringat akan kenangan kami bersama ketika di rantau orang.Kebanyakkan sahabatku yang tinggal di Malaysia adalah kawasan di Pantai Timur,aku pula tinggal di Pantai Barat, jadi kami hanya dapat bertemu jika berkesempatan sahaja.
Tatkala kami bersalaman, dari kejauhan aku melihat seorang gadis yang memang aku kenali. Aku kenal sangat dia! Tapi betul ke apa yang aku nampak ni ?!

“ Assalamualaikum, Rabiatul..”
“Waalaikumsalam, Jane..Are you..”, belum sempat aku bertanya Jane memotong pertanyaan aku.
“Yup, I’am muslims..about 3 days ago”, jawab Jane sambil tersenyum.
Alhamdullillah,may Allah bless you,you look so beautiful with your ‘hijab’..”, jawab aku sambil memeluk Jane.

Sahabat-sahabatku yang lain turut sama bersalaman dengan Jane. Antara semua sahabat, akulah yang paling rapat dengan Jane. Sejuk mata aku memandang Jane yang berpakaian lengkap sebagai muslimah, pakaiannya labuh, longgar,memakai tudung menutupi dada serta bersarung kaki. Aku pasti bahawa Jane banyak mempelajari islam tanpa pengetahuan aku,mungkin kesibukkan aku menyebabkan Jane mempelajari agama lebih mendalam daripada sahabat yang lain ataupun daripada ustazah Alia.

Teringat pula aku pada firman Allah:

“ Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[531] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” – (7:26)

“ Rabiatul, don’t forget to contact me..ok?”,tanya Jane yang mula mempamerkan wajah sedih.
“ I will my dear friend..InsyaALLAH”, jawab aku dengan penuh sebak di dada.
“ I will miss you..”, Jane mula menitiskan air mata.
“ Jane, you must always remember.. He always be there”, jawab aku sambil tersenyum.
Mendengar kata-kata aku, Jane mulai tersenyum dan berkata ,“ I’m really forgot to tell you that I’m not Jane but I’m Jamilah”
“Ohh, your new name..hehe”, tertawa aku sendirian.

Sudah tiba masanya untuk aku beredar meninggalkan Jamilah dan sahabat yang lain. Penerbangan aku untuk pulang ke Malaysia sememangnya meninggalkan seribu kenangan pahit jerih aku di sana bersama sahabat demi untuk menuntut ilmu.

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment