Sunday, May 15, 2011

Mentakbir rezeki dan taubat


Seharusnya sebagai hamba Allah hendaklah kita yakin akan rezeki yang dikurniakan. Apa yang harus kita lakukan adalah usaha, segala urusan terserah padaNya.
Namun begitu, ramai manusia kini sibuk mentakbir rezeki berbanding ibadat, sebaliknya mencari rezeki atas dasar ibadat adalah lebih baik.

Syarat untuk mencari rezeki atas dasar ibadat:

1. Niat krn Allah
2.Bekerja utk mndpt redha Allah
3.Mesti amanah
4.Jgn tinggal ibadat wajib
5. Apabila sudah mendpt rezeki,gunakan di jalan Allah.

Mestilah yakin dengan Allah tentang rezeki. Jangan terlalu mengikut hawa nafsu kerana sudah mentakbir diri sendiri. Contohnya: Kalaulah anak aku kahwin muda,kompom kebulur tak cukup makan sebab suaminya pun belum habis belajar lagi (Mentadbir diri). Sebaliknya, Allah yang berhak memberi rezeki bukanlah kita.

Orang bertaubat kepada Allah (menyerah diri pada Allah)

1. Mencari guru yg benar
2. Kena belajar
3.Kena beramal
4. Kena bertaubat

Kalau rasa ragu-ragu ataupun merasakan tidak sedap hati bermaksud perkara tidak baik..Jika was-was lagi, maka lebih baik tinggalkan..

Dari Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Abu Thalib ra,cucu kesayangan Rasulullah SAW bhw,"Tinggalkanlah apa yang meragukanmu dan kerjakanlah apa yang tidak meragukanmu".


Ciri-ciri org yang bertaubat;

1. Tambah ibadat/ilmu
2. Tinggalkan shbt yg buruk akhlak.
3.Memperbaiki akhlak dgn ilmu.
4.Meninggalkan nafsu/tidak mengikut hawa nafsu.
5. Berkwn dengan shbt yang baik-baik.
6. Mengamalkan ilmu yang dipelajari.

- Seseorang itu tidak kira zuhud jika masih mengikut hawa nafsu.

Wallahualam..

Saturday, May 14, 2011

Monolog

-monolog seorang gadis-

Biarlah aku di sini,
Tetap dengan pendirianku,
Teguh dengan kefahaman dan peganganku,
Hati dan jiwaku hanyalah untuk Dia,
Ya...Hanya untuk Dia,
Tiap saat aku merindukan Dia,
Tiap saat jugalah aku sentiasa ingat Dia,

Namun...Terkadang aku lemah..
Rupa-rupanya hati ini tidak sempurna menyintaiMu..
Ya..aku lemah..aku harus akui bahawa aku cumalah manusia biasa..

Lelahnya jiwa dengan air mata...
Tidak sanggup aku menanggung dosa yang telah ku lakukan..
Aku bertaubat..Ya Allah..Ampuni daku...

Selama ini..dalam dada ku harap diriMu yang bertakhta..
Namun, lemahnya aku..
Kerana menyerahkan cinta kepada yang tidak sepatutnya..
Ku merelakan dan meredhakan nafsu mengatasi iman..

Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu...
Tidak sepatutnya ku menyerahkan cinta ini kepada yang tidak halal..
Maafkanlah..Ampunilah..Redhakanlah..Terimalah taubatku...Ya Allah..

Saturday, May 7, 2011

Jangan dekati umah Tok Man tu!!


Mak Minah sudah mula mengesat-ngesat air matanya dengan hujung lengan bajunya. 'Sampai hati abg buat Minah macam ni, apa salah Minah??'

"Nek, sabarlah ye..nanti sejuklah hati Tok Man tu"

"Nekk..dah la tu", ujar Syafiah cucu kpd Mak Minah.

"Tapi.."

"Sabarlah nek..kalau betul nenek ada jodoh dgn Tok Man,tak ke mananya nek",ujar Syafiah lagi memujuk neneknya yang kian parah menanggung 'frust'.

*********************************************************************************
SEHARI SEBELUM PERISTIWA DI ATAS....

"Minah, abg tak suka Minah selalu datang rumah abang..tak elok orang kampung tengok",kata Tok Man sambil membetulkan kain pelikatnya di tangga luar rumahnya.

"Tapi bang..Minah datang cuma nak bagi abang makanan aja, Minah cuma nak tahu satu perkara aja dari abg", ujar nek Minah dgn sinar mata yang penuh tanda tanya.

"Apa dia?"

"Abg cintakan Minah tak?"

"Minah..abg ni dah tua, dah tak lama nak hidup..apa yang Minah merepek ni?"

"Tapi bukan ke selama ni kita bercinta?? Apa semua ni..!"

"Minah..Minah sedar tak diri Minah ni?!"

"Apa yang abang ckp ni? Minah tau minah dah tua..dah tak cantik mcm dlu,tapi kenapa sekarang baru abg ckp macam ni?kenapa?kenapa?", jerit Nek Minah separuh nak gila.

"Minah tau tak, selama ni abg tak tau nk jelaskan mcm mana dgn Minah,abg anggap Minah mcm arwah adik abg aja..tak lebih dari tu..maksud abg Minah ni tak sedar ke yg sepatutnya rasa cinta Minah ni diletakkan pada siapa?"

"Pada siapa..?",tanya Nek Minah sambil mengesat hingusnya yang kian mengalir.

"Pada Allah!.."

Nek Minah tersentak tatkala ayat tersebut terpacul keluar dari mulut Tok Man.

"Minah lupa ke yang Allah pernah bagi ingatan pada kita agar jgn mendekati zina..",ujar Tok Man lagi.

Nek Minah lantas bangun dari tempat duduknya di pangkin depan rumah Tok Man dan berlalu pergi dengan deraian air mata. Terkial-kial Tok Man apabila Nek Minah berbuat sebegitu.

*********************************************************************************

3 HARI SELEPAS ITU..

"Syafiah, nek tak nak Syafiah dekati lagi rumah Tok Man itu",

"Aik,kenapa pulak?",tanya Syafiah sambil menggaru-garu kepalanya yg tidak gatal.

"Nek ckp jgn..jadi janganlah!",jawab nek Minah lantas bangun dari kerusinya dan menuju ke dapur.

'Aih,pelik betul la org tua ni..semalam bukan main lagi menangis sebab Tok Man tu..hmm',desis hati Syafiah.


Ketika ini Syafiah mahu ke kedai kerana dipesan oleh nek Minah utk membeli beberapa biji telur ayam. Semasa dalam perjalanan balik ke rumah, Syafiah lalu di hadapan sebuah rumah;

'Eh,ni rumah Tok Man'

Kelihatan pula seorang org tua yang kelihatan masih lagi gagah walaupun sudah berusia di pangkin luar rumahnya bersama seorang cucunya..

"Syafiah...mari sini nak,tok nak ckp sket",jerit Tok Man pabila ternampak Syafiah.

Tergedek-gedek Syafiah dtg menuju ke arah Tok Man,tiba-tiba dia terigt akan pesan neneknya:

 "Jangan kau dekati umah Tok Man"..

'Ohh takpe,ni luar umah Tok Man,nenek tak marah kot',desis hati Syafiah.

"Syafiah,Tok Man nak ckp sikit dgn kamu ni, tok tak nak kamu fikir yang bukan-bukan pasal tok,tok tak suka bercinta-cinta ni..ni bukan cara org islam",ujar Tok Man sambil memeluk cucunya yang berusia lebih kurang 2 tahun.

"Maksudnya?..tak fhm la tok",ujar Syafiah yg agak lmbt menangkap maksud Tok Man.

"Kalau kamu nak tahu, tok tak fhm sgt zaman sekarang ni, kalaulah nabi Muhammad s.a.w masih ada di zaman skrg ni,tentu baginda dh sedih",ujar Tok Man yang matanya mula kian kemerahan.

"Sebagai org islam tidak sepatutnya bercinta sebelum berkahwin..sama sekali dilarang dan haram sebenarnya..tapi terkadang tok lemah,tok lemah sebab nenek kamu rajin sgt dtg umah tok bagi mkanan,mcm mana tok nak jaga hati ni, cinta tok hanyalah pada Allah..Tok akan cinta akan seseorang jika cinta dia juga hanyalah pada Allah", ujar Tok Man lagi sambil tersenyum dan mencubit pipi cucunya.

"Macam tu ke tok?",tanya Syafiah pula.

"Betul tu cu"


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

"Tapi kan tok,bukannya nek Minah nak berzina dgn tok",tanya Syafiah sambil membelek tudungnya.

"Astaghfirullah budak ni!..Syafiah,Allah pernah mengingatkan bahawa..."



Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zinasesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


"Jadi tok..Allah ckp jgn dekati zina..maksudnya perkara yang mendekatkan diri kepada zina mata,hati,tangan,kaki  kiranya haram la tok?"

"Hah,pandai pun..apatah lagi berzina..lagilah haram",tambah tok Man lagi.

Tidak lama kemudian kelihatan Nek Minah dan dari jauh dia menjerit memanggil Syafiah.

"Eh tok lupa pulak,nek Minah nak memasak, saya tak pulang2 lagi..balik dulu ye tok assalamualaikum"

"Waalaikumsalam"

*******************************************************************************

"Syafiah! nenek cakap apa tadi?!"

"hmm..ca..cakkap pe nek?",jawab Syafiah terketar-ketar.

"Nenek dah ckp jgn kau dekat-dekat dengan rumah Tok Man tu! Kau degil!"

"Tapi nek, org duk kat luar rumah je nek"

"Luar rumah?!..nenek tak buta lagi Syafiah! luar rumah pn masih dlm kategori dekat dgn rumah..nenek tak peduli..nenek nak hantar kamu balik bandar semula..tinggal dengan ibu kamu tu"

"Nenek!!! saya dah faham..terima kasih nenek....terima kasih"

'Eh pesal dengan budak ni,aku bukan betul-betul nak hantar dia ke bandar',desis hati nek Minah.

Moral of story : Wahai sahabatku syg,janganlah di campur adukkan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan kita..jika kita seorang yang rajin menunaikan solat (perkara baik) tetapi dalam masa yang sama kita menjalin hubungan dengan ajnabi (kapel)-perkara haram/tidak baik. Sangatlah rugi shbtku!


“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah
kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.”
(Al-Baqarah ayat 42)

Duhai sahabatku...kapel itu haram..usahlah berdalih lagi..

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Dan yakinlah bahawa:

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Dalam islam sudah ada cara tersendiri untuk menyempurnakan rasa cinta pada seseorang iaitu melalui berjumpa dengan kedua ibu bapa pihak wanita tersebut dan meminang. Bukanlah dengan cara berkapel yang tidak tahu sampai ke mana hubungan tersebut.

Jika belum bersedia untuk berkahwin,usahlah diluahkan perasaan cinta tersebut agar kesucian diri terjaga kerana itulah yang terbaik buat dirimu dan agamamu.

Gejala kapel ini tersebar luas, sebenarnya kapel adalah budaya orang barat. Mereka bercinta dahulu sebelum berkahwin. Tetapi sebaliknya kita sebagai umat islam mengamalkan bercinta selepas bernikah..Bukankah indah begitu? proses mengenal bakal pasangan hidup adalah ketika mereka dirisik dan ditunangkan..Begitulah islam..duhai shbtku ^_^

Buat kaum wanita,hargailah dirimu..jagalah kesucian dirimu yang khas hanyalah untuk suamimu yang sah..





Alam roh (Kenal diri,maka akan kenal tuhannya)

Bismillahirohmnirohim..
Mengenal diri? sudahkah anda mengenal diri anda..??
Sesiapa yang mengenal dirinya yang bersifat penuh kehinaan (kerana banyak berbuat dosa), kebinasaan, maka dia mengenal sifat Allah swt.

Terdapat dua jalan untuk mengenal Allah iaitu:
-         Jalan Usuluddin = Kenal hakikat diri manusia.
-         Jalan Ihsanuddin= Zauqi (jalan ahli tasawwuf) iaitu mengenal diri melalui rasa hati.

Sebaliknya,barangsiapa yang jahil, tidak memahami, tidak mengenali dirinya, maka untuk mengenal Allah swt adalah lebih jahil lagi..

Selain itu,bagi org yang berakal mereka perlu berusaha untuk mendapatkan makrifat sebelum tibanya waku kematian yang akhirnya membawa kpd kerugian besar.

Alam roh merupakan sesuatu yang sangat rahsia dan dirahsiakan oleh Allah. Oleh sebab itu, dilarang sama sekali untuk menyelidiki alam roh kerana ditakuti terbabas.

Roh sebelum terikat dgn jasad

Roh diciptakan dahulu sebelum jasad diciptakan. Apabila jasad dicipta oleh Allah swt, maka Allah meniupkan sahaja roh tersebut ke dalam jasad.

Dikisahkan bahawa ada seseorang telah datang berjumpa Salman Al-Farisi. Salman Al-Farisi berbual dengan org tersebut seolah-olah sudah lama kenal. Org tersebut berasa pelik,kerana Salman Al-Farisi malahan tahu akan namanya.Lalu dia bertanya kepada Salman Al-Farisi bahawa bagaimana dia boleh mengenali dirinya. Lantas Salman Al-Farisi menyebut hadis nabi yang lebih kurang berbunyi  “ Roh ini seperti tentera yang terhimpun, semasa alam roh (sebelum roh ditiupkan ke jasad), roh-roh yang terhimpun ini bersahabat malahan serasi bersama dan apabila roh ini hidup di dunia (ditiupkan ke jasad), mereka masih lagi bersahabat rapat atau kenal”

Apabila roh lahir ke dunia

Roh apabila lahir ke dunia (bersama jasad),roh ini berada dalam keadaan suci dan bersih daripada sebarang dosa. Namun, apabila meningkat dewasa, roh-roh telah terhijab (tertutup) dengan segala perkara lain yang melalaikan sehingga hilang segala ma’rifat, lupa akan dirinya sebagai hamba Allah.

Maka, roh perlu disedarkan..disedarkan daripada terus terhijab dengan perkara-perkara yang melalaikan daripada mengingati Allah. Berikanlah peringatan kerana memberi manfaat kpd orang-orang yang beriman agar ingat akan hakikat dirinya.

Wallahualam

P/s : Secebis ilmu yang dikutip daripada sebuah ceramah (lupa nama ustaz) >_<