Wednesday, December 29, 2010

Mari 'explore' ciptaan tuhan di samudera [ PART 2]

Satu lagi Kehebatan Yang Maha Kuasa dan Maha Hebat yang kami jumpai adalah sampel seperti yang disebelah ( Gambar 1).

Sampel air ini diambil menggunakan 'niskin water sampler' di lautan Pulau Redang.

Setelah itu, di bawa ke makmal untuk melihat makhluk sekecil-kecil alam di dalam air yang di titis di atas 'petri dish'.

Subhanallah !







( Gambar 1 )


 Gambar 2 : Dr. Kartini sedang melihat meiobentos ( hidupan bersaiz kecil ) di bawah mikroskop. Seperti yang antum semua nampak Dr. Kartini memegang petri dish dari gambar 1.

Subhanallah ! Allah mencipta makhluk yang sangat kecil di dalam lautan. Tidaklah Dia Menciptakan ini dengan sia-sia!

Kerana hidupan ini penting untuk kitaran hidupan marin di dalam laut:




Antara saiz benthos/ plankton :

ü  Picoplankton   < 2 µm
ü  Nanoplankton   2-20 µm
ü  Microplankton   20-200 µm
ü  Mesoplankton   0.2-20 mm
ü  Macroplankton   20-200 mm
ü  Mega plankton   > 200 mm
(Balcher and Swale, 1978)




Video di bawah yang dirakam oleh ahli kumpulan saya melalui mikroskop bagaimana pergerakkan meiobenthos ini. Jom tonton untuk melihat Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan makhluk ini ! video



video

Dalam video di atas menunjukkan benthos yang bernama copepod. Ada 3 jenis copepod sebenarnya :

1. Cyclopoid ( gambar dari encik google )




2. Calanoid ( gambar dari encik google )



 3. Harpacticoid ( gambar dari encik google )



Mari 'explore' ciptaan tuhan di samudera [ PART 1]




Mari saya/ana kenalkan siput yang bukan sebarang siput. 'Benthos' ini ditangkap menggunakan 'benthic dredge' ketika sampling di Pulau Redang :

1) Kesemua 'benthos' ini adalah berasal dari 'phylum mollusca'.
2 ) Benthos ini tinggal di kawasan 'sandy bottoms', di terumbu karang ataupun di batuan terumbu karang

Bagaimana cara makan?
- Kebanyakkannya adalah herbivor yang meragut dasar laut untuk makan.


SUBHANALLAH !







Friday, December 24, 2010

Sains Samudera..Mengenal daku akan kehebatan Yang Maha Pencipta

Sains samudera atau lebih dikenali sebagai sains marin merupakan jurusan yang ana pelajari sehingga sekarang, masih berbaki setahun setengah untuk ana menamatkan pengajian ini...InsyaAllah

Ketika ana di semester 1, siswa dan siswi di semester 1 diwajibkan ke Pulau Bidong untuk melatih kekuatan mental dan fizikal. Pelbagai aktivit yang di jalankan seperti 'water confidence' iaitu siswa dan siswi di bawa dalam bot ke tengah laut (bukannya tengah sangat)  dan disuruh terjun ke dalam laut dan berenang sendiri ke daratan. Selain itu, 'jungle trackking' di hutan di Pulau Bidong, berkayak secara berpasangan dan sebagainya.

Aktiviti 'snorkeling' telah menyedarkan ana betapa indahnya ciptaan hidupan laut. Ana dapat lihat ikan yang berenang-renang 'berdekatan' dengan ana. Padahal bukanlah dekat pun, faktor pembiasan meyebabkan ikan kelihatan seperti begitu hampir dengan ana.

Ketika ana di semester 2, siswa dan siswi di jurusan ana berpeluang ke Pulau Kapas untuk subjek Prinsip Kepelautan dan Navigasi. Alhamdulillah, ana berpeluang sekali lagi melihat keindahan ciptaan Tuhan. Bukti Penciptaan Allah telah membuka hati dan minda ana untuk terus dalam perjuangan ini,mencari cinta hakiki.

Ketika cuti semester iaitu sebelum ana masuk semester 3, siswa dan siswi jurusan ana berpeluang ke Pulau Redang untuk membuat kajian untuk subjek kerja lapangan. Subhanallah, inilah kenangan yang paling tidak dapat ana lupakan, ana mentarbiah diri ana supaya lebih dekat kepadaNya dan supaya melakukan sunnah kekasihNya iaitu Nabi Muhammad sallahualaihiwassalam.

Pelbagai kajian yang kami jalankan seperti:

1. Physical Oceanography
-  Kami mengkaji pergerakan arus air dan arahnya dengan menggunakan current profiler.

2. Chemical Oceanography
- Kami mengkaji kemasinan air laut dengan menggunakan hydrolab
- Mengkaji kekeruhan air dengan menggunakan secchi disc

3. Geological Oceanography
- Mengkaji saiz pasir di pesisir pantai Pulau Redang untuk mengetahui 'sedimentological characteristics' seperti skewness dan sebagainya.

4. Biological Oceanography
- Mengkaji 'categories of coral' melalui tali pita yang dibentangkan ke dasar laut. ( kajian dilakukan melalui snorkeling, diving dan manta tow )
- Plankton night ( subhanallah, kami melihat plankton yang mengeluarkan cahaya ketika malam - cahaya dikeluarkan kerana enzyme yang dirembeskan yang dipanggil luciferase. )
- Mengkaji seaweed dan pelbagai hidupan lain yang di tangkap menggunakan bongo net, kitahara net, sledge,smith maclyntyre grab dan sebagainya.- subhanallah

                                                       *Antara marine life yang kami jumpai 
                                                                        -Brittle star-
                                               Ini adalah gamat yang dijumpai kami (group lain)



* Gambar di atas adalah antara yang dijumpai kami ketika kajian di Pulau Redang..Cantik kan? Subhanallah..


5. Remote sensing

- Mengkaji cahaya yang dipantulkan dan yang diserapkan oleh laut menggunakan spectroradiometer


* Subhanallah..sem lepas merupakan semester yang paling tidak dapat ana lupakan. Selama seminggu kami (siswa dan siswi sains samudera ) di Pulau Redang melakukan kajian di sana.

* Tidak pernah ana berada di bot melebihi setengah jam malahan lebih dari 3 jam perjalanan kami untuk sampai ke Pulau. Alhamdulillah, ana tidak mabuk atau muntah-muntah sepanjang kajian dilakuan tetapi hanyalah mabuk darat. Ana menanggung mabuk darat selama seminggu. Barulah kebah!

* Allah memang Maha Hebat, menciptakan alam, menciptakan segala-galanya. Bahkan hidupan laut yang begitu indah diciptakanNya.. Semakin banyak ana belajar, semakin ana kenal KehebatanMu Ya Allah!

Thursday, December 23, 2010

Result PMR 2010

Hari ini ana/saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan PMR hari ini. Tahniah diucapkan kerana masih mampu bangun dari tidur dan Diberi kekuatan untuk hadir ke sekolah dan mengambil result hari ini.

Tahniah juga diucapkan kerana peroleh keputusan yang cemerlang dan kepada yang kurang bernasib baik janganlah bersedih hati.

Kenapa?

Kerana yang cemerlang adalah sebenarnya Diuji dan yang kurang bernasib baik juga adalah Diuji..

Diuji sama ada kita REDHA ataupun sebaliknya..

Sebagai hamba Allah, haruslah kita meletakkan diri kita sebagai seorang yang diuji di atas muka bumi ini.

Sedangkan PMR adalah ujian yang diketahui tempat dan waktunya, inikan pula kita sebagai hamba Allah PASTI Diuji tidak kira tempat ataupun masa untuk Menguji sama ada kita beriman kepadaNya atau sebaliknya

iaitu

BERIMAN KEPADA QADA' DAN QADAR ^_^

La Tahzan ..

Pasti ada hikmah di sebaliknya..

Tuesday, December 21, 2010

Ilmu pelita hidup

Pernahkah anda terfikir kenapa aku perlu menuntut ilmu..? untuk apa?

Kali ini ana/ saya akan cuba ubah pemikiran anda mengapa kita perlu menuntut ilmu dan adakah supaya kita dewasa nanti dapat kerja yang gajinya besar? dapat rumah besar ? kereta besar ? yang besar-besar saja ?

Di sini ana kemukakan antara tujuan dan matlamat ilmu :


1. Untuk mengenal Pencipta

2. Menyingkap kebenaran.
 - Iaitu ilmu bersumberkan wahyu membawa kepada kebenaran dan menafikan sebarang kepalsuan.

3. Membina peradaban kemanusiaan

4. Mempertahankan agama

5. Syarat penerimaan amal / ibadat
- Tanpa ilmu, tatacara pelaksanaan ibadat kepada Allah adalah tidak sah dan tidak diterima olehNya.

Aisyah Ummul Mukminin meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
" Barangsiapa beramal tanpa dasar dari kami, maka tertolaklah amalan tersebut" ( HR Bukhari & Muslim )

Sunday, December 19, 2010

Kisah sebuah jam

Kisah Sebuah Jam

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetik paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?" 
"Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" tanya  si pembuat jam.

"Lapan puluh enam ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" cadang si pembuat jam.

"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetap saja jam ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam dengan penuh kesabaran kemudian berkata lagi kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?" 

"Oh, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.


Moral :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. 



SUMBER : Copy dari sahabat untuk disebarkan ^_^

Asas agama ? Penting ke?


Islam merupakan agama yang syumul. Meliputi pelbagai aspek termasuk hubungan kekeluargaan, pekerjaan mahupun percintaan!

Namun begitu, asas agama yang kita belajar sejak di sekolah rendah sehingga sekarang haruslah kita ingat dan juga praktikkan. Bukanlah dengan cara terus mengejut mendalami islam sedangkan asas pun kita tidak tahu. 

Kenapa ye?

Kerana sebagai contoh : Seseorang yang mula berminat untuk mendalami agama mula belajar dan istiqomah melakukan perkara sunat. Tetapi apabila sesuatu berlaku dalam dirinya, sebagai contoh ditimpa musibah, seseorang tersebut tidak redha malahan tidak dapat menerima kenyataan, padahal dia merupakan seorang yang arif dalam agama.

Mengapa?

Kerana pengetahuannya tentang asas agama adalah cetek!

Oleh itu,

Mari kita sama-sama imbas kembali Rukun Iman ada berapa perkara ? ^_^

Rukun iman ada 6 perkara :

1. Beriman kepada Allah

2. Beriman kepada Malaikat

3. Beriman kepada Kitab

4. Beriman kepada Rasul

5. Beriman kepada Qada' dan Qadar

6. Beriman kepada Hari akhirat

* Marilah kita menghayati keenam-enam rukun iman :

- Melalui perbuatan
- Melalui perakuan
- Melalui hati

*Agar kita bersama-sama memperoleh keredhaanNya..
( Allah..kamilah pencari cintaMu.. ) ^_^


Wednesday, December 15, 2010

Sah kah solat anda?


Apa pendapat anda tentang beramal tanpa ilmu?
Bagi ana sangat berbahaya jika anda tergolong dalam golongan ini iaitu beramal tanpa ilmu.

Supaya lebih faham..ana bahasakan diri ana saya ye..bahasa arab ( ana ),bahasa melayu (saya)..^_^

Contoh : Seseorang yang menunaikan solat 5 kali sehari semalam tidak termasuk solat sunat tetapi tidak tahu akan rukun solat ..orang ini termasuk dalam golongan yang beramal tanpa ilmu..

Kenapa ana cakap macam ni?
Kerana rukun solat adalah perkara yang WAJIB dilakukan, jika TIDAK dilakukan maka solat itu TIDAK SAH.

Ana ulang sekali lagi TIDAK SAH..

Jadi,nak tahu tak apa Rukun solat dan berapa semuanya ?

*Rukun solat ada 13 semuanya ye kawan-kawan ^_^

1. Niat

2. Berdiri betul

3. Mengangkat takbiratul ihram

4. Membaca surah Al-Fatihah

5. Rukuk dan tamakninah

6. Iktidal dan tamakninah.

7. Sujud dan tamakninah

8. Duduk antara dua sujud serta tamakninah

9. Baca tahiyat akhir

10. Duduk tahiyat akhir

11. Membaca selawat ke atas nabi

12. Memberi salam yang pertama

13. Tertib

Jom kita hafal rukun solat, bukan sahaja menghafal tetapi juga memahami dan praktikkan sebaik mungkin.
Moga amalan kita semua diterima oleh Allah swt  ( ^_^ ) Aminn..

Izinkan aku cuti dari dakwah ini



Jalanan ibukota masih saja ramai hingga larut malam ini, dengan kendaraan yang terus berlalu lalang, juga dengan kehidupan manusia-manusia malam yang seakan tidak akan pernah mati. 

Namun kini hatiku tak seramai jalanan di kota ini. Sunyi. Itulah yang sedang kurasakan. Bergelut dengan aktifitas dakwah yang menyita banyak perhatian, baik tenaga, harta, waktu dan sebagainya, seakan menempa diriku untuk terus belajar menjadi mujahid tangguh.

Tapi kini, hatiku sedang dirundung kegalauan. Galau akan saudara-saudaraku dalam barisan dakwah yang katanya amanah, komitmen, bersungguh-sungguh namun seakan semua itu hanyalah teori-teori dalam pertemuan mingguan.

Hanya dibahas, ditanya jawabkan untuk kemudian disimpan dalam catatan kecil atau buku agenda yang sudah lusuh hingga pekan depan mempertemukan mereka lagi, tanpa ada amal perbaikan yang lebih baik. Ya… Mungkin itu yang ada dibenakku saat ini tentang su’udzhan-ku terhadap mereka, setelah seribu satu alasan untuk ber-husnudzhan.


Kini kutermenung kembali akan hakikat dakwah ini. Sebenarnya apa yang kita cari dari dakwah? Dimanakah yang dinamakan konsep amal jama'i yang sering diceritakan indah? Apakah itu hanya pemanis cerita tentang dakwah belaka? Apakah ini yang disebut ukhuwah?

Sering terlontarkannya kata-kata "Afwan akh, ana gak bisa bantu banyak…" atau sms yang berbunyi "Afwan akh, ana gak bisa datang untuk syuro malam ini…" atau kata-kata berawalan "Afwan akh…" lainnya dengan seribu satu alasan yang membuat seorang akh tidak bisa hadir untuk sekedar merencanakan strategi-strategi dakwah kedepannya.

Kalau memang seperti itu hakikat dakwah maka cukup sudah, "Izinkan aku untuk cuti dari dakwah ini, mungkin untuk seminggu, sebulan, setahun atau bahkan selamanya. Lebih baik aku konsenstrasi dengan studiku yang kini sedang berantakan, atau dengan impian-impianku yang belum terpenuhi, atau dengan lebih memperhatikan ayah dan ibuku yang sudah semakin tua, toh tanpa aku pun dakwah tetap berjalan, bukan???"



Sahabat-sahabatku…

Memang dalam dunia dakwah yang sedang kita geluti seperti sekarang ini, tidak jarang kita mengalami konflik atau permasalahan-permasalahan. Dari sekian permasalahan tersebut terkadang ada konflik-konflik yang timbul di kalangan internal aktivis dakwah sendiri.

Pernah suatu ketika dalam aktivitas sebuah barisan dakwah, ada seorang ikhwan yang mengutarakan sakit hatinya terhadap saudaranya yang tidak amanah dengan tugas dan tanggungjawab dakwahnya. Di lain waktu di sebuah lembaga dakwah kampus, seorang akhwat "minta cuti" lantaran sakit hatinya terhadap akhwat lain yang sering kali dengan seenaknya berlagak layaknya seorang bos dalam berdakwah.




Pernah pula suatu waktu seorang kawan bercerita tentang seorang ikhwan yang terdzalimi oleh saudara-saudaranya sesama aktifis dakwah. Sebuah kisah nyata yang tak pantas untuk terulang namun penuh hikmah untuk diceritakan agar menjadi pelajaran bagi kita.

Ceritanya, di akhir masa kuliahnya sebut saja si X (ikhwan yang terdzalimi) hanya mampu menyelesaikan studinya dalam waktu yang terlalu lama, enam tahun. Sedangkan di lain sisi, teman-temannya sesama (yang katanya) aktifis dakwah lulus dalam waktu empat tahun.

Singkat cerita, ketika si X ditanya mengapa ia hanya mampu lulus dalam waktu enam tahun sedangkan teman-temannya lulus dalam waktu empat tahun? Apa yang ia jawab? Ia menjawab "Aku lulus dalam waktu enam tahun karena aku harus bolos kuliah untuk mengerjakan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan oleh saudara-saudaraku yang lulus dalam waktu empat tahun."


Subhanallah… di satu sisi kita merasa bangga dengan si X, dengan militansinya yang tinggi beliau rela untuk bolos dan mengulang mata kuliah demi terlaksananya roda dakwah agar terus berputar dengan mengakumulasikan tugas-tugas dakwah yang seharusnya dikerjakan teman-temannya. Namun di sisi lain kita pun merasa sedih, sedih dengan kader-kader dakwah (saudara-saudaranya si X) yang dengan berbagai macam alasan duniawi rela meninggalkan tugas-tugas dakwah yang seharusnya mereka kerjakan.


Sahabat….


Semoga kisah tersebut tidak terulang kembali di masa kita dan masa setelah kita, cukuplah menjadi sebuah pelajaran berharga….


Semoga kisah tersebut membuat kita sadar, bahwa setiap aktifitas yang di dalamnya terdapat interaksi antar manusia, termasuk dakwah, kita tiada akan bisa mengelakkan diri dari komunikasi hati...


Ya, setiap aktifis dakwah adalah manusia-manusia yang memiliki hati yang tentu saja berbeda-beda. Ada aktifis yang hatinya kuat dengan berbagai macam tingkah laku aktifis lain yang dihadapkan kepadanya. Tapi jangan pula kita lupa bahwa tidak sedikit aktifis-aktifis yang tiada memiliki ketahanan tinggi dalam menghadapi tingkah pola aktifis dakwah lain yang kadang memang sarat dengan kekecewaan-kekecewaan yang sering kali berbuah pada timbulnya sakit hati. Dan kesemuanya itu adalah sebuah kewajaran sekaligus realita yang harus kita pahami dan kita terima.



Namun apakah engkau tahu wahai sahabat-sahabatku?


Tahukah engkau bahwa seringkali kita melupakan hal itu? Seringkali kita memukul rata perlakuan kita kepada sahabat-sahabat kita sesama aktifis dakwah, dengan diri kita sebagai parameternya. Begitu mudahnya kita melontarkan kata-kata "afwan", "maaf" atau kata-kata manis lainnya atas kelalaian-kelalaian yang kita lakukan, tanpa dibarengi dengan kesadaran bahwa sangat mungkin kelalaian yang kita lakukan itu ternyata menyakiti hati saudara kita.

Dan bahkan sebagai pembenaran kita tambahkan alasan bahwa kita hanyalah manusia biasa yang juga dapat melakukan kekeliruan. Banyak orang bilang bahwa kata-kata "afwan", "maaf" dan sebagainya akan sangat tak ada artinya dan akan sia-sia jika kita terus-menerus mengulangi kesalahan yang sama.




Wahai sahabat-sahabatku…

Memang benar bahwasanya aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, bukan malaikat, sehingga tidak luput dari kelalaian, kesalahan dan lupa. Tapi di saat yang sama sadarkah kita bahwa kita sedang menghadapi sosok yang juga manusia biasa? bukan superman, bukan pula malaikat yang bisa menerima perlakuan seenaknya. Sepertinya adalah sikap yang naif ketika kesadaran bahwa aktifis dakwah hanyalah manusia biasa, hanya ditempelkan pada diri kita sendiri.

Seharusnya kesadaran bahwa aktifis dakwah adalah manusia biasa itu kita tujukan juga pada saudara kita sesama aktivis dakwah, bukan cuma kepada kita sendiri. Dengan begitu kita tidak bisa dengan seenaknya berbuat sesuatu yang dapat mengecewakan, membuat sakit hati, yang bisa jadi merupakan sebuah kezhaliman kepada saudara-saudara kita.


Sahabat…


Adalah bijaksana bila kita selalu menempatkan diri kita pada diri orang lain dalam melakukan sesuatu, bukan sebaliknya. Sehingga semisal kita terlambat atau tidak bisa datang dalam sebuah aktivitas dakwah atau melakukan kelalaian yang lain, bukan hanya kata "afwan" yang terlontar dan pembenaran bahwa kita manusia biasa yang bisa terlambat atau lalai yang kita tujukan untuk saudara kita.

Tapi sebaliknya kita harus dapat merasakan bagaimana seandainya kita yang menunggu keterlambatan itu?
Atau bagaimana rasanya berjuang sendirian tanpa ada bantuan dari saudara-saudara kita? Sehingga dikemudian hari kita tidak lagi menyakiti hati bahkan menzhalimi saudara-saudara kita.

Sehingga kata-kata “Akhi… Ukhti… Izinkan aku cuti dari dakwah ini” tidak terlontar dari mulut saudara-saudara kita sesama aktifis dakwah.


Copy dari :
www.iluvislam.com
Dihantar Oleh : febrianty
Editor : naadherah

Do you do those things?

Pada suatu hari Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat...

" Siapakah di antara kamu yang menghidupkan malamnya? "

Salman al-Farisi menjawab, " Saya, ya Rasulullah. "

Rasulullah bertanya lagi,

" Siapa yang berpuasa penuh pada setiap bulan ? "

Salman al-Farisi menjawab,

" Saya ya, Rasulullah. "

Rasulullah kemudian bertanya,

" Siapa yang khatam al-Quran pada setiap hari ? "

Salman al-Farisi menjawab lagi,

" Saya, ya Rasulullah. "

Sahabat-sahabat yang lain berasa hairan akan jawapan Salman al-Farisi. Mereka berkata bahawa mereka tidak pernah nampak Salman al-Farisi membuat semua itu. Rasulullah s.a.w kemudiannya menyuruh Salman al-Farisi memberi penjelasan akan jawapannya itu. Salman al-Farisi menjawab,

" Aku pernah mendengar kekasihku, Rasulullah s.a.w. bersabda, sesiapa yang tidur dalam keadaan berwudhu', seolah-olah dia telah ihya' (menghidupkan) malamnya. Baginda juga pernah bersabda setiap amal kebajikan akan dibalas dengan 10 kebaikan. Aku puasa 3 hari pada setiap bulan sama dengan aku berpuasa 30 hari (sebulan). "

Rasulullah s.a.w mengiakan kata-kata Salman al-Farisi.

" Aku juga pernah mendengar Baginda bersabda sesiapa yang membaca "Qulhuwallahu Ahad" (surah al-Ikhlas) seolah-olah dia membaca 1/3 al-Quran. Aku membacanya 3 kali setiap hari. Ini seolah-olah aku telah khatamkan al-Quran. "


Sunber : Artikel dari iluvislam.com

Tuesday, December 14, 2010

22 lawan satu

22 lawan satu.





Sebuah cerita yang menarik.. Ada seorang pemuda arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan ia mampu mendalaminya. Selain belajar, ia juga seorang juru dakwah Islam. Ketika berada di Amerika, ia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah SWT memberinya hidayah masuk Islam.*******************************************************************************************

Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas di dekat sebuah gereja yang terdapat di kampong tersebut. Temannya itu meminta agar ia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula ia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika pendeta masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk.

Di saat itu, si pendeta agak terbeliak ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang muslim. Aku harap ia keluar dari sini." Pemuda arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Pendeta tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun ia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya pendeta itu berkata, "Aku minta ia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.

Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang pendeta, "Bagaimana anda tahu bahwa saya seorang muslim." Pendeta itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat di wajahmu." Kemudian ia beranjak hendak keluar. Namun, pendeta ingin memanfaatkan keberadaan pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan ugamanya. Pemuda muslim itupun menerima tentangan debat tersebut.

Pendeta berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan! Sang pendeta pun mulai bertanya, "
1.     Sebutkan satu yang tiada duanya, 2.     dua yang tiada tiganya, 3.     tiga yang tiada empatnya, 4.     empat yang tiada limanya, 5.     lima yang tiada enamnya, 6.     enam yang tiada tujuhnya, 7.     tujuh yang tiada delapannya, 8.     delapan yang tiada sembilannya, 9.     sembilan yang tiada sepuluhnya, 10.   sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, 11.   sebelas yang tiada dua belasnya, 12.   dua belas yang tiada tiga belasnya, 13.   tiga belas yang tiada empat belasnya. 14.   Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! 15.   Apa yang dimaksud dengan kuburan berjalan membawa isinya? 16.   Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam surga? 17.   Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? 18.   Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu! 19.   Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diadzab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? 20.   Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diadzab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu? 21.   Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! 22.   Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"

Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca basmalah ia berkata,
1.     Satu yang tiada duanya ialah Allah SWT. 2.     Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah SWT berfirman, "Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12). 3.     Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh. 4.     Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an. 5.     Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu. 6.     Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah SWT menciptakan makhluk. 7.     Tujuh yang tiada delapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah SWT berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). 8.     Delapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah SWT berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu delapan orang malaikat men-junjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17). 9.     Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mu'jizat yang diberikan kepada Nabi Musa yaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin topan, musim paceklik, katak, darah, kutu dan belalang. Dan bukti-bukti itu ialah angin taufan, belalang, kutu, katak, darah, tongkat, tangan, belah laut, memayungi mereka dengan awan, al-man, al-salwa, batu hingga yang lain daripada tanda kekuasaan Allah yang mereka saksikannya. 10.   Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah SWT berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali lipat." (Al-An'am: 160). 11.   Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf. 12.   Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mu'jizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, 'Pukullah batu itu dengan tongkatmu.' Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60). 13.   Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya. 14.   Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah SWT ber-firman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing." (At-Takwir: 18). 15.   Kuburan yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS. 16.   Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam surga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf , yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, " tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98) 17.   Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keledai. Allah SWT berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keledai." (Luqman: 19). 18.   Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Shalih dan Kambing Nabi Ibrahim. 19.   Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diadzab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim. Allah SWT berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya':69). 20.   Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Shalih, yang diadzab dengan batu adalah tentera bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ash-habul Kahfi (penghuni gua). 21.   Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya wanita, sebagaimana firman Allah SWT "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28). 22.   Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari. 
Pendeta dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda muslim tersebut. Kemudian ia pun mula hendak pergi. Namun ia mengurungkan niatnya dan meminta kepada pendeta agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh pendeta.

Pemuda ini berkata, "Apakah kunci surga itu?"

Mendengar pertanyaan itu lidah pendeta menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Ia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun ia cuba mengelak. Mereka berkata, "Anda telah melontarkan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya ia jawab, sementara ia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya!"

Pendeta tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapan nya, namun aku takut kalian marah." Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda." Pendeta pun berkata, "Jawabannya ialah: 

Asyhadu An La Ilaha Illallah Wa Aasyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."

Lantas pendeta dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda muslim yang bertakwa. 
*Utk dikongsi bersama (ana copy dari sahabat)

Redha Allah terletak pada redha ibunya


Sayang mak! Itulah perasaan yang dapat ana gambarkan apabila ana menatap wajah mak ana.
Maklumlah, ana cuma dapat tengok wajah mak ana semasa cuti semester ataupun cuti perayaan sahaja. Memang ana akan rindukan mak,ayah, adik-adik dan abang dan anak saudara apabila pulang ke universiti.

Bagi ana sebagai pelajar, keberkatan ibu dan bapa sangat penting selain daripada kerberkatan pensyarah kita sendiri. Hal ini kerana redha Allah terletak pada redha ibunya.

"Mak,doakan dila boleh jawab exam eh"

Itulah selalunya dialog ana apabila menelefon mak apabila tiba musim peperiksaan.
Bukan sahaja doa ibu yang ana harapkan, hablulminallah juga ana perlu jaga kerana Dia sajalah yang menentukan apa yang terbaik untuk diri ini.

Peluang ana selama hampir sebulan di rumah ini harus ana gunakan sebaiknya. Inilah peluang untuk ana berbakti kepada ibu ana. Ana akan cuba bantu ibu ana sebaiknya dalam urusan mengemas rumah mahupun urusan di dapur. Dapatlah juga ana belajar resepi baru daripada ibu ana ^_^. Ana juga suatu hari nanti akan bergelar seorang isteri (insyaAllah),jadi ana perlu tahu kesemua urusan sebagai suri rumah tangga.

Mak redhakan Dila ye!




Monday, December 13, 2010

Si comel Azan Addin


Marilah ana kenalkan anak saudara ana Azan Addin..Si comel ni memang sangat petah berkata-kata walaupun usianya baru setahun lebih.

Tiap kali ana cuti semester ataupun cuti perayaan pasti ana dapat lihat perubahan si kecil ini daripada terbaring tidak boleh bercakap kepada gagah berdiri dan petah berkata-kata.

"Subhanallah",ini lah yang ana mampu katakan.

'When a baby is born..So helpless and weak and you watching it growing..' -Lirik lagu open your eyes oleh Maher Zain.

Ana masih ingat ketika ana di matrik, ana mendapat mesej bahawa adik dan family ana berada di hospital. Terkejut juga ana ketika itu,ingatkan siapa yang sakit. Rupa-rupanya kakak ipar ana sedang bertarung nyawa melahirkan anak.
Biras dan keluarga ana datang ke hospital untuk memberi sokongan. Almaklumlah, cucu sulung..

Ana juga dapat MMS daripada abang ana gambar anak saudara ana..sungguh comel! yang penting,mukanya suci..bersih tanpa dosa ^_^

Dipendekkkan cerita,ketika ana di universiti..Ana pulang daripada cuti raya baru ni, si kecil Azan Addin sudah pandai berkata-kata ^_^.

"Uu..la",jerit si kecil Azan

Rupanya dia panggil ana..mok La..hehe


*Si kecil ini umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi insan yang cenderung kepada agamanya ataupun sebaliknya. Moga Azan Addin menjadi insan yang terbaik dari segi agamanya,sahsiah dan juga pelajarannya kelak. Menjadi khalifah Allah yang berjaya di dunia dan akhirat..Aminn..


Belajar dan Konsepnya ^_^


Kali ni ana sedang bercuti semester 3 di rumah sebelum melangkahkan kaki ke universiti untuk semester ke 4. Kehidupan di universiti sangatlah mencabar dan banyak mengajar diri ana cara menguruskan masa:
-Masa untuk beribadat kepada Allah
-Masa untuk 'study'

Sebenarnya tidak perlu dipisahkan.Bagi ana walaupun sedang 'study', konsep belajar kerana Allah sudah terpahat di minda dan hati. Maka, apabila kita sentiasa ingat 'Allah..Allah..Allah' maka lagi bersemangatlah kita mahu belajar.

Konsep tawakal pula adalah sangat perlu dan bagi ana wajib untuk ana mengajar diri ini agar sentiasa bertawakal kepada Allah. Apabila kita sudah mencapai tahap tawakal, ini bererti kita dah siap sedia,sudah berusaha secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.

Konsep redha pula sememangnya wajib bagi kita umat islam. Apabila sudah tiba keputusan peperiksaan diumumkan, seharusnya kita redha dengan apa yang kita peroleh. Mungkin sukar ataupun perit untuk kita hadapi. Namun,ingatlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita ^_^

Saturday, September 11, 2010

Bicara hati .. Luahan rasa


Assalamualaikum..

-Mukadimah-

Alhamdulillah, saya nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin". Sememangnya hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat islam kerana dengan izin Allah s.w.t kita dapat berpuasa selama sebulan,bukan sahaja berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga berpuasa menahan diri daripada mengikut hawa nafsu sendiri.

-Pokok & Isi -

Apabila hari raya menjelang tiba,terkadang dugaan yang besar datang menjengah. Sememangnya hamba-hamba Allah akan diduga dengan pelbagai jenis dugaan dari segi fizikal ataupun rohani untuk menguji keimanan diri kita. (peringatan untuk diri sendiri yang khilaf ini juga). Terkadang kita mengeluh tatkala ditimpa musibah..keluh kesah..tidak tenang :

"Sungguh MANUSIA DICIPTAKAN bersifat SUKA MENGELUH,apabila dia ditimpa kesusahan dia BERKELUH KESAH & apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir,KECUALI ORANG-ORANG yang MELAKSANAKAN SOLAT ,mereka yang TETAP SETIA MELAKSANAKAN SOLAT", - Surah al-Ma'arij ayat 19-23

Betapa solat itu merupakan tiang agama,punca kepada berlakunya kemungkaran jika lalai dalam melaksanakan solat. Sememangnya apabila tibanya hari raya,solat diringan-ringankan. Sibuk melayan tetamu hingga lupa menunaikan solat (nauzubillah min zalik).Sekadar untuk peringatan untuk diri sendiri juga kepada saudara seislam yang lain. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisap! Jika baik solatnya maka baiklah segala amalannya,jika buruk solatnya maka buruklah segala amalannya.

-Sayang? dimana harus ku curahkan ??-

Sebagai seorang wanita yang bergelar muslimah,sememangnya ada batasnya dari segi aurat,percakapan dan tingkah laku. Terutamanya di musim perayaan ini,saya amatlah sedih dengan fenomena gadis islam yang tidak menjaga auratnya walaupun di dalam rumah! Maksud saya iaitu apabila tetamu datang ke rumah (lelaki ajnabi ),gadis islam tersebut tidak menutup rambutnya,(tidak menutup aurat). Bagaikan menutup aurat ini adalah perkara sunat! Sebaliknya menutup aurat adalah wajib bagi setiap individu yang bergelar muslimah...

Muslimah sekalian..
Betapa kita dicipta oleh Allah sungguh istimewa..Mengapalah kita tidak menjaga amanah ini sebaiknya?? Fenomena akhir zaman kini iaitu kes pembuangan bayi,disebabkan mengabaikan @ lupa @ tidak memahami ayat-ayat Allah menyebabkan kes ini semakin berleluasa di kalangan remaja islam sekarang:

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah

suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


Allah melarang kita daripada menghampiri zina,apatah lagi melakukannya. Bukankah berkapel menuju ke arah zina?bukankah memakai wangi-wangian yang menyebabkan lelaki ajnabi tercium baunya mendekati zina? bukankah berkawan rapat dengan lelaki tanpa sebab musabab mendekati zina? bukankah tidak menutup aurat @ menutup aurat tetapi tidak sempurna sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi mendekati zina?

TEPUK DADA TANYA IMAN..

-sayang?cinta?-

Cinta yang sebenarnya hanyalah pada Yang Maha Mencintai..Cinta kerana Allah itulah yang sebenar-benarnya.Tersalah memilih cinta hati akan menyebabkan diri sendiri merana. Saya petik daripada kata-kata ini:

"Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada teman walaupun keseorangan.Kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang,jadi penuhilah hati kita dengan mengingatiNya,moga hidup kita sentiasa terisi dengan kasih sayangnya"

Yang baik datangnya daripada Allah,yang buruk juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan dengan kesilapan diri sendiri..

Wallahualam..assalamualaikum : )

hamba Allah yang penuh kekhilafan: AADILA TALIB