Monday, June 14, 2010

Fahamilah kehendak Allah.....




Kehendak manusia:
Aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi orang pandai, nanti mudah untuk lulus periksa dan dapat degree. Orang tentu akan hormat padaku.

Kehendak Allah:
Walaupun engkau rajin belajar, belum tentu engkau lulus. Apakah engkau jamin kalau engkau pandai, engkau tidak akan merosakkan dirimu?Mana tahu, kalau-kalau kerana engkau lebih pandai dari orang lain, engkau sombong dan menipu orang lain dengan kepandaian yang engkau miliki itu. Kalau begitu, bukankah lebih selamat engkau menjadi orang tidak pandai?


Kehendak manusia:
Aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencari kekayaan.Nanti aku dan keluargaku tidak hina dipandangan masyarakat. Aku ingin berbakti kepada orang susah dan miskin. Aku akan membela pelajar-pelajar yang tidak mampu melanjutkan pelajaran.

Kehendak Allah:
Tapi Aku tidak izinkan engkau menjadi kaya. Aku mahu engkau tetap sederhana. Mana engkau jamin engkau bermurah hati untuk menghulurkan sedekah bila kaya nanti. Engkau lebih susah untuk mengawal nafsumu.Aku lebih mengetahui membuaat ukuran sejauh mana kekayaan yang mesti Aku berikan kepada engkau bahkan kalaupun rezeki yang Aku berikan tidak mencukupi, disitu ada didikan dan pengajaran yang mesti engkau pelajari.Tapi kalau kerana itu engkau tidak bersabar menerimanya, maka engkau memang seorang yang tidak bersyukur.

Kehendak manusia:
Aku ingin memiliki tubuh badan yang sihat supaya aku mudah untuk beramal ibadah. Setiap waktu aku boleh berjemaah di masjid.Kalau murah rezeki pula, aku akan membawa keluargaku menunaikan haji

Kehendak Allah:
Walaupun engkau ingin tubuh badan yang sihat, tapi aku sengaja uji engkau dengan kesakitan. Adaakah engkau rasa kalau tubuh badanmu sihat, engkau boleh buat ibadah?Tapi Aku lebih tahu, kalau tubuh badanmu sihat, engkau akan buat dosa, buat maksiat. Tapi kalau engkau sakit,barulah engkau beringat-ingat.

(Diambil dari majalah Perutusan Hawa,edisi ke 14.muka surat 24)

Ketahuilah ada hikmah disebalik setiap pekara yang berlaku yang mungkin kau ketahui dan mungkin juga ia akan dihijabkan dari pengetahuan engkau buat selama-lamanya.Ingatlah...mungkin apa yang kamu suka itu bukan yang terbaik untukmu dan mungkin apa yang kau tidak suka adalah yang terbaik untuk engkau.Sentiasalah bersangka baik dengan Allah.Sentiasalah bersyukur terhadap semua nikmatnya dan juga semua dugaan yang Dia berikan...kerana dugaan itu ujian dan nikmat itu juga ujian.Hanya Allah yang tahu rahsia kehidupan ini.

Kasih sayang Allah tidak akan dirasai tanpa ujian,takkan di rasai kehambaan tanpa munajat,takkan dirasai keinsafan tanpa muhasabah..banyak mana ujian Allah,banyak itulah kasih sayangNya...

Duhai lelaki..Aduhai Wanita..KENAPA COUPLE HARAM?



Kesedihan sahabat ana semalam masih ana rasai, sebagai saudara seislam sememangnya ana dapat rasai kepedihan itu.

“Ana tak sangka, adik ana sanggup tipu ana,sanggup tipu keluarga”,kata Timah sambil mengesat air matanya yang sejak tadi tidak henti-henti mengalir.

Kata Timah lagi, “Ana tak faham, hampir tiap hari ana bagi tazkirah pada adik-adik ana selepas solat maghrib,ana ingat itu sajalah cara yang dapat ana lakukan supaya adik-adik ana jadi muslimah yang sejati dan supaya mereka tak terjebak dengan gejala sosial sekarang yang menjadikan ‘couple’ sebagai ‘trend’. Tapi, ana tak berjaya, ana bukan kakak yang mampu menjaga adiknya”,

Sedari tadi Timah menyalahkan dirinya sendiri akan apa yang berlaku, ana mulai rasa bimbang dengan apa yang berlaku pada zaman kini.

Ana mula berpetah, “Timah, itu semua takdir,anti dah cuba yang terbaik untuk adik anti. Ini bukan salah anti tetapi ini adalah ujian dari Allah supaya anti tak berputus asa untuk amar makruf nahi mungkar dan dlm berdakwah,jadi macam mana keadaan adik anti sekarang?”

“ Adik ana sudah menyesal dengan apa yang berlaku,adik ana sudah memutuskan hubungan dengan lelaki itu yang juga rakan sekelasnya”, jawab Timah sambil mengenyehkan matanya yang kian kemerahan.

“Alhamdulillah,moga Allah beri kekuatan pada anti dan menguatkan hati adik anti daripada perasaan was-was tentang ‘couple’ “, jawab ana sambil tersenyum mesra.

- INI ADALAH KISAH BENAR YANG SUDAH DI EDIT KISAHNYA DGN NAMA BUKAN SBNR UTK PENGAJARAN.

Di sini adalah BUKTI bersama DALIL bahawa ‘COUPLE ITU HARAM’

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah

suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

NOTE: KALAU ‘COUPLE’ AKAN ADA ZINA HATI KERANA RINDU LELAKI @ WANITA BUKAN MUHRIM DAN JUGA ZINA KAKI APABILA MELANGKAH NAK KE TEMPAT DATING, ZINA TANGAN APABILA MENYENTUH YANG BUKAN MUHRIM,ZINA LIDAH APABILA BERGAYUT DLM TELEFON SEBUT ‘SAYANG’ @ ‘ABANG’ ,ZINA TELINGA APABILA MENDENGAR PERKATAAN DAN SUARA DARIPADA YANG BUKAN MUHRIM SEHINGGA MENIMBULKAN NAFSU SYAHWAT,ZINA MATA PULA APABILA MERENUNG ATAU MEMANDANG YANG BUKAN MUHRIM SEHINGGA MENIMBULKAN RASA SAYANG DAN NAFSU SYAHWAT

“Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah

kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui.”

(Al-Baqarah ayat 42)

Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

DAN SETELAH MELIHAT BUKTI BESERTA DALIL,MAKA INGATLAH;

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(8), ayat 20-22:

Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).

Wednesday, June 2, 2010

*Tips bercakap dengan ajnabi (bukan muhrim)


Berikut adalah tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati... 1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah. 2.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! (maksudnya tegas bukan lemah-lebut sangat dan bukannya terlalu keras sehingga menyinggung perasaan lelaki beriman.pertengahan/sederhana) Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ??? 3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.” 4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. (komen dari mardhiafariha).tentang tutup muka dengan buku...bagi saya untuk permulaan takperlu... taaruf itu penting..jika sang lelaki tidak menjaga batasnya barulah cara ini praktikal..takkan nak cakap dgn pensyarah pun kene tutup muka... penting untuk mudir mengenali ank muridnya... jadi... tengoklah situasi...jika keadaan perlu...PRAKTIKKAN! yang penting syariat tetap diamalkan!!! cuba bayangkan kalau semua muslimat tutp muka....siapa aishah? siapa zainab? siapa fatimah? jadi.. bersederhanalah...islam itu mudah tapi jangan ambil mudah.. (pandangan yoshitsune).......bagi ana, sekadar nampakkan yang kite bagi perhatian udah ler. xperlu pandang mata. tapi nak pandang mata pn leh jer asalkan xberlebihan. pk balik, kalo nak kawin pn kn tgk gak kan, tapi belum tntu kawin tyme tuh. so camner plak tuh? ana penah buat biler muslimat tanya satu soklan ngan ana dari bahagian kiri ana, ana xpandang mata langsung, muka pun ana xberganjak. just cakap dalam keadaan muka tegak kehadapan sedangkan penanya berada di bahagian kiri. maka hasilnye, dapatla ana kutukan dan sumpah seranan dari muslimat tuh. short word dia = sombong n mmg menyakitkan hati. so ana da wat kesimpulan yang ana akan pandang mata sekadar perlu jer biler bercakap n akan mengeruhkan muka (buat2 berfikir la) bile berkomunikasi. biar jelas keseriusan kite dalam berkomunikasi sabda nabi '' ada 4 golongan yang bila kamu beri hormat yang berlebihan, pasti dia akan menginjak kepala kamu. salah satu darinye ialah wanita. (xkire la solehah atopn yang xberape nak solehah). tetamu, orang yang lalu lalang di jalanan n lagi satu ana luper. harap paham2 la. pmpn fitnah biler xterjaga. biler terjaga = fitrah... amin.. ambil pedoman dari yang hidup (pendapat dari abu_humaira)saya agak tidak sependapat di dalam point yg ke 4 kerana bukan semua pandangan itu haram... menurut yusuf Qardhawi, maksud ayat 30-31 surah An Nuur, Allah menggunakan perkataan "min" yang membawa maksud sebahagian, iaitu sebahagian pandangan...dari situ di ambil maksud bahawa bukan semua pandangan itu haram...ulama' meletakkan beberapa kondisi di mana pandangan kepada bukan sejenis menjadi tidak haram: 1) Ketika belajar 2) Doktor kepada pesakit 3) Dalam urusan jual beli 4) Dalam membincangkan maslahat ummat 5) etc (sy x berapa ingat, asif) Makanya, jangan kita mempersempitkan urusan ini ketika mana Allah telah memudahkannya....Dan untuk ayat 53 surah al Ahzab yg berkaitan tabir untuk para isteri Nabi, jumhur mengatakan ayat itu khusus untuk isteri nabi shj dan bukan kepada muslimat secara amnya...Bagi orang yang mempersempitkan isu ini (menundukkan pandangan), yusuf Qardhawi meninggalkan satu soalan untuk kalian...."Apakah syariat Allah masih belum sempurna sehingga kamu perlu mempersempitkannya?"wallhua'lam. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya.. 5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. ( komen dari mardhiafariha)tentang buat cepat2.. ianya nampak sgt seperti kita tak komited dalam tugasan..isikan perbincangan itu dengan perkara yang berfaedah sahaja dan berkaitan dengan tugasan..bukankah seorang muslim patut mmbuat pekrjaan dgn bersgguh3. cuba kawal perbincangan jangan sampai malalut dengan berhikmah..muslimin juga patut ambil peranan. bukankah ramai sahabat selalu merujuk pada saydatina aishah tntg hadis nabi.... adakah aishah akan buat2 x peduli dan cpt tgglkan org yg bertanya padanya....bersederhanalah.. 6.Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam

Duhai Wanita


Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia

diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku

membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;

namun, harus cukup lembut untuk memberikan

kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam

untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan

yang seringkali datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap

tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh

keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa

mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai

anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika

anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."



"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung

suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan

tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."


"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui

bahwa seorang suami yang baik takkan pernah

menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji

kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada

disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk

dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk

digunakan bilapun ia perlukan."


"Kecantikan seorang wanita bukanlah

dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia

tampilkan, atau bagaimana ia menyisir

rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus

dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,

tempat dimana cinta itu ada.

Bidadari syurga..*Ainul Mardhiah


Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada
seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang
wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah
dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri
solehah merupakan ketua akan segala bidadari-
bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang
menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah
besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap
manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan
ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Kisah... ... :

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain.
Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi
targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa
yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka
dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling
cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita
itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin
sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari
tersebut... . tetapi dia malu nak bertanyakan kepada
nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.
Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang
akan keluar/pergi.
Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga
turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama... .

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu
tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang
yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang
berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia... lalu lelaki
itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat
untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu
ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di
suatu
pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan begitu... tak pernah
dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia
bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu
menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah
ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang
cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang
kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi
sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam
mahligai... . lalu diberi salam dan di tanya lagi
adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab... eh
tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...
ainul mardiah ada di atas mahligai sana,... .. lalu
dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu
kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai
ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang
berganda-ganda cantik dari yang pertama dan
berganda-ganda catiknya dari yang kedua... . dan tak
pernah dia lihat di dunia... . lalu wanita itu berkata
...
akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan
kamu diciptakan untk aku... . bila lelaki itu
mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum
syahid lagiiii... ... tersentak itu pemuda itu pun
terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan
segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu
dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada
nabi SAW... tapisekiranya dia shahid barulah
ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang
terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu
ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut
ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu
hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu
makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu
sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi
telah
bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal
sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan
itu nabi menjawab benar...
benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut.
Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat
kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk
berbuka puasa di syurga... .

Tuesday, June 1, 2010

[Kisah] Jangan percaya air mata ibu ?


"Jangan Percaya Air Mata Ibu, Nak..."

Muhammad Farahat adalah pelaku aksi syahid termuda di Palestin. Usianya baru menjangkau 17 tahun. Sang ibu yang diwawancarai oleh wartawan sebuah televisyen mengatakan, "Keberanian telah tumbuh hebat dalam diri Muhammad, Aku telah katakan padanya: 'Ibu ingin engkau berperang dengan senjata, bukan dengan batu. Dan sejak itulah ia mengumpulkan wang untuk membeli senjata...'"Aku telah memberi ;wasiat kepadanya sejak 10 tahun terakhir. Aku selalu mendorongnya untuk selalu berinteraksi dengan para anggota Izzuddin Al Qassam dan melakukan serangan bom syahid di jantung Israel, Tel Aviv.

Hari terindah bagiku adalah ketika Muhammad datang kepadaku membawa senjata. la datang untuk menyenangkan hatiku dan mengatakan bahawa dia kini telah menjadi seorang dewasa yang boleh terlibat dalam aksi bom syahid, sebagaimana jalan yang telah ditempuh oleh Imad Aqil, salah satu pejuang Izzuddin AI-Qassam.

Sejak awal, aku ajarkan padanya agar ia selalu terbuka dan tidak menyembunyikan rahsia apapun tentang rencana jihadnya sehingga saya dapat menambah keberanian, memotivasi dan mempersiapkan kekuatannya. Bulan Ramadan 1422, ia datang dan membawa berita gembira bahawa ia telah bergabung dan diterima dalam Batalion Al Qassam dan ia katakan dirinya telah dinyatakan siap melakukan operasi bom syahid.

Aku tidak mengingkari bahawa awalnya aku diliputi rasa takut. Tapi aku terus meyakinkan diri untuk mempersiapkan hari-hari terakhir bersama Muhammad. Begitupun aku tetap khuatir andai dia gagal dalam melakukan aksi bom syahid,dan ditangkap sebagaimana yang dialami abangnya, yang kini merengkok di penjara Israel.

Sebelum aksi dilakukan, ia bercerita bahawa ada perbezaan soal siapa yang akan melakukan se­rangan. Menurutnya, ada dua pilihan antara dirinya dengan rakannya bernama Muhammad Hils. Mendengar hal itu, aku segera bertemu dengan seorang pimpinan aksi dan meyakinkan bahawa saya telah ikhlas mencalonkan anakku memperoleh syahadah dan kemuliaan jihad. Saat itu, aku benar-benar berusaha mengalahkan sentimen batin seorang ibu kepada anaknya, Tapi aku yakin siapa pun yang ingin menuju Allah dan menang dengan mem­peroleh syurga maka ia harus memberikan yang termahal yang dimilikinya. Muhammad adalah milik saya yang paling mahal.

Detik-detik sebelum ia melakukan aksi syahid, aku memintanya ber­cerita satu minggu terakhir tentang persiapan yang ia lakukan. Ketika itu. aku tidak dapat membendung air mata. Aku kalah oleh sentimen seorang ibu, Aku menangis di hadapannya. Tapi aku kata­kan padanya, "jangan percaya dengan air mata ibu, nak. Ini adalah air mata bangga menjelang pertemuan anaknya dengan bidadari. Pergilah ke pada Rabbmu. Berjihadlah. Tetaplah seperti itu sampai engkau bertemu Allah swt...."

Saat hari operasi datang, ia pergi ke selatan Ghaza, setelah mengucapkan perpisahan dengan sejumlah rakannya. Aku berdoa dengan penuh ikhlas. Muhammad sempat menghubungiku melalui telefon dan mengatakan ia akan mulai memasuki wilayah pemukiman Yahudi sekarang.. Itulah hal terakhir yang kami lakukan.Aku benar-benar memasuki ujian terberat. Perang antara prinsip yang kuyakini dengan perasaan seorang ibu. Enam jam sepertinya waktu yang sangat lama. Aku seperti layaknya seorang ibu yang menyaksikan anaknya mati perlahan lahan. Hatiku bergetar. Tapi aku tetap berdoa agar ia memperoleh mati syahid dan operasi yang dilakukannya sukses sesuai rencana."

(Petikan dari Majalah Tarbawi)