Saturday, December 10, 2011

Perintah Dia buat bunga-bunga idaman sang kumbang


Assalamualaikum..bunga? ana sinonimkan bunga ini adalah kaum hawa..Seperti yg kita ketahui isu semasa terkini semakin ramai kaum-kaum hawa ini termasuklah kaum Adam telah 'lari' meninggalkan perintah Allah hingga menyebabkan berlakunya banyak kes-kes pembuangan...zina....bunuh membunuh...dengki mendengki..khianat..dan...ana tak mampu nak bagi cth lagi krn memang byk!

Sebab itulah Yang Maha Pencipta mengurniakan kita satu buku panduan hidup yg merangkumi seluruh aspek kehidupan buat umat Muhammad S.A.W iaitu Al-Quran. Bukan itu sahaja malah Nabi Muhammad S.A.W meninggalkan hadis baginda yg mnjadi lebih sempurna panduan hidup kita jika kita mengamalkan kedua-dua al-Quran dan hadis ini.


Duhai kaum Hawa, Antara perintah Allah buat kita:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya MENAHAN PANDANGAN mereka (daripada memandang perkara-perkara yang haram) dan MEMELIHARA KEHORMATAN mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu MELABUHKAN KAIN TUDUNG mereka ke dadanya"- Surah an-Nur ayat 31

*Point penting yg WAJIB kita laksanakan perintah Allah ini adalah:

1. Menjaga pandangan drpd melihat perkara haram
2. Memelihara kehormatan diri
3. Jgn tabarruj (mempamerkan kecantikkan)
4. Memakai tudung yg menutupi dada iaitu menutup bahagian wanita yg sensitif itu






Duhai sahabat, duhai saudara, duhai kaum Hawa...
Allah juga memerintahkan:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka MELABUHKAN PAKAIAN bagi menutup seluruh tubuhnya"- Surah al- Ahzab, ayat 59


*Point penting

Allah juga memberi ingatan kpd Nabi kita Muhammad s.a.w agar menyuruh isteri, anak2 baginda serta wanita-wanita yg beriman (termasuk kita la ^^) supaya;

1. Berpakaian yg labuh yg menutup tubuh dan apabila dia dipandang (sesiapa saja), dia dianggap wanita yg baik-baik.




Allah juga berfirman bahawa dgn berpakaian begini, kita (wanita) tidak mudah diganggu oleh laki-laki yg mempunyai penyakit di hatinya..

wallahualam..