Friday, April 11, 2014

Yakin dengan doa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..alhamdulillah, dalam kesusahan itu pasti ada kesenangan
InsyaAllah, bakal menunaikan umrah bersama-sama dengan keluarga pada bulan Jun ini.
Pastinya bukanlah itu yang mahu ku ceritakan tetapi mengenai keyakinan terhadap doa.

Sungguh. Dalam bermacam ujian yang kita hadapi, apabila kita terlalu membesar-besarkan perkara tersebut, maka kita telah menghadapi hari yang sukar. Maka, dalam pada itu, kita hendaklah sentiasa yakin dengan Allah, ambil perkara tersebut dengan serius, usaha dan berhenti merungut..selepas berdoa, hendaknya kita yakin dan yakin.

Petang tadi aku dan ibu mengambil langkah berani, berdikari tanpa perlu menyusahkan ayah untuk menyiapkan passport. Ya, untuk kali pertamanya. Dengan aku yang tidak tahu jalan menuju ke tempat tersebut, memang benar-benar tawakal setelah bertanya dengan rakan-rakan sekerja jalan menuju ke sana. Banyak pula kata-kata rakan sekeliling, "lambat nak siap", "ramai orang" , "beratur panjang" dan banyak lagi.

Pastinya dalam hati ini berdebar-debar, tetapi dalam masa yang sama berdoa dalam hati agar Allah permudahkan urusan membuat passport. Alhamdulillah..selamat sampai ke destinasi. Namun, sampai sahaja di sana. Ramai sangat family yang nak buat passport, semuanya menunggu pintu dibuka (ketika itu waktu rehat, semua tunggu di luar). Jauh di sudut hati, memang kecewa, terdetik di hati "sempat ke siap hari ni" ,"kalau siap esok, tak boleh pergi ambil, ada kelas", "nanti ayah marah, sebab dia nak hari ni juga siap", dalam masa yang sama redha sahaja sama ada sempat atau tidak.

Dalam hati ini, masih berdoa..Moga Allah permudahkan urusan kami..Alhamdulillah, akhirnya urusan dapat diselesaikan pada waktu itu juga..
Di sini aku benar-benar mendapat pengajaran dan peringatan bahawa Allah itu dekat. Allah itu Maha Mendengar. Allah dengar keluhan kita. Allah tahu apa yang ada dalam dada kita. Jika kita kecewa, jika kita rasa marah, Allah sahaja yang Mengetahuinya. Maka, apa kata jika kita sering berdoa walau di mana pun kita berada, jika tidak melalui lisan, maka melalui hati :)

#Ya Allah, sampaikanlah kami untuk ke tanah suci makkah, sempatkanlah kami bertemu dengan ramadhan


Sunday, April 6, 2014

Dilema wanita [versi santai]

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih dipanjangkan usia, sesungguhnya Allah masih memberiku peluang untuk bertaubat dengan nikmat usia yang dikurniakan ini.

Sudah setahun lebih berada di dunia kerjaya selepas dahulunya berhempas pulas dalam dunia buku, dunia kampus dan dunia mengejar CGPA. Pelbagai mehnah yang diri ini hadapi namun begitu terkadang tersungkur jua dek kerana jiwa yang kian kering kontang. Begitulah..kadang-kadang jiwa ini begitu basah mengingatiNya namun apabila ditimpa kemarau akhirnya keringlah juga ia.

Alhamdulillah..alhamdulillah..Allah makbulkan pintaku untuk sambung belajar lagi. Sungguh, inilah qada' dan qadarku. Belajar sambil kerja pada mulanya aku bayangkan ianya menyeronokkan. Namun begitu, itu sekadar bayangan sahaja. Jauh bezanya, lebih-lebih lagi sambung di peringkat master. Tidaklah mudah begitu sahaja untuk bergraduasi pastinya mereka mahu lahirkan graduan yang berkualiti. Yang tidak berkualiti? belum sempat habis semester 1 'ditendang' begitu sahaja. Itulah cabaran yang menggerunkanku.

Belum sempat gerun dengan pelajaran, aku juga perlu meletakkan komitmen yang tinggi kepada pekerjaanku. Sekolahku belum sempat 2 tahun beroperasi. Pastinya banyak cacat cela dalam aspek pentadbiran dan juga bidang kerjaku yang melebihi daripada tugas sebagai guru. Pastinya ganjaran pahala yang besar adalah untuk mehnah yang besar. Aku terima inilah takdirku, yang paling membimbangkanku ialah IKHLAS.

Ikhlaskah aku dalam pekerjaan ini? Ya, aku tahu. Membina generasi kecil ini benar-benar memerlukan kesabaran yang tinggi. Pada usia inilah mereka mudah dilenturkan, di situlah aku boleh melabur, menyumbangkan tenaga demi untuk peroleh keredhaan-Nya. Nasihat buat diri ini agar sentiasa berlapang dada. Usah persoalkan: aku ada ijazah tetapi bekerja di tempat yang mempunyai beban kerja yang tinggi tetapi bergaji kecil, dalam masa yang sama sambung belajar yang belum pasti bolehkah aku bergraduat? Bolehkah aku?

Eh..eh..eh..belum cuba belum tahu kan?
Oleh itu, berusahalah! kuatkan semangat
Yakin dengan Allah
Allah meletakkan kamu di tempat itu bukan saja-saja
Tetapi ada hikmah yang besar di sebaliknya
Usah pertikaikan
Hikmah itu kamu belum nampak sekarang
Tetapi pastinya kamu perlu YAKIN dengan Allah

Saturday, May 18, 2013

Tarbiyyah dan tenggelam?

Assalamualaikum..

Berhabuk sudah blog ini. Sudah sekian lama tiada khabar berita. Bukan apa, rasa malas mula menapak dalam jiwa.

Alhamdulillah,masih dipanjangkan usia untuk mengupdate cerita "hot" untuk tatapan semua. Ya, pasti seronok apabila kita temui jalan tarbiyyah. Kali pertama bertemu dengannya, terasa indah sekali. Jiwa rasa tenang sangat. Mana taknya, siang pergi kuliah,petang je beli makanan dan bersiap untuk ke surau. Solat berjemaah bersama-sama. Dengar tazkirah maghrib, adakalanya ada ceramah khusus. Apabila cuti hujung minggu, 'join' usrah. Adakalanya daurah dan sebagainya. Seronok sangat! Terengganulah bumi tarbiyyahku.

Apabila sudah tamat belajar. Bergelar graduan, juga bergelar sebagai mereka yang berkarier. Sibuk ke sana dan ke mari terkadang benar-benar melalaikan kita. Bukan lalai apa pun. Maksud ana 'lalai' di sini ialah terlalu sibuk hingga terpaksa menangguhkan usrah berkali-kali. Hal ini benar-benar membuatkan hati kita gelisah dan amalan yang biasa dilakukan semakin berkurang dan berkurang!

Televisyen benar-benar memainkan peranannya. Memang 'mereka' hebat merancang sesuatu yang tidak baik buat kita. Jadi, kita cubalah cari inisiatif lain. Dengan mendengar semula koleksi-koleksi ceramah yang berhabuk dalam 'folder' laptop kita juga benar-benar membantu. Ya, kita manusia perlu saling ingat mengingati. Walau sehebat mana pun kita dalam tarbiyyah, tetapi mesti ada waktu yang kita akan menjadi lemah dan lemah bahkan tenggelam! Yang penting usah biarkan ianya menguasai diri kita!

Friday, March 8, 2013

Di manakah generasi itu?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk meneruskan coretan pada kali ini.
Ingin ana berkongsi pengalaman kerja ana yang tak sampai setengah tahun ini bersama-sama.

Mula mengerti

Osemkah aku?
Langsung tidak!
Itulah keluhan hati ana. Terkadang sedar akan kelemahan diri yang tidak sabar dengan ujian Allah.
Apabila sedar, cepat-cepatlah istighfar. Mula perbaharui iman dan niat.
Niatkan bahawa segalanya yang kita lakukan kerana Allah.
Maka, dengan izin-Nya segalanya berjalan dengan lancar dan kita mula rasa senang dengan apa yang kita lakukan.


Bolehkah generasi OSEM itu terbentuk?

Sejak ana mula mengajar di sekolah ini.
Ana mula terfikir, bolehkah ana mendidik mereka dengan baik?
Bolehkah ana didik mereka dengan menerapkan nilai islamik dlm diri mereka?
Bagaikan seorang ibu pula..
Itulah tugas seorang guru. Menggantikan ibubapa apabila berada di sekolah.
Ya, ana mengajar di sekolah rendah islam.
Jadi, pada usia kecil beginilah sesuai untuk diterapkan nilai-nilai islam dalam diri.

Setakat ini, untuk menerapkan unsur-unsur penghayatan masih lagi berjalan.
Ana tidak berpuas hati walau pelajar tersebut sudah menghafal banyak juzuk al-quran.
Tetapi ana berpuas hati jika pelajar tersebut sudah ada unsur penghayatan.
Itu dapat kita lihat melalui akhlaknya.

Walau apa pun, semoga kita dapat lakukan yang terbaik!
InsyaAllah :)

Saturday, February 16, 2013

[Episod 1] Pekerjaan dan dakwah samakah?

Alhamdulillah..syukur kerana masih dipanjangkan umur..
Sempat untuk menyambung celotehan atau perkongsian yang baik-baik buat bekalan diri untuk negeri akhirat nanti..

Alhamdulillah juga, sudah hampir masuk bulan ke 4 ana menempuh alam pekerjaan. Belum pernah lagi bekerja sebagai seorang pendidik. Boleh juga dikatakan sebagai bidang 'terjun'. Ana tak kesah ..yang penting biar pekerjaan tersebut memberi manfaat buat orang lain. Mendidik bukanlah kerja yang mudah,bukan sahaja dari segi akademi tetapi juga dinniah.

-sambung-

Saturday, October 27, 2012

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha


‎"Nabi Ibrahim diarahkan untuk menyembelih sesuatu yang PALING BERHARGA dalam hidupnya, iaitu ANAKnya" 

Ibrah yg terselit disebalik kisah ini:
Jika kamu MENUJU ALLAH, korbankanlah apa sahaja yang paling berharga dalam hidupmu. Jika cinta kamu dan si dia itu kamu rasakan suci, igtlah..cinta Allah lebih suci berbanding segalanya..Berkorbanlah..untukmenuju jln-Nya

Monday, September 10, 2012

Marcapada





Generasi harapan agama


Siapa sangka apabila ‘bunga’ yang kita kenali sejak kecil sudah dipetik dengan ‘rakus’ oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Ya, tiada siapa sangka. Zaman kini yang semakin maju,berteknologi tinggi dan manusia yang tidak pernah kenal erti hidup berpandukan syariat telah melahirkan banyak generasi yang semakin jauh dari islam. Tambah pula apabila generasi ini mula mempengaruhi generasi ‘harapan agama’ untuk melangkaui agama demi kepentingan nafsu semata.

Ya,siapa sangka? Apabila ibu dan ayah merupakan ahli Jemaah yang aktif dalam dakwah, tetapi zuriat yang dilahirkan adalah pada mulanya ‘harapan agama’ sudah mula terpengaruh dan ‘kalah’ dalam perjuangannya. Pasti ada silapnya dalam mendidik atau sebenarnya Yang Maha Pencipta menganugerahkan ujian ‘kasih sayang’ dari-Nya.


'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'

Bukanlah cerita ini yang ana mahu coretkan. Eloklah jika ana berikan tajuk “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Terkilan rasanya, bimbang juga..Perasaan bercampur baur,betapa umat islam kini kian menderita. Betapa mereka kalah sebelum sempat berjuang.

Manusia perlukan peringatan dan harus sentiasa diberi peringatan. Ibu bapa dan mereka yang berkepentingan dalam mendidik generasi kini hendaklah menerapkan didikan agama dalam setiap ahli keluarga. Pengaruh persekitaran seperti hedonism, fesyen dan sebagainya benar-benar membuatkan umat islam kini menderita!


Peringatan bersama

Kita semua diahirkan sebagai pendakwah. Wajib untuk kita berdakwah,mengajak arah kebaikan dan mencegah kemungkaran! Mari sebarkan islam dalam setiap diri umat manusia kerana islam merupakan cara hidup kita. Bukan barat,bukan k-POP,bukan gangnam style (hedonism)!!