Wednesday, June 2, 2010

*Tips bercakap dengan ajnabi (bukan muhrim)


Berikut adalah tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati... 1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah. 2.Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! (maksudnya tegas bukan lemah-lebut sangat dan bukannya terlalu keras sehingga menyinggung perasaan lelaki beriman.pertengahan/sederhana) Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 :"Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik." Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ??? 3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa “ YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan.” 4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori “dari mata turun ke hati” itu benar-benar bisa berlaku. Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke.. (komen dari mardhiafariha).tentang tutup muka dengan buku...bagi saya untuk permulaan takperlu... taaruf itu penting..jika sang lelaki tidak menjaga batasnya barulah cara ini praktikal..takkan nak cakap dgn pensyarah pun kene tutup muka... penting untuk mudir mengenali ank muridnya... jadi... tengoklah situasi...jika keadaan perlu...PRAKTIKKAN! yang penting syariat tetap diamalkan!!! cuba bayangkan kalau semua muslimat tutp muka....siapa aishah? siapa zainab? siapa fatimah? jadi.. bersederhanalah...islam itu mudah tapi jangan ambil mudah.. (pandangan yoshitsune).......bagi ana, sekadar nampakkan yang kite bagi perhatian udah ler. xperlu pandang mata. tapi nak pandang mata pn leh jer asalkan xberlebihan. pk balik, kalo nak kawin pn kn tgk gak kan, tapi belum tntu kawin tyme tuh. so camner plak tuh? ana penah buat biler muslimat tanya satu soklan ngan ana dari bahagian kiri ana, ana xpandang mata langsung, muka pun ana xberganjak. just cakap dalam keadaan muka tegak kehadapan sedangkan penanya berada di bahagian kiri. maka hasilnye, dapatla ana kutukan dan sumpah seranan dari muslimat tuh. short word dia = sombong n mmg menyakitkan hati. so ana da wat kesimpulan yang ana akan pandang mata sekadar perlu jer biler bercakap n akan mengeruhkan muka (buat2 berfikir la) bile berkomunikasi. biar jelas keseriusan kite dalam berkomunikasi sabda nabi '' ada 4 golongan yang bila kamu beri hormat yang berlebihan, pasti dia akan menginjak kepala kamu. salah satu darinye ialah wanita. (xkire la solehah atopn yang xberape nak solehah). tetamu, orang yang lalu lalang di jalanan n lagi satu ana luper. harap paham2 la. pmpn fitnah biler xterjaga. biler terjaga = fitrah... amin.. ambil pedoman dari yang hidup (pendapat dari abu_humaira)saya agak tidak sependapat di dalam point yg ke 4 kerana bukan semua pandangan itu haram... menurut yusuf Qardhawi, maksud ayat 30-31 surah An Nuur, Allah menggunakan perkataan "min" yang membawa maksud sebahagian, iaitu sebahagian pandangan...dari situ di ambil maksud bahawa bukan semua pandangan itu haram...ulama' meletakkan beberapa kondisi di mana pandangan kepada bukan sejenis menjadi tidak haram: 1) Ketika belajar 2) Doktor kepada pesakit 3) Dalam urusan jual beli 4) Dalam membincangkan maslahat ummat 5) etc (sy x berapa ingat, asif) Makanya, jangan kita mempersempitkan urusan ini ketika mana Allah telah memudahkannya....Dan untuk ayat 53 surah al Ahzab yg berkaitan tabir untuk para isteri Nabi, jumhur mengatakan ayat itu khusus untuk isteri nabi shj dan bukan kepada muslimat secara amnya...Bagi orang yang mempersempitkan isu ini (menundukkan pandangan), yusuf Qardhawi meninggalkan satu soalan untuk kalian...."Apakah syariat Allah masih belum sempurna sehingga kamu perlu mempersempitkannya?"wallhua'lam. Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya.. 5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go. ( komen dari mardhiafariha)tentang buat cepat2.. ianya nampak sgt seperti kita tak komited dalam tugasan..isikan perbincangan itu dengan perkara yang berfaedah sahaja dan berkaitan dengan tugasan..bukankah seorang muslim patut mmbuat pekrjaan dgn bersgguh3. cuba kawal perbincangan jangan sampai malalut dengan berhikmah..muslimin juga patut ambil peranan. bukankah ramai sahabat selalu merujuk pada saydatina aishah tntg hadis nabi.... adakah aishah akan buat2 x peduli dan cpt tgglkan org yg bertanya padanya....bersederhanalah.. 6.Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi. Wassalam

No comments:

Post a Comment