Saturday, September 11, 2010

Bicara hati .. Luahan rasa


Assalamualaikum..

-Mukadimah-

Alhamdulillah, saya nak mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin". Sememangnya hari raya merupakan hari kemenangan bagi umat islam kerana dengan izin Allah s.w.t kita dapat berpuasa selama sebulan,bukan sahaja berpuasa menahan diri daripada lapar dan dahaga tetapi juga berpuasa menahan diri daripada mengikut hawa nafsu sendiri.

-Pokok & Isi -

Apabila hari raya menjelang tiba,terkadang dugaan yang besar datang menjengah. Sememangnya hamba-hamba Allah akan diduga dengan pelbagai jenis dugaan dari segi fizikal ataupun rohani untuk menguji keimanan diri kita. (peringatan untuk diri sendiri yang khilaf ini juga). Terkadang kita mengeluh tatkala ditimpa musibah..keluh kesah..tidak tenang :

"Sungguh MANUSIA DICIPTAKAN bersifat SUKA MENGELUH,apabila dia ditimpa kesusahan dia BERKELUH KESAH & apabila dia mendapat kebaikan (harta) dia jadi kikir,KECUALI ORANG-ORANG yang MELAKSANAKAN SOLAT ,mereka yang TETAP SETIA MELAKSANAKAN SOLAT", - Surah al-Ma'arij ayat 19-23

Betapa solat itu merupakan tiang agama,punca kepada berlakunya kemungkaran jika lalai dalam melaksanakan solat. Sememangnya apabila tibanya hari raya,solat diringan-ringankan. Sibuk melayan tetamu hingga lupa menunaikan solat (nauzubillah min zalik).Sekadar untuk peringatan untuk diri sendiri juga kepada saudara seislam yang lain. Solat merupakan perkara pertama yang akan dihisap! Jika baik solatnya maka baiklah segala amalannya,jika buruk solatnya maka buruklah segala amalannya.

-Sayang? dimana harus ku curahkan ??-

Sebagai seorang wanita yang bergelar muslimah,sememangnya ada batasnya dari segi aurat,percakapan dan tingkah laku. Terutamanya di musim perayaan ini,saya amatlah sedih dengan fenomena gadis islam yang tidak menjaga auratnya walaupun di dalam rumah! Maksud saya iaitu apabila tetamu datang ke rumah (lelaki ajnabi ),gadis islam tersebut tidak menutup rambutnya,(tidak menutup aurat). Bagaikan menutup aurat ini adalah perkara sunat! Sebaliknya menutup aurat adalah wajib bagi setiap individu yang bergelar muslimah...

Muslimah sekalian..
Betapa kita dicipta oleh Allah sungguh istimewa..Mengapalah kita tidak menjaga amanah ini sebaiknya?? Fenomena akhir zaman kini iaitu kes pembuangan bayi,disebabkan mengabaikan @ lupa @ tidak memahami ayat-ayat Allah menyebabkan kes ini semakin berleluasa di kalangan remaja islam sekarang:

Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah

suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


Allah melarang kita daripada menghampiri zina,apatah lagi melakukannya. Bukankah berkapel menuju ke arah zina?bukankah memakai wangi-wangian yang menyebabkan lelaki ajnabi tercium baunya mendekati zina? bukankah berkawan rapat dengan lelaki tanpa sebab musabab mendekati zina? bukankah tidak menutup aurat @ menutup aurat tetapi tidak sempurna sehingga menarik perhatian lelaki ajnabi mendekati zina?

TEPUK DADA TANYA IMAN..

-sayang?cinta?-

Cinta yang sebenarnya hanyalah pada Yang Maha Mencintai..Cinta kerana Allah itulah yang sebenar-benarnya.Tersalah memilih cinta hati akan menyebabkan diri sendiri merana. Saya petik daripada kata-kata ini:

"Merasai kehadiran Allah dalam hati menjadikan kita sentiasa ada teman walaupun keseorangan.Kosongnya hati kita dari mengingati Allah akan membuat kita kesepian walaupun berada di tengah ramai orang,jadi penuhilah hati kita dengan mengingatiNya,moga hidup kita sentiasa terisi dengan kasih sayangnya"

Yang baik datangnya daripada Allah,yang buruk juga datangnya daripada Allah tetapi disandarkan dengan kesilapan diri sendiri..

Wallahualam..assalamualaikum : )

hamba Allah yang penuh kekhilafan: AADILA TALIB



No comments:

Post a Comment