Saturday, January 1, 2011

Perasaan rinduku..siapa yang tahu?

Pernahkah anda merasakan diri anda begitu rindu pada sesuatu?

Pernahkah  ketika anda habis cuti semester, anda pulang ke asrama..dan anda merasakan sangat rindu pada keluarga terutamanya pada ibu anda?

atau

Pernahkah anda berasa rindu sehingga tahap anda mengalirkan air mata?

Tetapi anda sendiri tidak tahu apa yang anda rindukan itu??

Sudah semestinya apabila fitrah kita ini apabila tidak dituruti kita akan berasa sebegini !

Rasa rindu pada ilahi !

Kerana secara fitrahnya kita memerlukan kasih sayang-Nya..

Apabila kita tidak mengisi jiwa ini dengan zikir, selawat serta perkara-perkara yang dapat menyucikan jiwa..Sudah pasti kita merasakan seperti keseorangan, tiada siapa yang ambil peduli ataupun rasa rindu sangat pada keluarga.

Jika kita tidak menyucikan jiwa kita apabila berada dalam keadaan ini, sudah pasti syaitan akan membisikkan sesuatu pada kita..Usah biarkan diri anda dinodai perasaan rindu ataupun perasaan 'aku keseorangan,tiada siapa peduli aku' ..kerana telah membuka jalan untuk syaitan memesongkan anda.

Bagi pendapat ana, selain zikir..mendengar lagu selawat serta lagu-lagu yang dapat menyedarkan kita sebagai hamba Allah sudah pasti dapat menyucikan jiwa..InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment