Saturday, May 18, 2013

Tarbiyyah dan tenggelam?

Assalamualaikum..

Berhabuk sudah blog ini. Sudah sekian lama tiada khabar berita. Bukan apa, rasa malas mula menapak dalam jiwa.

Alhamdulillah,masih dipanjangkan usia untuk mengupdate cerita "hot" untuk tatapan semua. Ya, pasti seronok apabila kita temui jalan tarbiyyah. Kali pertama bertemu dengannya, terasa indah sekali. Jiwa rasa tenang sangat. Mana taknya, siang pergi kuliah,petang je beli makanan dan bersiap untuk ke surau. Solat berjemaah bersama-sama. Dengar tazkirah maghrib, adakalanya ada ceramah khusus. Apabila cuti hujung minggu, 'join' usrah. Adakalanya daurah dan sebagainya. Seronok sangat! Terengganulah bumi tarbiyyahku.

Apabila sudah tamat belajar. Bergelar graduan, juga bergelar sebagai mereka yang berkarier. Sibuk ke sana dan ke mari terkadang benar-benar melalaikan kita. Bukan lalai apa pun. Maksud ana 'lalai' di sini ialah terlalu sibuk hingga terpaksa menangguhkan usrah berkali-kali. Hal ini benar-benar membuatkan hati kita gelisah dan amalan yang biasa dilakukan semakin berkurang dan berkurang!

Televisyen benar-benar memainkan peranannya. Memang 'mereka' hebat merancang sesuatu yang tidak baik buat kita. Jadi, kita cubalah cari inisiatif lain. Dengan mendengar semula koleksi-koleksi ceramah yang berhabuk dalam 'folder' laptop kita juga benar-benar membantu. Ya, kita manusia perlu saling ingat mengingati. Walau sehebat mana pun kita dalam tarbiyyah, tetapi mesti ada waktu yang kita akan menjadi lemah dan lemah bahkan tenggelam! Yang penting usah biarkan ianya menguasai diri kita!

No comments:

Post a Comment