Friday, April 11, 2014

Yakin dengan doa

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..alhamdulillah, dalam kesusahan itu pasti ada kesenangan
InsyaAllah, bakal menunaikan umrah bersama-sama dengan keluarga pada bulan Jun ini.
Pastinya bukanlah itu yang mahu ku ceritakan tetapi mengenai keyakinan terhadap doa.

Sungguh. Dalam bermacam ujian yang kita hadapi, apabila kita terlalu membesar-besarkan perkara tersebut, maka kita telah menghadapi hari yang sukar. Maka, dalam pada itu, kita hendaklah sentiasa yakin dengan Allah, ambil perkara tersebut dengan serius, usaha dan berhenti merungut..selepas berdoa, hendaknya kita yakin dan yakin.

Petang tadi aku dan ibu mengambil langkah berani, berdikari tanpa perlu menyusahkan ayah untuk menyiapkan passport. Ya, untuk kali pertamanya. Dengan aku yang tidak tahu jalan menuju ke tempat tersebut, memang benar-benar tawakal setelah bertanya dengan rakan-rakan sekerja jalan menuju ke sana. Banyak pula kata-kata rakan sekeliling, "lambat nak siap", "ramai orang" , "beratur panjang" dan banyak lagi.

Pastinya dalam hati ini berdebar-debar, tetapi dalam masa yang sama berdoa dalam hati agar Allah permudahkan urusan membuat passport. Alhamdulillah..selamat sampai ke destinasi. Namun, sampai sahaja di sana. Ramai sangat family yang nak buat passport, semuanya menunggu pintu dibuka (ketika itu waktu rehat, semua tunggu di luar). Jauh di sudut hati, memang kecewa, terdetik di hati "sempat ke siap hari ni" ,"kalau siap esok, tak boleh pergi ambil, ada kelas", "nanti ayah marah, sebab dia nak hari ni juga siap", dalam masa yang sama redha sahaja sama ada sempat atau tidak.

Dalam hati ini, masih berdoa..Moga Allah permudahkan urusan kami..Alhamdulillah, akhirnya urusan dapat diselesaikan pada waktu itu juga..
Di sini aku benar-benar mendapat pengajaran dan peringatan bahawa Allah itu dekat. Allah itu Maha Mendengar. Allah dengar keluhan kita. Allah tahu apa yang ada dalam dada kita. Jika kita kecewa, jika kita rasa marah, Allah sahaja yang Mengetahuinya. Maka, apa kata jika kita sering berdoa walau di mana pun kita berada, jika tidak melalui lisan, maka melalui hati :)

#Ya Allah, sampaikanlah kami untuk ke tanah suci makkah, sempatkanlah kami bertemu dengan ramadhan


No comments:

Post a Comment