Islam merupakan agama yang syumul. Meliputi pelbagai aspek termasuk hubungan kekeluargaan, pekerjaan mahupun percintaan!
Namun begitu, asas agama yang kita belajar sejak di sekolah rendah sehingga sekarang haruslah kita ingat dan juga praktikkan. Bukanlah dengan cara terus mengejut mendalami islam sedangkan asas pun kita tidak tahu.
Kenapa ye?
Kerana sebagai contoh : Seseorang yang mula berminat untuk mendalami agama mula belajar dan istiqomah melakukan perkara sunat. Tetapi apabila sesuatu berlaku dalam dirinya, sebagai contoh ditimpa musibah, seseorang tersebut tidak redha malahan tidak dapat menerima kenyataan, padahal dia merupakan seorang yang arif dalam agama.
Mengapa?
Kerana pengetahuannya tentang asas agama adalah cetek!
Oleh itu,
Mari kita sama-sama imbas kembali Rukun Iman ada berapa perkara ? ^_^
Rukun iman ada 6 perkara :
1. Beriman kepada Allah
2. Beriman kepada Malaikat
3. Beriman kepada Kitab
4. Beriman kepada Rasul
5. Beriman kepada Qada' dan Qadar
6. Beriman kepada Hari akhirat
* Marilah kita menghayati keenam-enam rukun iman :
- Melalui perbuatan
- Melalui perakuan
- Melalui hati
*Agar kita bersama-sama memperoleh keredhaanNya..
( Allah..kamilah pencari cintaMu.. ) ^_^
No comments:
Post a Comment