Monday, December 13, 2010

Belajar dan Konsepnya ^_^


Kali ni ana sedang bercuti semester 3 di rumah sebelum melangkahkan kaki ke universiti untuk semester ke 4. Kehidupan di universiti sangatlah mencabar dan banyak mengajar diri ana cara menguruskan masa:
-Masa untuk beribadat kepada Allah
-Masa untuk 'study'

Sebenarnya tidak perlu dipisahkan.Bagi ana walaupun sedang 'study', konsep belajar kerana Allah sudah terpahat di minda dan hati. Maka, apabila kita sentiasa ingat 'Allah..Allah..Allah' maka lagi bersemangatlah kita mahu belajar.

Konsep tawakal pula adalah sangat perlu dan bagi ana wajib untuk ana mengajar diri ini agar sentiasa bertawakal kepada Allah. Apabila kita sudah mencapai tahap tawakal, ini bererti kita dah siap sedia,sudah berusaha secukupnya untuk menghadapi peperiksaan.

Konsep redha pula sememangnya wajib bagi kita umat islam. Apabila sudah tiba keputusan peperiksaan diumumkan, seharusnya kita redha dengan apa yang kita peroleh. Mungkin sukar ataupun perit untuk kita hadapi. Namun,ingatlah Allah tahu apa yang terbaik untuk kita ^_^

No comments:

Post a Comment