Satu lagi Kehebatan Yang Maha Kuasa dan Maha Hebat yang kami jumpai adalah sampel seperti yang disebelah ( Gambar 1).
Sampel air ini diambil menggunakan 'niskin water sampler' di lautan Pulau Redang.
Setelah itu, di bawa ke makmal untuk melihat makhluk sekecil-kecil alam di dalam air yang di titis di atas 'petri dish'.
Subhanallah !
( Gambar 1 )
Gambar 2 : Dr. Kartini sedang melihat meiobentos ( hidupan bersaiz kecil ) di bawah mikroskop. Seperti yang antum semua nampak Dr. Kartini memegang petri dish dari gambar 1.
Subhanallah ! Allah mencipta makhluk yang sangat kecil di dalam lautan. Tidaklah Dia Menciptakan ini dengan sia-sia!
Kerana hidupan ini penting untuk kitaran hidupan marin di dalam laut:
Antara saiz benthos/ plankton :
ü Picoplankton < 2 µm
ü Nanoplankton 2-20 µm
ü Microplankton 20-200 µm
ü Mesoplankton 0.2-20 mm
ü Macroplankton 20-200 mm
ü Mega plankton > 200 mm
(Balcher and Swale, 1978)
Video di bawah yang dirakam oleh ahli kumpulan saya melalui mikroskop bagaimana pergerakkan meiobenthos ini. Jom tonton untuk melihat Allah Yang Maha Bijaksana menciptakan makhluk ini !
Dalam video di atas menunjukkan benthos yang bernama copepod. Ada 3 jenis copepod sebenarnya :
1. Cyclopoid ( gambar dari encik google )
2. Calanoid ( gambar dari encik google )
3. Harpacticoid ( gambar dari encik google )
No comments:
Post a Comment