Wednesday, December 15, 2010

Sah kah solat anda?


Apa pendapat anda tentang beramal tanpa ilmu?
Bagi ana sangat berbahaya jika anda tergolong dalam golongan ini iaitu beramal tanpa ilmu.

Supaya lebih faham..ana bahasakan diri ana saya ye..bahasa arab ( ana ),bahasa melayu (saya)..^_^

Contoh : Seseorang yang menunaikan solat 5 kali sehari semalam tidak termasuk solat sunat tetapi tidak tahu akan rukun solat ..orang ini termasuk dalam golongan yang beramal tanpa ilmu..

Kenapa ana cakap macam ni?
Kerana rukun solat adalah perkara yang WAJIB dilakukan, jika TIDAK dilakukan maka solat itu TIDAK SAH.

Ana ulang sekali lagi TIDAK SAH..

Jadi,nak tahu tak apa Rukun solat dan berapa semuanya ?

*Rukun solat ada 13 semuanya ye kawan-kawan ^_^

1. Niat

2. Berdiri betul

3. Mengangkat takbiratul ihram

4. Membaca surah Al-Fatihah

5. Rukuk dan tamakninah

6. Iktidal dan tamakninah.

7. Sujud dan tamakninah

8. Duduk antara dua sujud serta tamakninah

9. Baca tahiyat akhir

10. Duduk tahiyat akhir

11. Membaca selawat ke atas nabi

12. Memberi salam yang pertama

13. Tertib

Jom kita hafal rukun solat, bukan sahaja menghafal tetapi juga memahami dan praktikkan sebaik mungkin.
Moga amalan kita semua diterima oleh Allah swt  ( ^_^ ) Aminn..

No comments:

Post a Comment