Marilah ana kenalkan anak saudara ana Azan Addin..Si comel ni memang sangat petah berkata-kata walaupun usianya baru setahun lebih.
Tiap kali ana cuti semester ataupun cuti perayaan pasti ana dapat lihat perubahan si kecil ini daripada terbaring tidak boleh bercakap kepada gagah berdiri dan petah berkata-kata.
"Subhanallah",ini lah yang ana mampu katakan.
'When a baby is born..So helpless and weak and you watching it growing..' -Lirik lagu open your eyes oleh Maher Zain.
Ana masih ingat ketika ana di matrik, ana mendapat mesej bahawa adik dan family ana berada di hospital. Terkejut juga ana ketika itu,ingatkan siapa yang sakit. Rupa-rupanya kakak ipar ana sedang bertarung nyawa melahirkan anak.
Biras dan keluarga ana datang ke hospital untuk memberi sokongan. Almaklumlah, cucu sulung..
Ana juga dapat MMS daripada abang ana gambar anak saudara ana..sungguh comel! yang penting,mukanya suci..bersih tanpa dosa ^_^
Dipendekkkan cerita,ketika ana di universiti..Ana pulang daripada cuti raya baru ni, si kecil Azan Addin sudah pandai berkata-kata ^_^.
"Uu..la",jerit si kecil Azan
Rupanya dia panggil ana..mok La..hehe
*Si kecil ini umpama sehelai kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya sama ada menjadi insan yang cenderung kepada agamanya ataupun sebaliknya. Moga Azan Addin menjadi insan yang terbaik dari segi agamanya,sahsiah dan juga pelajarannya kelak. Menjadi khalifah Allah yang berjaya di dunia dan akhirat..Aminn..
No comments:
Post a Comment