Tuesday, December 21, 2010

Ilmu pelita hidup

Pernahkah anda terfikir kenapa aku perlu menuntut ilmu..? untuk apa?

Kali ini ana/ saya akan cuba ubah pemikiran anda mengapa kita perlu menuntut ilmu dan adakah supaya kita dewasa nanti dapat kerja yang gajinya besar? dapat rumah besar ? kereta besar ? yang besar-besar saja ?

Di sini ana kemukakan antara tujuan dan matlamat ilmu :


1. Untuk mengenal Pencipta

2. Menyingkap kebenaran.
 - Iaitu ilmu bersumberkan wahyu membawa kepada kebenaran dan menafikan sebarang kepalsuan.

3. Membina peradaban kemanusiaan

4. Mempertahankan agama

5. Syarat penerimaan amal / ibadat
- Tanpa ilmu, tatacara pelaksanaan ibadat kepada Allah adalah tidak sah dan tidak diterima olehNya.

Aisyah Ummul Mukminin meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
" Barangsiapa beramal tanpa dasar dari kami, maka tertolaklah amalan tersebut" ( HR Bukhari & Muslim )

No comments:

Post a Comment