Tuesday, December 14, 2010

Redha Allah terletak pada redha ibunya


Sayang mak! Itulah perasaan yang dapat ana gambarkan apabila ana menatap wajah mak ana.
Maklumlah, ana cuma dapat tengok wajah mak ana semasa cuti semester ataupun cuti perayaan sahaja. Memang ana akan rindukan mak,ayah, adik-adik dan abang dan anak saudara apabila pulang ke universiti.

Bagi ana sebagai pelajar, keberkatan ibu dan bapa sangat penting selain daripada kerberkatan pensyarah kita sendiri. Hal ini kerana redha Allah terletak pada redha ibunya.

"Mak,doakan dila boleh jawab exam eh"

Itulah selalunya dialog ana apabila menelefon mak apabila tiba musim peperiksaan.
Bukan sahaja doa ibu yang ana harapkan, hablulminallah juga ana perlu jaga kerana Dia sajalah yang menentukan apa yang terbaik untuk diri ini.

Peluang ana selama hampir sebulan di rumah ini harus ana gunakan sebaiknya. Inilah peluang untuk ana berbakti kepada ibu ana. Ana akan cuba bantu ibu ana sebaiknya dalam urusan mengemas rumah mahupun urusan di dapur. Dapatlah juga ana belajar resepi baru daripada ibu ana ^_^. Ana juga suatu hari nanti akan bergelar seorang isteri (insyaAllah),jadi ana perlu tahu kesemua urusan sebagai suri rumah tangga.

Mak redhakan Dila ye!




No comments:

Post a Comment