Thursday, March 31, 2011

Gurau senda dan gelak tawa menurut islam

Menurut Syeikh Yusof Al-Qardhawi bahawa memang ada dalam diri setiap orang sifat suka ataupun ketawa. Ketawa lahir daripada kefahaman yang kita dengar ataupun suatu sikap yang kita lihat ( gelagat orang ).

Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang perempuan yang sudah tua, perempuan ini datang berjumpa dengan nabi, dia meminta agar nabi Muhammad s.a.w mendoakan dia agar dapat masuk syurga, lalu nabi menjawab:

"syurga ini tidak layak untuk orang-orang tua",

setelah mendengar jawapan nabi,perempuan tua tersebut menangis, lantas nabi menyambung lagi ayatnya

"Sesungguhnya apabila kamu masuk syurga, kamu akan masuk dalam keadaan muda".

Lihatlah bagaimana cara nabi bergurau?

Walaubagaimanapun, terdapat banyak pendapat ulamak yang tidak membenarkan gurauan..

Namun, menurut Sheikh Yusof Al-Qardhawi:

"Apa yang dilakukan ataupun yang diucapkan oleh nabi adalah lebih baik diikuti".

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Abu Bakar dan sahabatnya apabila mereka datang mengadu kepada Rasulullah bahawa " Ada waktu kita serius,bergurau dan berhibur"

Antara batas-batas syarak dalam bergelak tawa dan gurau senda:


1. Jangan sekali-kali ungkapan yang dikeluarkan itu ada unsur dusta / tipu/mereka-reka cerita.


Sabda nabi, " Celaka, bagi orang-orang yang bercakap tetapi mendustakannya (menipu), lalu membuat orang tertawa sebabnya, celakalah baginya, celakalah! celakalah!"


2.  Jangan sesekali ungkapan yang digunakan itu menghina orang lain. Hal ini kerana akan menimbulkan rasa tidak puas hati,bahkan boleh membawa kepada pergaduhan.


3.  Jangan ungkapan gurauan itu menakut-nakutkan orang lain.


Nabi pernah bersabda," Tidak halal bagi seorang muslim menakutkan saudaranya sendiri"




Wallahualam..

p/s : Ana kutip secebis ilmu ini daripada ceramah seorang ustaz (tidak ingat nama), peringatan buat diri sendiri dan buat yang lain.



Tuesday, March 29, 2011

Lakukan 3P

1. Pilih perkataan yang baik

- Lebih baik berdiam diri daripada berbual perkara yang tidak jelas. Pilihlah kata-kata yang benar saja
apabila ingin berbicara.

" Tiga perkara bila dikerjakan nescaya tidak ada kedengkian dalam hati,iaitu ikhlas beramal kerana Allah SWT semata, saling menasihati sesama muslim, dan tetap berada dlm jemaah muslimin" - HR Ad-Darimi

2.  Perjelas dengan tabayyun

- Tabayyun itu sesuatu yang remeh dan mudah. Kadang kala kita sanggup bertegang leher,bersikap sinis dan anti senyuman hanya kerana disebabkan perkara-perkara yg remeh. Padahal masalahnya belum jelas,kedudukan sbnr belum kita pastikan,malahan hanya termakan adu domba tanpa penjelasan.Bertanya apa yg terjadi,jangan mencela di belakang tanpa tahu keadaan yg sebenar.

3. Perkuat nasihat dan zikir

- Orang yg dinasihati itu akan merasa senang apabila menerima nasihat drpd  org lain. Mereka merasa diri diambil berat. Ada org ambil peduli, dan mahu memberi nasihat padanya. Maka jgn ragu utk maju. Jgn mundur sblm bertempur. Zikir dpt memberi ketenangan dan kekuatan dalaman bagi seseorang. Justeru, basahkan bibir dan getarkan hati dgn zikir.

SUMBER: "Engkau Memang Cantik" karya Burhan Sodiq

p/s : Buku yg ana rasa menarik isinya akan ana cuba kongsikan bersama.Moga peroleh manfaat. Peringatan buat ana juga bagi setiap yang ana taip ini.

Friday, March 25, 2011

Jom Muhasabah diri

Godaan yang melekakan

Jalan yang panjang terkadang melekakan.Hanyut dalam buaian keseronokan duniawi yang cukup indah pada pandangan zahir,tetapi hakikatnya tersirat pelbagai perangkap yang boleh membawa padah. Begitulah yang sering terjadi. Jauhnya jalan rentetan kehidupan yang terkadang melekakan kita sehingga terlupa untuk memperbaiki diri. Sehingga ada yang merasa cukup dengan apa yang diterima dan apa yang mereka miliki.Ini menyebabkan mereka mungkin merasa ringan bila melakukan kesalahan atau tersadung lantaran kelemahan diri. Pada saat inilah akhirnya mereka menjadi perhatian dan menjadi objek teguran. Teguran ini bukanlah untuk mencari-cari kesalahan tetapi hanyalah untuk mengingatkan.

Menyedari tahapan diri

Sudah pasti seseorang itu akan kenal akan dirinya sendiri, baik dari segi pelajaran, kehidupan dan paling penting sekali adalah tahapan agama. Terkadang pasti pernah terlintas dalam fikiranmu untuk membuat kebaikan. Formula yang penting supaya kita mengenal diri serta mengubah kelemahan tersebut adalah:
Lintasan kebaikan di fikiran + Cuba lakukan apa yang terlintas itu + usahakan dan tidak bertangguh + berdoa + istiqomah.

Allah Yang Maha Hebat

Sungguh indah dunia ini kan? Makanan yang sedap,minuman yang sedap,keluarga yang bahagia,ramai kawan yang hepi go lucky tak gitu?dan banyak lagi..Namun, di dunia ini jugalah kita peroleh pelbagai perkara pahit dan manis. Tapi sebenarnya jika dibandingkan dengan syurga,apalah sangat dunia ini. Dunia ini diibarat bangkai yang digongong oleh anjing. Allah memang Maha Hebat diciptakan dunia ini hanyalah untuk Menguji manusia di atas muka bumi ini,mereka yang terbaik amalannya akan peroleh syurga yang tidak tergambar di akal fikiran kita tentang kehebatan nikmatnya di syurga. Namun begitu, Allah Maha Hebat menciptakan neraka yang tidak tergambar di akal fikiran kita tentang dahsyatnya dan mengerikannya neraka tersebut. Bukanlah api yang biasa kita lihat di muka bumi ini,tetapi api yang tidak tergambar di akal fikiran kita serta bunyi ngauman api neraka yang ingin menelan penghuni di dalamnya juga tidak dapat kita gambarkan dengan akal fikiran.

Tuesday, March 22, 2011

Solehah tetapi tidak indah !

Ungkapan solehah tetapi tidak indah mungkin terlalu kasar di telinga. Kali ni ana cuba menyebarkan dan menyampaikan mesej tajuk ini daripada buku yg ana baca untuk dikongsi bersama.

Kita sering melihat ramai akhwat yg kurang memberikan perhatian dan mengambil berat tentang penampilan. Penampilan yg rapi dan indah dianggap sbg sesuatu yg terlarang. Lantaran salah faham tentang makna penampilan yg sewajarnya, menjadikan mereka mangsa kekeliruan.

Sesetengah mereka pula ada yg berfikir utk sengaja mendiamkan diri dlm keterbatasan. Mereka merasa tidak perlu melakukan perubahan dlm penampilan meskipun dlm kategori MINIMUM.

Kategori MINIMUM adalah berhias tidak berlebihan!

Cukup tampil dgn wajah yg segar,normal,tidak sayu,kuyu atau kelihatan murung. Mereka sepatutnya menampilkan wajah yg ceria dan selalu berseri-seri. Wajah yg tidak selalu kelihatan seperti berada dalam kesusahan atau merasa kesempitan yg amat menghimpit.

TETAPI

tidak pula sampai pada hiasan yg TABARUJ.

Berlebihan dalam mendandan,menggunakan bedak sehingga sekian sentimeter tebal.

Kategori minimum juga termasuk tidak membiarkan tubuh mengeluarkan bau yg sgt tidak sedap. Begitu juga tudung, perlukan kelihatan kemas dan bergosok dan jgn biarkan tudung anda 'liar' iaitu kedut.

SUMBER: Buku "Engkau Memang Cantik" dan di 'edit' sedikit kaedah penceritaan.

Saturday, March 12, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab Akhir : Kaulah suamiku

“Ibu..siapa tunang kakak?”,tanya aku sehari selepas peristiwa ‘merisik’ semalam.
“ Kakak,ibu tak boleh beritahu”,jawab ibu seakan serba salah.
“Tapi kenapa ibu?”
“Ibu dan ayah kena hormati permintaan  pihak lelaki, ibu tak nak mungkir janji”
Aku mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ah! mungkin pihak lelaki tu segan kot! Siapalah bakal suami ku?? Hmm tak patut tak patut..lebih baik aku gantikan dengan soalan ni, siapalah jodohku??
*************************************************************************************
Kelihatan ibu sibuk dengan persiapan perkahwinanku. Hantaran perkahwinan untuk pihak lelaki belum lagi habis dibeli. Hmm, mana lah aku tahu saiz baju pengantin lelaki inikan pula saiz kaki. Ah! kenal pun tidak..redha je..

Petang ni ibu dan ayah mengajak aku pergi membeli hantaran untuk pihak lelaki. Hantaran untuk pihak lelaki adalah sebanyak 11 dulang manakala untuk pihak perempuan pula adalah 9 dulang. Jadi, agak banyak juga lah barang yang perlu kami siapkan.

“Ibu, betul ke saiz ni kasut?”
“Dalam mesej ni cakap saiz ni lah”
“Siapa yang hantar?”,tanya aku.
“Oh,bakal mak mertua kamulah”,jawab ibu sambil tersenyum.

Hmm..gementarnya..neves pulak..siapa ye bakal mak mertua aku?? Kenapa lah susah sangat nak beritahu siapa bakal suamiku?

“Aish..kakak mengelamun ye?”,tegur ibu.

Ish terkejut aku! Siapa lah yang tak mengelamun kalau berada dalam situasi aku ni. Betul tak??
*************************************************************************************

Sudah lama Nizam sudah tidak menganggu aku lagi. Alhamdulillah.. Lega sangat, Setiap kali kalau kami bertemu pasti Nizam akan mengelak sama ada melalui jalan lain ataupun berhenti di tempat lain. Entahlah! Malas nak fikir kenapa dia menjadi sebegitu.

Aku dan keluarga masih lagi sibuk dengan persiapan perkahwinan yang akan berlangsung tidak kurang sebulan lagi. Ya Allah, gementarnya apabila hampir kepada hari bergelar isteri orang! Makin bertambahlah gementar apabila berkahwin dengan orang yang tidak aku kenali bahkan nama pun aku tidak tahu. Namun, rahsia takkan kekal lama kerana kad undangan perkahwinan juga perlu diedarkan.Takkan pada kad undangan perkahwinan tiada tertera nama pengantin lelaki, betul tak??

“Kad undangan perkahwinan dah siap kakak, biar ayah dan ibu uruskan”,kata ayah.

“Ayah,boleh kakak tengok”

-MUKA DEPAN-

Majlis Undangan Perkahwinan

Rabiatul Adawiyah dan Abdullah

Hati dan jiwaku terasa sebak. Abdullah? Nama bakal suamiku. Aku sudah hilang mood untuk melihat muka dalam. Lalu aku biarkan saja kad undangan perkahwinan tersebut di atas meja. Namun begitu, aku agak kagum dengan bakal suamiku yang menyuntingku dengan cara yang halal. Tidak dengan cara yang seperti Nizam lakukan pada aku! Aku akan mencuba menyintaimu wahai Abdullah bakal suamiku. Aku yakin, cinta dapat disemai selepas pernikahan kita nanti.
*************************************************************************************

Pagi ini sungguh indah sekali, cahaya mentari mulai menyinari di ruang bilikku. Ku intai di celah tingkap bilikku. Ku lihat ayah menjemput jiran tetangga dan saudara mara masuk ke dalam rumah.

Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Aku semakin gementar, tangan aku berpeluh! Ya Allah..tenangkan daku!

“Kakak, jangan gementar sangat..insyaallah ok”,kata adikku Ainul sambil membetulkan tudungku.
“You look so beautiful!”,kata Jamilah sambil mengenyitkan matanya padaku.

Aku mengenakan jubah pink dan tudung putih beserta labuci kuning keemasan pada tudungku. Adikku, Jamilah dan Dayana lah yang ‘mengandam’ aku. Atas permintaanku, Jamilah cuma menyapu bedak pada mukaku dan memakai celak sahaja.Simple gitu!

“Kakak,boleh keluar sekarang..pengantin lelaki dah sampai”,kata ibuku sambil tersenyum bahagia.

Ya Allah..Gementarnya! hmm rasa macam nak nangis..Menggigil kakiku tatkala keluar dari bilik, berpeluh-peluh tanganku. Ya, aku memang ada masalah dengan tangan berpeluh. Tak sangka pula hari ni peluh aku tahap hyper!

“Kakak cepatlah”, kata adikku Ainul sambil menarik tanganku keluar dari bilik.

Hmm beratnya kaki ni nak melangkah keluar bilik. Tanpa aku sedari air mata mulai mengalir. Tak nak! Rasa macam nak jerit je yang aku tak nak kahwin! Tapi aku kena bersabar,aku kena redha dengan bakal suamiku yang bernama Abdullah.

“Aku terima nikahnya Rabiatul Adawiyah binti Samad dengan mas kahwinnya  ***  tunai”
“Sah?”
“Sah..”

Aku dah jadi suami orang..! Sejak daripada keluar dari bilik lagi aku langsung tak pandang muka suamiku, aku tak sanggup! Sampai dah akad nikah pun aku tak mampu nak dongak untuk tengok muka suami ku itu. Sebab aku rasa sedih dan agak segan lah.

Dalam keadaan yang agak bising dengan riuh saudara mara di keliling aku, tiba-tiba tangan aku disentuh oleh seseorang.Ehem! suami aku rupanya..Adoih,tangan aku berpeluh..Aku tarik tangan aku balik..Malu kot tangan berpeluh ni! Suamiku tarik tanganku lalu disarungkan cincin. Aku masih lagi tertunduk memandang tikar rumah..Ya Allah, jantung aku berdegup laju. Lalu suamiku memegang daguku dan memandang tepat mataku.

Aku terkejut!

Jantung aku makin berdegup tahap maksima!

Ya Allah!

Rupanya Azam..Dia suamiku!!

Alhamdulillah..Aku mengalirkan air mata tanda bersyukur…
*************************************************************************************
  Rupa-rupanya Abdullah bermaksud hamba Allah. Salah aku juga kerana tidak membuka kad undangan perkahwinan kerana di dalamnya barulah tertera namaku Rabiatul Adawiyah dan Muhammad Azam.

-BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN-

“ Awak..bangun,pukul 3 ni”,kejut Azam sambil mencubit pipiku.
“Hmm..Yeke..awak dah ambil wudhuk ke?”
“Belum lagi sayang..bangun cepat”,kata Azam sambil menarik lenganku.
*************************************************************************************
Beginilah kami setiap hari,
Bertahajud bersama di pagi hari,
 Demi mencapai cinta hakiki,
Manisnya iman dan manisnya cinta kami,

Wednesday, March 9, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 11 : Cintamu dan fitrahku

Telefon bimbitku mulai berdering, aku masih lagi menaip menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Ya Allah, nampaknya aku terpaksa balik lambat juga hari ini! Gara-gara sakit perut tadi, hampir 20 minit masa aku bazirkan di tandas saja.
“Assalamualaikum, ibu”
“Waalaikumsalam,kakak lambat lagi ke?”
“Maaf ibu, insyaallah 30 minit lagi kakak sampai ye”
“Ok, ibu ganggu ke?”
“Tak delah bu, cuma taip sikit-sikit je”

“Hmm, tak pe lah, ibu nak memasak, kejap lagi ayah kamu balik..assalamualaikum”
“Waalaikumsalam..”

*************************************************************************************
Kali ni aku sudah selesai menyiapkan kerja, ku lihat fail-fail yang tersusun di atas meja ku. Terselit sekeping fail kuning emas. Menarik minatku untuk membuka dan membaca isi dalamnya. Ku baca tajuk depan fail tersebut ‘ Batuan jenis konglomerat’. Ah! data ini aku belum check dan sahkan lagi.
Aku mengambil fail di bawah fail tersebut. ‘Maklumat peribadi’ ,

Oh! Mesti maklumat pekerja baru tu. Ku lihat gambar passport lelaki tersebut, macam pernah ku lihat..hmm tapi tak ingat siapa..nama lelaki ni Muhammad Azam..Hmm..ha! Azam!

Tiba-tiba aku teringat semula kisah hampir setahun yang lalu! Aku pernah..menyukainya! Ya Allah…Kenapa perasaanku ini berbunga kembali!

Aku menjeling ke arah jam tanganku ini. Aku berharap agar tidak bertembung dengan Azam on the way nak ke parking kereta ni. Aku harus berhati-hati ! Bukan apa, aku cuma tidak mahu sangat melayan perasaan ni, fitrahku? Hanya Allah saja yang tahu.

“Cik,cik!”,jerit seorang lelaki.

Ish siapa pula yang berani-berani panggil aku di petang yang mulia ni! Dah la aku nak cepat ni! Dengan malasnya aku menoleh ke arah suara tersebut.

“Ya,ada apa?”
“Ni sapu tangan cik ke?”
“Eh ni saya punya..kenapa boleh ada pada encik?”
“Ohh..tadi cik terlanggar saya masa di pejabat tadi..cik jalan laju sangat,tak sempat nak bagi sapu tangan ni”
“Terima kasih..”,jawab aku bermalasan.
“Oh ye, nama saya Nizam”,jawab lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan.

‘Sesungguhnya kepala yang ditusuk besi besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya’ – Hadis Riwayat Tabrani & Baihaqi.

 “Maaf..”,jawab aku sambil menundukkan kepala tanda hormat. Lantas aku menoleh sebelum mengucapkan salam. Malas nak biarkan perbualan kami berpanjangan, nanti timbul fitnah pula! Bukan saja fitnah di mata orang tetapi juga di mata hati ni!

“Nanti!..nama awak apa?”

Ya Allah! Nampaknya Kau menguji aku! Lantas aku menoleh dan menjawab :

“Rabiatul Adawiyah..pulang dulu..Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam”
*************************************************************************************

Ya Allah..kali ni begitu besar dugaanMu, semalam aku dapat panggilan telefon daripada Nizam ketika di rumah. Entah dari mana entah dia dapat nombor telefon ku, malam ni pula aku dapat e-mail daripada Nizam, dari mana pula dia dapat e-mail address ku:

“Hai awak..selamat malam, maaf ganggu awak tadi..kenapa awak macam mengelak je bila saya call tadi? 

Awak malu dengan saya ke??..Gudnite! sleeping beauty..:)”

Astaghfirullahalazim!! Malas aku nak melayan..aku terus delete email tersebut di inbox. Betapa bencinya aku dengan perbuatan Nizam!

“ Rabiatul, hari ni kita makan sama ye”
“Insyaallah..kat tempat biasa ye”, jawab aku ketika baru sampai di pejabat.

 Masuk sahaja aku ke dalam pejabat, ku lihat sejambak bunga di atas mejaku. Siapa punya bunga pula ni?? Ku belek-belek, tertera pula nama ku sebesar-besar alam di atas sekeping kertas:

KHAS BUATMU: RABIATUL  ADAWIYAH
DARI : SYED NIZAM SYED AHMAD

Ku renyuk kad tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.Nah! puas hati ku.Ya Allah! Kau duga aku..aku harus kuat!

“Kring..kring..kring”

Telefon pejabat berbunyi:

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..ni saya Nizam”
“Ada apa?”
“Dapat tak bunga yang saya bagi ?”
“Awak ada kat bilik ke sekarang?”

‘Yes! Baru bagi bunga, dah nak jumpa aku kat bilik..Wah! senang je nak tackle minah ni’,desis hati Nizam.

“Ada..nak jumpa saya ke,rindu saya la tu..hehe”

Ya Allah, membaranya hati aku..nak je aku lempang guna kasut aku ni..Sabar ye Rabiatul.

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”

Dengan bertemankan Dayana, aku pergi ke pejabat Nizam yang juga satu tempat kerja dengan aku. Mahu tidak mahu, peribadi atau kerja..aku harus berterus terang.

“Tok..tok..tok”,pintu pejabat Nizam bagai nak runtuh aku ketuk.
“Assalamulaikum”,ucapku.
“Waalaikumsalam”, jawab Nizam tersenyum ala-ala lelaki melayu terakhir.
“Saya harap cik Nizam tak terasa hati atau ambil hati dengan apa yang saya nak katakan ni”
“Rabiatul nak cakap apa?cakaplah”,kata Nizam sambil merenung mataku dalam-dalam.

Ya Allah tak selesanya..!

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat dari Surah An-Nur(24) ayat 30"

“Apa? Saya tak faham?”,kata Nizam berkerut-kerut kening.

Sememangnya sudah suatu tabiat apabila aku marah, aku akan kemukakan dalil sampai lupa pula orang tu faham ke tak.

“Encik Nizam, saya sangat hargai apa yang encik bagi saya macam bunga, hantar e-mail dan selalu telefon saya..tetapi Encik Nizam itu bukanlah cara yang baik untuk memikat hati seorang wanita. Saya tak kisahlah kalau encik nak kata yang saya ni perasan ataupun encik dah biasa buat perkara ni pada wanita yang lain tapi apa yang saya nak tegaskan di sini adalah saya tak suka dengan apa yang encik lakukan”,kata aku dengan tegas sambil mengerutkan kening. Agak menakutkan jugalah muka aku ni.

“Tapi..saya suka kan awak!”,jawab Nizam dengan tegas juga. Ish tak malu langsung Nizam! Dahla  Dayana berada di sebelah aku.

“Kalaupun encik suka kan saya..fitrah saya hanya satu..cinta saya hanya satu..cinta yang sejati bermula daripada cinta yang hakiki..Matlamat tidak menghalalkan cara, encik fikirkanlah cara yang lagi halal untuk memikat wanita..Assalamualaikum”, lantas aku keluar daripada pejabat Nizam. 

Aku langsung tidak menghiraukan panggilan Nizam. Bukan apa, aku tidak mahu memanjangkan perbualan kerana nanti perkara akan menjadi lebih buruk lagi.



Bab 12 : Benar atau tidak?

Dah 2 hari aku tak nampak dia. Dia pergi mana? Ah! mungkin aku je yang tak perasan. Eh kenapa pula aku nak fikir pasal dia. Teringat pula perbualan aku dan Dayana semalam semasa makan tengah hari:

“ Rabiatul, awak ok ke?”
“Ok je..insyaallah”, jawabku muram sambil membelek cincin di jari manisku  yang diberi ibu tempoh hari.
“Eh, tu bukan Azam ke pekerja yang baru pindah kat pejabat kita”,kata Dayana sambil menunjukkan ke arah kedai makan bertentangan dengan kedai aku.

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang tatkala Azam memandang ke arahku. Serentak itu kami mengalihkan pandangan. Ya Allah, pandangan itu panahan syaitan..

*************************************************************************************
1 NEW MESSAGE
-View-
013*******

‘Salam..saya nekad nak pinang awak..saya cintakan awak..saya nak jadikan awak sebagai permaisuri hidup saya’

-Reply-

‘Salam..siapa ni?’

1 NEW MESSAGE

-View-

‘Saya Nizam..’

Allah! Dia nak pinang aku..? tapi aku..aku..tak cinta kan dia..Aku berserah padaMu Ya Allah..
************************************************************************************

“Assalamualaikum..tuan dan puan, tujuan saya datang ni sebenarnya mahu merisik anak tuan dan puan yang namanya..hmm..Kejap ye”, kata seorang pakcik .

Ku lihat ayah dan ibu sedari tadi kelihatan gelisah dan tak keruan. Hmm,yelah aku faham,aku seorang je lah anak mereka yang tak kahwin lagi. Apabila aku dah kahwin,siapalah yang nak jaga mereka.

“Maaf ye tuan puan,lupa pula namanya..Rabiatul Adawiyah”

Tatkala namaku disebut, aku mulai menitiskan air mata. Aku sudah berjanji dengan ayahku bahawa sesiapa 
sahaja yang datang meminangku, ayahku boleh terima sahaja pinangan tersebut tanpa perlukan persetujuanku. Janji tetap janji,aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang munafik.

Esakkanku semakin kuat, aku berlari masuk ke dalam bilik. Boleh ke aku hidup dengan insan seperti nizam. Aku akui..aku sebenarnya cintakan Azam..Ya Allah,aku redha..aku redha..aku redha..Air mata mulai membasahi pipi laksana wanita kematian suami..Aku beristighfar panjang..perlu ke aku menangis sebegini? 

Aku bangun dari katilku lantas mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat taubat.
Habis sahaja menunaikan solat, kedengaran suara ayah dan ibuku berkali-kali meminta maaf kepada rombongan merisik tersebut..Apa yang dah berlaku ni? Aku cuba menekapkan telingaku di dinding untuk mendengar perbualan tersebut:

“Maafkan kami, anak kami sebenarnya sudah bertunang”

Ha? Aku dah bertunang? Yelah tu..Bila pula aku bertunang..biar betul ayah ni..Cahaya lampu di bilikku telah membuatkan cincin di jari manisku bersinar-sinar.

Aku mulai terfikir dan teringat yang cincin ini diberi oleh ibu tempoh hari.Adakah ini cincin pertunangan??

Ya! Aku dah bertunang..Aku tersenyum sendirian..Tapi siapa bakal suami ku??
*************************************************************************************

“Lah kenapa monyok je ni?”, tanya Naim sambil memegang remote televisyen.
“Tak ada apalah”,jawab Azam.
“Anta suka sangat berahsia,hmm sampai bila nak berahsia dengan ana”
“Tak ada apa lah Naim..Ana cuma pening je hari ni”

Sahabat Azam hanya mampu menggelengkan kepala, Azam memang seorang yang tidak banyak bercakap dan pandai berahsia.

“Ana cuma tak sedap hati”,kata Azam lagi.
“Kenapa?”,tanya Naim yang seakan berminat ingin tahu masalah yang Azam alami.
“Nizam dan Rabiatul Adawiyah”,pendek sahaja jawapan Azam.
“Anta cemburu ye?”,tanya Naim sambil tersengih-sengih.
“Taklah”
“Kalau ada jodoh,tak ke mana nye sahabatku”,kata Naim lagi sambil menyentuh bahu Azam.

*********BERSAMBUNG*********

Tuesday, March 8, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 9 : Ketentuan Allah

Setelah hampir  setengah tahun aku koma daripada tragedi kemalangan dulu, akhirnya aku sembuh dan dibenarkan pulang oleh doktor.

Rupa-rupanya bermacam perkara berlaku di sepanjang ketiadaan aku. Adikku Naufal sudah diijabkabulkan dengan sahabat rapatku Jamilah beberapa bulan selepas pernikahan adikku Ainul. 

Kini tinggal aku seorang sahaja di rumah bersama ibu dan ayah. Adikku Ainul meneruskan kehidupannya sebagai pelajar begitu juga suaminya di luar negara manakala  Naufal serta Jamilah tinggal di rumah yang mereka beli sendiri.

Aku bersyukur, adik-adikku telah selamat diijabkabulkan dan kini aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan meluangkan masa bersama-sama dengan ibu dan ayah.

“Kakak, nak ayah carikan calon?”
“Tak tahulah ayah”
“Dah tu takkan kakak tak nak kahwin?”
“Ish ayah, sunnah tu..jodoh tak sampai lagi”

Begitulah perbualan aku dan ayahku. Bukan aku tidak mahu untuk berkahwin tetapi aku seperti malas untuk memikirkan hal itu.

“Ayah, kalau ada sesiapa yang pinang kakak lepas ni, insyaallah akak terima je”
“Kakak pasti ke?”
“Insyaallah, pasti”

Ayahku senyum memanjang tatkala mendengar jawapanku. Aku redha, siapalah jodohku yang bertuah tu?
*************************************************************************************

Aku melihat dari jauh pekerja baru itu. Dengar cerita baru ditukarkan di sini. Tapi kenapa macam pernah tengok je,ha!..Kan aku ada fail peribadi pekerja-pekerja..Hmm…Ku belek satu persatu fail-fail, tak jumpa pula..Mungkin belum diisi lagi. Ah biarlah! Kenapa aku bersungguh sangat nak tahu siapa pekerja baru tu?! Astaghfirullahazim…!

Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar pintu pejabat aku.
“Masuk”, tegas aku sambil khusyuk menaip.
“Assalamualaikum,Rabiatul”
“Waalaikumsalam..”, jawab aku yang masih khusyuk menghadap komputer.
“Saya datang nak minta maaf..Maafkan saya ye Rabiatul sebab berkasar dengan awak dahulu”

Aku mengalihkan pandanganku ke arah suara tadi. Oh Dayana rupanya! Aku menghulurkan senyuman kepada Dayana lantas aku bangun dari tempat dudukku dan bersalaman dengannya.

“Dah lama tak jumpa Dayana, tengah hari ni kita makan sama ye?”
“Insyaallah..”,jawab Dayana.
*************************************************************************************
Aku merenung Dayana, nampak berseri mukanya..pakaiannya sudah tidak seperti dulu, dia sudah memakai tudung! Aku melihat kakinya..Dayana juga sudah berstokin..Alhamdulillah!
Tapi..

“Dayana nampak cantik la hari ini”,kata aku pada Dayana setelah memesan makanan tengah hari.
“Yeke..takdelah, biasa-biasa aje”, jawab Dayana tersipu-sipu.
“Seluar Dayana pun cantik, kalau dilonggarkan lagi seluar yang Dayana tu mesti lagi cun lah”,kata aku pada Dayana sambil tersenyum.

Dayana masih lagi tersipu-sipu tatkala mendengar ucapan ku itu.
*************************************************************************************
Petang ini hujan turun dengan lebat sekali. Jam menunjukkan pukul 5.40 minit petang. Aku masih terkial-kial menyiapkan kerja di dalam pejabat. Setelah siap menyiapkan kerja, aku mengunci pintu pejabat dan menuju ke tempat parking kereta.

Hujan semakin lebat, terasa nyaman sekali apabila musim hujan ini..Aku memandu kereta perlahan-lahan keluar dari tempat parking.
Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kaki dalam hujan, tanpa payung dan dalam keadaan yang basah kuyup. Apabila kereta yang ku pandul berlalu di sebelahnya lelaki tersebut, aku terintai-intai..mungkin aku kenal orang itu..

Ah! Pekerja baru di tempat kerja aku la!.. ‘kesianlah pulak tengah-tengah hujan ni’,desis hatiku.

Tapi ..takut kalau orang tu jahat ke..dahla aku ni perempuan..
Astaghfirullahalazim! Husnuzon..ok, niat aku nak tolong dia je..
Lantas aku menolak gear reverse dan menekan minyak dan berhenti. Aku menurunkan cermin tingkap pintu kereta ku;

“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”,jawab lelaki tersebut dalam keadaan mengigil kesejukkan tanpa memandang aku.

Lelaki tersebut masih meneruskan perjalanannya.

“Encik! Tunggu sekejap”

Aku menolak gear D (drive) dan menekan minyak lagi dan berhenti. Aku berasa sangat kasihan kerana lelaki tersebut sudah mengigil-gigil. Nanti kalau pengsan baru tahu!

“Encik nak balik rumah ke?”
“Ya”,jawab lelaki itu lagi. Masih lagi tidak memandang aku! Jadi aku tak berapa nampak sangat wajah dia.
“Maaf encik lagi sekali, dengan izin Allah saya hantarkan encik balik ke rumah..saya tiada payung untuk bagi encik”

Lama juga lelaki itu berfikir di tengah hujan lebat ini. Air hujan mula memercik masuk ke dalam tingkap pintu kereta aku. Mahu tidak mahu, dengan aku sekali basah!
Macam mana ni?aku dah ‘ter’ pelawa pulak, rasa kasihan mengatasi perasaan yang lain!

Bab 10 : Cinta dan nafsu

“Insyaallah”, jawab lelaki tersebut.

Lelaki tersebut membuka pintu belakang kereta ku.
‘Alhamdulillah,kalau dia duduk kat sebelah aku kan dah parah’,desis hatiku. Di sepanjang perjalanan, aku dan lelaki tersebut hanya berdiam diri. Yang kedengaran cumalah lagu selawat ke atas nabi di corong radioku.

Setelah zikir dan selawat di dendangkan lagu Kembali nyanyian kumpulan Far East pula mulai berdendang di corong radio kereta ku. Antara bait-bait yang menyentuh perasaanku:

Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut di telan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan, terus bersemadi
Ingin aku kembali
Kepada fitrah insani
Tak sangupku
Jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku
Dari dibelenggu
Dosa noda
Nafsu durjana
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

“ Belok kanan ye”
“Eh belok kanan!”
“Astaghfirullahalzim”,jawab aku setelah terlajak beberapa meter.

Gara-gara aku yang begitu menghayati lagu ini, aku tidak dengar lelaki tadi menjerit suruh aku belok ke kawasan perumahan. Ah! Terlajak pula!

“Maaf!”
“Anti berhenti sahaja di pondok hadapan tu”

Hujan mulai renyai-renyai. Lega pula setelah menurunkan lelaki tersebut di sebuah pondok tadi. Aku menjeling ke arah jam di keretaku, huh sudah pukul 6.35. Allah! Sudah lewat. Mesti ibu risau. Ini gara-gara traffic jem di sepanjang jalan raya. Maklumlah waktu petang macam ni memang ramai yang habis waktu bekerja dan pulang ke rumah.

*************************************************************************************

Peristiwa petang tadi telah menganggu fikiran Azam.

‘ Entah bagaimana aku boleh satu ofis dengan dia.Boleh pula dia tak kenal aku. Bukan ke dahulu kau yang tolak pinangan aku. Apa kurangnya aku?’,desis hati Azam

“Aish jauh termenung?”,kata Naim sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Astaghfirullahalzim”, tersentak Azam tatkala bahunya di sentuh Naim.
“Anta ada masalah ke?”
“Tak ada”
“Anta cerita je lah pada ana,insyaallah kalau-kalau ana boleh tolong”
“Ana cuma..hmm..tak ada apa lah”

Setelah menjawab pertanyaan sahabat serumahnya, Azam terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhuk. Lantas dia menunaikan solat sunat istikharah:

‘Ya Allah, mengapalah perasaan ku ini pada Rabiatul Adawiyah semakin membara,aku ingin sangat menjadikan dia sebagai isteriku yang sah..peristiwa petang tadi betul-betul menguji keimanan ku. Mana mungkin aku dapat menahan gelojak nafsu ini Ya Allah..Namun, kisah Nabi Yusuf a.s dan Siti Zulaikha tetap ku jadikan pedoman. Bagaimana aku mahu aku berhadapan dengannya esok? Tiap kali aku melihatnya pasti jiwa ku runtun. Begitu indah ciptaanMu Ya Tuhan.  Aku berserah padaMu Ya Allah!’
Setelah menunaikan solat, Azam bertemu dengan sahabatnya Naim:

“Anta ok ke?”
“Entah..”,jawab Azam lesu.
“Ceritalah pada ana..paling kurang pun anta berasa lega sedikit”,kata sahabatnya Naim.
**********************************************************************************

Kali ni aku dah nekad! Aku nak siapkan kerja awal hari ni. Aku nak balik pukul 5 tepat. InsyaAllah..Aduih, pesal sakit perut plak ni..Sabar ye wahai perut,sikit lagi dah nak siap dah ni..sikit sahaja..sabar ye..
Aduih! Dah tak tahan lagi..Lantas aku berlari-lari anak meninggalkan pejabat aku untuk ke tandas. Ah! tak tahan!

“Dush!”
“Ya Allah!”,jerit aku. Seakan aku telah terlanggar sesuatu sehinggakan aku seakan terpelanting ke tepi dinding.
“Maafkan saya, saya minta maaf”,ulang lelaki tersebut berkali-kali.
  “Tak apa”,jawab aku yang masih teruskan perjalanan. Ah! seharusnya aku melepaskan hajat ni tadi bukannya sekarang. Salah aku juga! Nasib baiklah aku cuma terlanggar fail-fail yang dibawanya. Bukanlah orangnya!

******BERSAMBUNG*****

Sunday, March 6, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 7 : Iman tanpa taqwa

Aku masih teringat peristiwa semalam. Peristiwa di mana aku dan adikku Ainul berada di butik pengantin. Aku masih lagi berfikir dan berfikir bagaimana carannya mahu aku mulakan ni..hmmm…
Alhamdulillah tiba- tiba ilham aku menjelma apabila ternampak Jamilah masuk ke dalam bilikku. Aku cuba mulakan perbualan yang berlapik dengan Jamilah:

“ Baru lepas mandi ke?”,tanya aku dengan soalan bodoh.
“Yupp..”, jawab Jamilah sambil tersenyum bahagia.
“Hmm, where did you go yesterday my dear friend, saya tengok you tak ada pun kat bilik?”,tanya aku pada Jamilah sambil tersenyum tawar.
“ Hmm, Rabiatul, I think this is a time I have to tell you something”, kata Jamilah sambil tersenyum, memang berseri-seri lah muka!
“Ok..beritahu jelah”,jawab aku, agak hambar.
“ Saya jatuh cinta”,kata  Jamilah sambil tersenyum dan memeluk bantal di atas katilku.
“Alhamdulillah..”,jawab aku sambil tersenyum tawar.
“So, dia ajak kahwin”, kata Jamilah lagi.

Aku dapat rasakan bahawa Jamilah sebenarnya tidak tahu tentang ikhtilat ( pergaulan antara lelaki dan perempuan ) kerana Jamilah merupakan muallaf dan masih perlukan bimbingan agama daripada seluruh aspek. Agama islam kan agama yang syumul ( menyeluruh ), sampaikan nak menyempurnakan cinta pun ada caranya mengikut garis panduan syarak.

“ Jamilah..”
“Yup..”
“Saya bersyukur sangat kerana Jamilah mencintai seseorang insan yang bergelar lelaki. Hal ini kerana Jamilah dianugerahkan fitrah yang betul iaitu perempuan jatuh suka atau cinta pada lelaki atau sebaliknya”
“Hmm..ok”, jawab Jamilah sambil merenung tepat ke arah mataku untuk cuba memahami kata-kataku.
“ Jamilah pernah dengar tak apa itu ikhtilat?Mungkin daripada ustazah Alia ataupun daripada mana-mana?”,tanya aku sambil memegang bahu Jamilah.
“Hmm, apa maksudnya? I don’t think so I know about ‘ikhtilat’”,jawab Jamilah sambil berkerut-kerut kening.
“ Ikhtilat means pergaulan antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, islam kan agama yang syumul, sampaikan nak menyempurnakan cinta pun ada caranya”, jawab aku sengaja membiarkan Jamilah berfikir sendiri.
“ So, apa caranya?”
“ Jamilah pernah baca tak ayat ni :
“Katakanlah kpd para perempuan yang beriman, agar mereka MENJAGA PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA dan JANGANLAH MENAMPAKKAN perhiasannya ( AURATNYA)  dari surah An-Nur ayat 31. …..”, tanya aku pada Jamilah sambil tersenyum.
“ Kejap ye I nak ambil tafsir al-quran”, kata Jamilah lantas bangun menuju ke arah almari buku ku.
“ Cuba u buka page 350”

*Jamilah membelek al-quran*

“ Rabiatul…I tak tahu, rasa berdosa sangat”, kata Jamilah setelah membaca ayat tersebut.
“ Allah berfirman supaya menjaga pandangan daripada ayat ni, apatah lagi keluar berdua”, sambung Jamilah lagi sebak.
“ Cuba u buka muka surat 285”, tanya aku.
“Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."”

Jamilah membaca satu per satu ayat tersebut hingga menitiskan air mata. Kata Jamilah lagi:

“ Allah berfirman agar JANGAN MENDEKATI ZINA, apatah lagi buat perkara yang menuju kepada zina”,
Malam itu merupakan malam dukacita buat Jamilah, Alhamdulillah dia terbuka hati untuk menerima teguranku. 

Aku faham, cinta memang sesuatu yang sukar dinyatakan dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cinta yang betul-betul suci adalah cinta kerana Dia. Cinta yang tidak melanggar syariat, cinta yang disempurnakan melalui perkahwinan. Bukanlah cinta didasarkan atas “I love u” atau “u love me” sahaja sehingga bertahun lamanya sehingga melanggar apa yg dilarang oleh Allah s.w.t. Nauzubillah min zalik.
Namun ‘tugasan’ ku belum selesai. Aku teringat balik peristiwa ketika adikku Naufal dan Jamilah di dapur.  Aku ternampak adikku Naufal merenung Jamilah, memang renungan yang pelik! Jamilah pula membalas dengan seyuman menggoda. Ya Allah! Perlu ber ‘husnuzon’ lagi ke? Semuanya dah terjawab apabila aku ternampak adikku Naufal dan Jamilahketika berada di butik pengantin baru-baru ini.

Mana perginya Naufal yang dulu? Yang pandai dari segi pelajaran dan juga arif dalam agama.Adakah sekadar mempelajari ilmu agama sahaja tetapi tidak di amalkan? Aku perlu rahsiakan hal ini daripada pengetahuan ibu dan ayahku,insyaAllah aku akan cuba selesaikan permasalahan ini.

**********************************************************************************
“ Akak…akak!” , jerit Naufal.
“ Ya, ada apa..pagi-pagi lagi jerit panggil akak”
“Mana  Jane?”
“Jane?”
“Hmm, Jamilah la!”
“Mana lah akak tahu”
“Ish!!”,jerit Naufal lagi sambil menuju ke arah dapur.

Aku mengekori Naufal dari belakang menuju ke dapur rumah.Aku untuk ‘face to face’ dengan Naufal tentang apa yang terjadi.

“Naufal..pandang sini..tengok akak ni”

Naufal langsung tidak pandang aku. Aku tidak faham apa salah aku sehingga dia tidak mahu pandang aku langsung.

“Kalau Naufal dah tak sayang akak, paling kurang Naufal kesian kan lah akak ni..pandang akak sekarang”
“Akak….”, panggil Naufal sebak setelah meyedari suara aku berubah dek kerana air mata mula membasahi pipi.
“Akak jangan menangis, Naufal tak boleh tengok akak menangis..Naufal minta maaf akak”
“Jangan minta maaf kat akak, minta maaf pada Allah”,jawab aku tegas sambil menyapu air mata.
“ Kiranya akak tahulah segalanya?”, tanya Naufal sambil tertunduk malu.
“Akak dah lama perhatikan Naufal dan Jamilah”
“ Akak..Naufal tak tahu kenapa Naufal buat apa yang Allah haramkan sedangkan Naufal tahu semua itu salah”, tanya Naufal padaku sambil memicit dahinya yang berkerut seribu itu.
“ Naufal adik akak”,panggilku  sambil menarik lengannya dan duduk di kerusi dapur.
“ Ke mana perginya rasa ‘khauf’, rasa takut pada Allah? Ke mana perginya rasa cinta pada Allah? Ke mana perginya rasa manis dalam beribadat?”, tanya aku pada Naufal.
“ Taqwa”,jawab Naufal padaku. Lama juga dia berfikir dan cuma menjawab sepatah sahaja.

Tidak lama kemudian aku melihat Naufal menitiskan air mata, seperti berfikir akan kesalahannya sebelum ni . Lantas dia bangun dari kerusi dan hilang dari pandangan. Aku masih lagi tidak berganjak dari kerusi. Aku berharap moga Allah kurniakan adikku dan Jamilah petunjuk. Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau kurniakan petunjuk kepada kami…Aminn..





Bab 8 : Aku dan noktah

Majlis perkahwinan adikku Ainul dan majlis pertunangan adikku Naufal dan Jamilah semakin hampir. Ibu bapaku setuju untuk menyatukan Naufal dan Jamilah dan juga diadakan pada tarikh yang sama dengan perkahwinan Ainul.

Hari ini aku sangat letih, rasa seperti mahu demam saja tapi aku gagahkan diri untuk ke butik pengantin mengambil baju pengantin adik-adikku. Mereka sibuk dengan persiapan pengantin, jadi aku memandu seorang diri ke butik pengantin.

Kepala ku terasa sakit sekali, pening!
Aku tersentak tatkala terdengar bunyi hon kereta daripada belakang, rupa-rupanya aku dah termasuk lorong jalan bertentangan! Astaghfirullahalazim…

Sambil memegang dahi yg pening ni, aku memulas stereng dan tiba-tiba aku ternampak lori dari arah hadapanku!

“Pon….!..dush!”- crash.

*************************************************************************************

“ Doktor,bila anak saya boleh sedar?”
“ Saya tak jamin, anak puan dalam keadaan yang stabil tetapi berdoalah pada tuhan moga anak puan sedar”

Kedengaran suara esakkan ibu memecah suasana sunyi. Tapi di mana aku? Kenapa gelap je ni? Kenapa aku tak dapat bergerak ni? Kenapa ni?

“Ibu! Tengok tu! akak menangis..”, jerit Ainul.
“ Eh,doktor anak saya…”
“Itu suatu perkara yang normal bagi pesakit yang koma, dia masih boleh mendengar apa yang berlaku di sekeliling tetapi dia tidak mampu mengerakkan badan. Puan teruskan berbual dengan anak puan moga dia cepat sembuh dan memberi respon”, jawab doktor.

Ya Allah,Ya Allah,Ya Allah…adakah ajalku sudah hampir?Engkau uji aku dengan ‘kegelapan’ ini..mengapa duniaku gelap..aku tidak dapat merasa tubuhku..Tiba-tiba, terasa seperti tanganku digenggam seseorang..Tetapi aku tidak dapat membalas genggaman tersebut..Aku tidak terdaya…

“Anak ibu bangunlah..Kuatkan semangat,ibu ada di sisi kakak sekarang ni”,esak ibu perlahan-lahan.
“Akak, bangunlah kak..ni Ainul, bangunlah kak,Ainul datang dengan suami Ainul..Bangunlah”, terdengar pula aku akan suara halus aku pasti itu adalah Ainul adikku.
“Rabiatul, I minta maaf untuk segala-galanya..I berharap moga Rabiatul bangun dan maafkan saya”, terdengar lagi suara yang pelat bahasa melayu yang semestinya Jamilah.
“Akak,Naufal tahu Naufal banyak buat salah dengan akak. Naufal harap akak dapat sembuh cepat..Naufal nak minta maaf dengan akak..”, kata Naufal dengan penuh sebak.

Rupa-rupanya ramai juga yang berada di sekeliling aku, tetapi aku hanya mampu mendengar suara sahaja. Aku harus kuat, aku yakin dengan Allah. Sesungguhnya aku sangat merindui saat berinteraksi dengan Allah, aku merindui saat aku di sejadah menangisi dosa-dosa yang telah aku lakukan. Kini aku tidak mampu melakukan semua itu. Betapa nikmatnya kesihatan yang Allah bagi padaku dan betapa banyak aku gunakan untuk beribadat mencari cintaMu.

Tuhan baru ku sedar,indah nikmat sihat itu,
Tak pandai aku bersyukur,
Kiniku harapkan cintaMu,
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku,
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi..Muhasabah cinta ku

Bait-bait lagu ini mula terngiang-ngiang di ingatanku. Aku bermuhasabah diri. Kedengaran pula suara suara ayahku:

“ Doktor..tangan anak saya bergerak!” ,jerit ayahku kegembiraan.

*******************************************************************

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 5 : Aku redha

Syukur kepada tuhan, aku diberikan petunjuk agar sentiasa berada di jalanNya. Kini aku harus memberitahu jawapanku kepada Cik Mah agar persoalan yang selama ini dibiarkan tergantung tak bertali akan terjawab!

“ Saya minta maaf cik Mah, saya tak dapat terima lamaran Muhammad Azam, anggaplah kami memang tiada jodoh”,kata aku dengan berhati-hati agar tidak menyinggung perasaan cik Mah.

Serentak itu riak wajah cik Mah berubah serta merta, berkerut-kerut keningnya.

“Tapi kenapa?..”,tanya cik Mah dengan suara sedikit serak.
“hmm..sebenarnya..”,belum sempat aku habiskan ayat, ayah aku memotong percakapan aku.
“Anak saya ni belum bersedia untuk menjadi calon isteri Muhammad Azam, katanya belum cukup ilmu lagi..”

Lama juga cik Mah berdiam diri, serentak itu juga ibuku memulangkan semula cincin pinangan yang diberikan oleh Muhammad Azam ketika masuk meminang dahulu.
Selepas peristiwa tersebut, aku redha dengan apa yang berlaku. Aku yakin Allah sudah ciptakan jodoh untuk aku, jodoh yang jauh lebih baik ataupun dapat menerima aku seadanya. Bukannya jodoh yang cintakan aku kerana nafsu sendiri, aku impikan jodoh yang cintakan aku kerana cintaku pada Allah s.w.t.
*************************************************************************************

Hari demi hari berlalu, aku bermuhasabah diri balik, tentang perasaanku sebelum ini. Alhamdulillah, keadaan kembali semula kepada normal. Aku masih sibuk dengan pekerjaanku dan masih sibuk melayani mak dan ayahku di rumah. Biarlah mereka pula yang berehat, dan aku pula yang menguruskan hal rumah dan makan minum mereka. Inilah salah satu cara untuk membalas jasa kedua ibu bapa ku ini.
Seperti biasa aku dan Jamilah saling membalas e-mail, kalau bukan tiap hari, pasti dalam seminggu ada sekali. Hari ini Jamilah menghantar e-mail berita yang menggembirakan,

Jamilah: Assalamualaikum..How are you?
Rabiatul: Waalaikumsalam.. Alhamdulillah, I’m fine..TQ -_- ..How are you?
Jamilah: Alhamdulillah..ok sahaja.. -_- ..hihi
Rabiatul : Sejak bila sudah pandai berbahasa melayu? It will be exciting..hihi
Jamilah: Since five months ago..hihi..I’m sorry because did’nt tell you about this..hehe >_<
Rabiatul: It’s ok my dear..>_<
Jamilah : Actually I want to tell you something, saya mahu berpindah ke Malaysia..hehe
Rabiatul: Is it true ? I’m really happy ! It’s been a long time..
Jamilah : Memang betul, saya rindu awak..sudah lama tidak berjumpa, I love to speak malay my dear friend..hehe
Rabiatul: Betul ke ? Kenapa berpindah ke Malaysia sahabatku?
Jamilah : Sebab..I want to get married!
*************************************************************************************
Peristiwa semalam masih lagi segar dalam ingatanku, peristiwa di mana aku diduga oleh Allah bagaimana untuk berhadapan dengan orang yang jahil dengan agamanya sendiri, semalam merupakan kemuncak situasi tidak puas hati dia pada aku.

“Saya tidak bermaksud untuk bersikap kurang ajar dengan cik tetapi tindakan cik menampal kertas-kertas pasal tazkirah la, aurat la,semua tu lah memang tak wajar!”, kata Dayana rakan sepejabat aku.
“Sebagai orang islam,kita memang patut tahu tentang semua ni,tentang aurat dan juga perkara-perkara lain. Saya tampal supaya orang lain tahu tentang ajaran islam yang sebenar kerana kemungkinan mereka tidak tahu tentang itu”,jawab aku dengan nada lembut.
“Kalau cik nak jadi alim sangat, jadi sorang-sorang la,tak payah nak ajak orang lain!”,kata Dayana lagi dengan nada tinggi.

Aku bangun daripada tempat dudukku dan berjalan menuju kea rah Dayana. Lantas aku pegang lengannya dengan lembut lalu berkata; “Mula-mula dulu kan kita rapat, kenapa sekarang kita nak gaduh-gaduh? Kenapa kita perlu menidakkan perkara yang benar?Saya sayang Dayana dan tak mahu Dayana jauh daripada Allah. Saya tahu setiap manusia mahu yang terbaik untuk dirinya,mungkin Dayana juga mahu berubah kerana Dayana pun nak syurga Allah kan?nak kan redha Allah kan?”
Lantas Dayana menolak lenganku dan terus keluar dari bilik pejabatku. Aku harap Dayana mempertimbangkan tentang apa yang telah aku katakan tadi. Semoga dia mendapat cahaya petunjuk Allah..Aminn..

Bab 6 : Bersabarlah!

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, aku masih menunggu ketibaan sahabatku Jamilah di Lapangan terbang KLIA.  Kali ini aku datang bersama dengan adikku Ainul,

“Akak, kawan akak tu boleh berbahasa melayu ke? Tadi Ainul dengar akak berborak dengan dia dalam bahasa melayu”,tanya Ainul sambil berkerut-kerut keningnya.
“Kawan akak tu dalam masa 5 bulan dia belajar bahasa melayu,agak fasih juga lah”,jawab aku sambil tersenyum mesra.

Selepas beberapa minit, dari jauh kelihatan Jamilah berpakaian jubah serba hitam dan tudung turkey warna putih sedang menarik bagasi menuju kea rah aku. Lantas kami bersalaman dan berpelukan,aku juga memperkenalkan adikku Ainul kepada Jamilah.

You look so cute Rabiatul,its been a long time we never meet”,kata Jamilah setelah bersalaman dengan aku dan Ainul.
Alhamdullillah,thank you..i know that”,jawab aku sambil ketawa kecil. Aku faham maksud Jamilah,berat badan aku memang semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.
“Ainul sedang belajar di mana sekarang?”,tanya Jamilah dengan pelat Inggeris nya.
“Ainul belajar di University of Kent,Miss Jamilah dah nak kahwin ke?”,jawab Ainul dengan lembut.
Nope, I’m just joking my dear,forgive me Rabiatul”,jawab Jamilah sambil menoleh kea rah aku dengan senyuman nakal.
“Sebenarnya, saya ditugaskan berada di Malaysia selama 12 bulan, membimbing pelajar-pelajar perubatan di Universiti Malaya dalam bidang pembedahan am”,sambung Jamilah sambil tersenyum.
“Ohh, sebab kerja rupanya..ingatkan betul-betul dia nak kahwin masa dalam e-mail hari tu”,jawab aku sambil ketawa kecil.
“Itu pun betul juga, I nak cari calon suami juga”, jawab Jamilah sambil tersenyum nakal.
*******************************************************************************
Sudah seminggu Jamilah tinggal di rumahku, kelihatan Jamilah seperti  malu-malu lagi. Aku pun tidak faham, apa yang dia malu sangat tu!
Setiap kali nak lunch,dinner, atau breakfast pasti aku, Ainul dan Jamilah makan kemudian. Kami biarkan ayah, ibu dan Naufal makan dahulu kerana maklumlah Jamilah mahu tinggal sementara di rumah ini sebelum dia jumpa sebuah rumah untuk disewa. Tapi katanya nak beli rumah, entahlah!
Ketika aku sedang sibuk mengemas meja di dapur, aku terpandang gelagat adikku, Naufal dan sahabatku, Jamilah..Biar betul!!

‘Hmmm…tak mungkin-tak mungkin!’, desis hatiku..

*************************************************************************************
“Akak, yg mana satu ye cantik? Yang ni ke yang ni”, tanya adikku Ainul sambil menunjukkan baju pengantin pada aku.
“Hmm..akak rasa yg………”,tiba-tiba aku terkedu apabila ternampak pasangan yang berlalu di hadapanku.
“Akak ? yg mana…saa…tu”, Ainul pun turut terkedu apabila ternampak pasangan yg lalu itu.
“Akak..akak”,bisik Ainul padaku sambil menarik lengan bajuku.
“Ye akak tahu..”, kata aku dengan sebak.
“Akak jangan menangis kak..”,pujuk Ainul.
“Jomlah kita balik..”,jawab aku sebelum bergegas meninggalkan butik pengantin tersebut.

Minggu lepas terdapat satu rombongan meminang datang ke rumahku. Pada mulanya ibu bapaku ingatkan rombongan tersebut datang untuk meminangku tetapi rupa-rupanya meminang adikku,Ainul. Ibu ayahku kelihatan tenang dan memberikan keputusan yg tepat.Hal ini kerana adikku sememangnya cantik orangnya jika nak dibandingkan dengan aku. Adikku putih kemerahan tetapi aku berkulit hitam manis. Jadi untuk mengelakkan fitnah, ibu dan ayahku galakkan dia untuk bernikah awal walaupun masih belajar. Bakal suami adikku juga merupakan pelajar di universitinya, mereka suka sama suka tetapi tidak diluahkan perasaan tersebut. Masakan tidak ! Adikku aktif dengan program-program di universiti dan bercampur dengan semua orang. Tetapi ada batasnya!

Saturday, March 5, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 3 : Adik-adikku pulang!

“Assalamualaikum ibu, adik balik hari ni. Ada cuti semester, adik naik penerbangan petang ni dan insyaallah sampai hari esok”,kata Ainul dengan lembut.
“ Waalaikumsalam, yeke? Seronok ibu,hmm..abang kamu balik juga ke?”,tanya ibu dengan penuh tanda tanya.
“Ohh,abang tu tak tahu lah ibu..abang busy sangat,adik tak sempat nak tanya”,jawab Ainul dengan nada yang seronok,excited nak balik rumah.


Ainul iaitu adik bongsu baru sahaja berada di tahun pertama University of Kent di England dalam bidang pengajian Asia Tenggara. Ainul sememangnya manja dengan ibunya dan sentiasa bertanya khabar tentang ibunya. Begitu juga dengan Naufal yang tiap hari akan bertanya khabar tentang ibu dan ayah melainkan jika dia busy,maka mungkin dia akan jarang menelefon sejak itu. Naufal yang kini berada di tahun akhir Universiti  Islam Madinah dalam jurusan sarjana muda syariah sememangnya sibuk dengan projek akhir dan juga peperiksaan akhir universiti.

“ Ibu jangan lupa kirim salam kat kakak, rindu kat semua..assalamualaikum”
“Insyaallah,jaga diri ye adik..waalaikumsalam”
**********************************************************************************
Setelah ibu mendapat panggilan telefon daripada anak bongsunya, ibu mendapat pula mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

‘Salam..ibu,ni Naufal..Naufal minta ampun dengan ibu sebab sudah lama tak telefon ibu,buat ibu risau..ampunkan Naufal ye ibu..telefon bimbit beserta dompet Naufal hilang..Naufal guna telefon sahabat Naufal kat sini..Ibu doakan Naufal berjaya dengan projek akhir dan berjaya harungi dugaan Allah ye ibu..assalamualaikum’

Ibu membalas mesej;

‘Naufal sayang,ibu dah lama ampunkan Naufal..ibu faham keadaan Naufal di sana..insyaallah ibu doakan Naufal..ibu restui Naufal..waalaikumsalam.’

Naufal merupakan satu-satunya anak lelaki dalam adik beradik aku. Sejak kecil lagi Naufal memang sangat menghormati ibu dan ayah, Naufal bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan dari segi sahsiah.

Apabila tiba hari aku,ibu dan ayah menjemput Ainul di lapangan terbang,aku merasakan seperti tidak sedap hati. Tidak seperti selalu, ketika di lapangan terbang aku meminta diri untuk ke tandas ,secara kebetulan aku bertembung dengan Cik Mah dan suaminya. Cepat-cepat aku bersalaman dengan Cik Mah dan menghulurkan senyuman.

“Sorang je ke?”
“Tak adalah makcik, saya dan keluarga datang nak jemput adik”
“Oo..mana ibu dan ayah kamu?”
“Ada,kat sana tu..”,kata aku sambil menunjukkan arah kedudukan ibu dan ayah.
“Kebetulan pula,hari tu kamu kata nak berta’aruf dengan calon suami yang nak meminang kamu kan..kejap ye”

Aku mula berasa tidak sedap hati,apa yang nak dilakukan oleh Cik Mah ni sebenarnya?

**********************************************************************************
Sudah tiba masanya untuk aku dan keluargaku ke lapangan terbang untuk menjemput adikku Naufal. Kali ni Naufal pulang dengan segenggam ijazah, aku bangga dengan adikku Naufal yang berjaya mencapai cita-citanya sejak dari dulu lagi.

‘Lama pula Naufal ni nak sampai,dah setengah jam’,desis hatiku sambil memerhatikan jam tangan. Rupa-rupanya ibu memerhatikan aku sedari tadi;

“Sabar la kakak,sabar tu sebahagian daripada iman”,kata ibu dengan lembut.

Aku hanya membalas dengan senyuman. Memang betul cakap ibu tu. Teringat pula aku akan peristiwa minggu lepas;

“Perkenalkan,inilah Muhammad Azam yang suruh Cik Mah masuk meminang Rabiatul”,kata cik Mah sambil tersenyum.

Aku tersipu-sipu malu,aku hanya lihat wajahnya dengan sekali imbas sahaja. Aku mahu elakkan daripada panahan syaitan,aku takut akan berlakunya zina hati nanti. Astaghfirullahalazim..seingat aku ketika itu calon suamiku ini berpakaian jubah putih dan membawa beg besar berwarna hitam.Mungkin baru pulang dari luar Negara.Entahlah!

“Maafkan ana, ana yang suruh cik Mah rahsiakan tentang ana,semasa anti dipinang hari tu, ana berada di Madinah”,jawab Azam sambil tertunduk.

Aku faham dengan situasi yang dialami,jadi hanya sebentar sahaja ‘proses ta’aruf aku dan Muhammad Azam di airport tersebut. Kami nak elakkan daripada panahan syaitan menjadi semakin parah,aku akui selepas pertemuan itu aku rasakan seperti perasaan suka itu mulai berputik. Astaghfirullahalazim,jika benar dia adalah jodohku,biarkan perasaan ini berputik kerana cintanya padaMu Ya Allah!

“Hah tu dia Naufal..”,kata ibu sambil menarik lenganku. Tersentak aku dari lamunan,nasib baik ibu tak perasan!

“Mak sihat?”,tanya Naufal sambil bersalaman dengan ibu dan ayah.
“Alhamdulillah,Naufal?”
“Alhamdulillah,ayah sihat?”
“Alhamdulillah,sihat aje..”,jawab ayah sambil tersenyum.
“Kakak, Ainul makin ‘sihat’ Naufal tengok”,kata Naufal sambil ketawa kecil.
“Nak buat macam mana kan..dah ‘sihat’,ok la tu”,jawab aku sambil tersenyum. Ainul  hanya ketawa kecil aje.

Sedari tadi aku tengok Naufal sibuk bermesej,walaupun aku tahu aku tidak patut tahu tentang hal peribadinya tetapi jika melibatkan hal agama,aku wajib!Amar makruf Nahi Mungkar!

Bab 4 : Rahsia Naufal terbongkar!

Hari ini aku berasa stress sangat, kerja aku di pejabat yang masih belum selesai, tempoh untuk aku beri keputusan sama ada terima ataupun tidak pinangan Muhammad Azam telah pun tamat. Kini, aku masih belum jumpa jalan penyelesaiannya. Aku faham, Allah tidak akan membebani hambaNya melainkan dengan kesanggupan hambaNya sendiri.
“Kakak,esok kakak tak kerja kan?boleh tak bawa Adik pergi beli barang sikit”, tanya Ainul sambil menghirup air teh.
“Hmm,maaf la Ainul..walaupun kakak tak kerja esok,tapi akak kena pergi kerja juga,banyak sangat kerja yang belum selesai di pejabat. Akak ingat hari esok je lah akak dapat selesaikan semua kerja akak. Insyaallah,kalau siap awal, akak akan bawak adik pergi beli barang.Ok?”
“Ok,insyaallah..”,jawab Ainul sambil tersenyum.
Aku lihat sedari tadi Naufal sibuk menelefon seseorang,dengan siapa dia bercakap?mengapa sejak balik rumah asyik berkepit dengan handphone je?
“Naufal, tak makan ke?”,tanya aku setelah dia habis bercakap dalam telefon.
“Nak makan lah ni,akak..mak ada cerita kat Naufal yang ada orang masuk pinang akak,betul ke?”,tanya Naufal sambil menarik kerusi di meja makan.
“Hmm..kenapa?”,tanya aku,agak kurang selesa apabila adik sendiri tanya hal peribadi aku.
“Kenapa akak tak terima?”
“Mana Naufal tahu yang akak tak terima?”
“Maaf akak..”,jawab Naufal seperti rasa serba salah tatkala menyedari bahawa aku tidak selesa dengan pertanyaannya tadi.
“Tak apa,akak sebenarnya tak bagi jawapan lagi..itu je”,jawab aku untuk mengelakkan daripada Naufal bergelumang dengan rasa bersalah.
Ainul sedari tadi hanya mendengar perbualan kami dan tidak cuba untuk masuk campur. Ainul mulai bangkit dari tempat duduknya dan terus ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk.
“Hmm,maaf kalau Naufal tanya,akak dah ada calon lain ke?”
“Astaghfirullahalazim, siapa lah akak ni Naufal..akak lebih suka mencari cinta Allah daripada cinta manusia..Naufal kan tahu,nak jadi isteri yang solehah ni bukannya mudah..perlukan persediaan yang cukup,ilmu di dada belum cukup lagi”
Naufal hanya tersenyum-senyum tatkala mendengar jawapanku. Biarlah! Asalkan aku dah lepaskan apa yang terbuku selama ni.
*************************************************************************************
 Tatkala aku sedang mengemas dapur,telefon bimbit Naufal berdering. Naufal masih lagi tidak kelihatan,lantas aku menjawab panggilan tersebut;
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..ini siapa?”,jawab si pemanggil
“Nak cakap dengan Naufal ke?dia tak ade,nak tinggalkan pesanan?”,jawab aku.
“Tak apa lah..nanti ana telefon balik,assalamualaikum”
“waalaikumsalam..”
Aku seperti rasakan sesuatu yang pelik setelah menjawab panggilan,sesuatu yang sudah lama aku tidak rasakan. Macam pernah dengar sahaja suara pemanggil tadi.Astaghfirullahalazim..
*************************************************************************************
“Ana yakin, akak ana tak ada sesiapa pun,dia cuma perlukan sedikit masa aje,anta jangan risaulah..Assalamualaikum”,jawab Naufal untuk mengakhiri perbualan telefonnya itu.
 Tanpa Naufal sedari,sebenarnya aku sudah lama berdiri di belakangnya pada lewat malam tersebut.
“Eh.. kakak,ke..ke..kenapa takk tidur lagi?”,tanya Naufal tergagap-gagap.
“Naufal cakap dengan siapa tu?kenapa ada cakap pasal kakak?”,tanya aku dengan wajah serius.
Sememangnya pada malam itu aku tidak dapat tidur lena,jadi aku bangun untuk menunaikan solat istikharah.Setelah selesai menunaikan solat, aku terdengar bunyi orang sedang berbual di ruang tamu.
“Akak,sebenarnya..err..Naufal..err..minta maaf kak”,jawab Naufal sambil tertunduk.
“Cakaplah..apa?”
“Muhammad Azam yang telefon Naufal tadi”
Tercengang aku tatkala mendengar nama tersebut,tiba-tiba perasaan pelik juga kembali.Perasaan seperti bahagia je.
“Macam mana Naufal dan dia…”,belum sempat aku habiskan ayat Naufal memotong pertanyaan aku.
“Sebenarnya Azam ni senior Naufal,dia pernah satu sekolah dengan akak..Cuma berpisah bila akak sambung belajar kat lain dan dia pun kat lain. Dia dah lama berkenan dengan akak..”
Tiba-tiba aku rasa muka aku kian panas seperti kemerahan..dia? aku?? Sambung Naufal lagi..
“Kat universiti,Masa tu Azam pinjam laptop Naufal sebab laptop dia rosak,Naufal letak gambar family kita sebagai background,lepas tu dia tanya lah siapa gambar dalam laptop tu,Naufal cakap la yang tu akak..tak sangka pulak yang dia dah lama ada hati kat akak sejak sekolah lagi..lepas dia dah graduate dan dah kerja setahun lebih,dia contact Naufal balik..minta no.telefon rumah,Naufal pun bagilah..Tapi Naufal tanya juga untuk apa,dia pun cakap yang dia nak pinang akak,Naufal setuju je”,cerita Naufal sambil tersipu-sipu.
Kali ni aku dapat rasakan muka aku seperti nak terbakar dah..malunyaaa! Ya Allah,jika aku sudah ketemu cinta hatiku,janganlah pula Engkau kurangkan cintaku padaMu.
“Jadi selama ni orang yang Naufal selalu berkepit dengan telefon tu rupanya Azam lah?”
Naufal menganggukkan kepalanya sambil tersenyum sipu.
“Ish,kamu ni”
“Akak tak suka ke kat abang Azam tu?”
“Akak nak masuk tidur dulu,Naufal jangan tidur lewat sangat ok”,jawab aku mengubah topik. Malas aku nak memanjang-manjangkan soal perasaan ini. Hatiku hanya Allah yang pegang!

Thursday, March 3, 2011

Manisnya iman [Cerpen]

Bab 2 : Bekerja di Bandar


Aku merenung dari tingkap kaca bilikku, melihat suasana pagi yang menyamankan. Sungguh hebat ciptaan Yang Maha Esa yang mencipta langit tidak bertiang, yang memberikan udara untuk kita bernafas, aku bermuhasabah diri sebentar.

“Ayah, hari ni kakak nak buat breakfast yang special untuk ayah”
“Yalah, ayah pun nak tukar selera juga”, jawab ayahku sambil mengenyitkan matanya padaku. Ibu pula menjeling ayahku sambil mencubit kecil lengan ayah.

Aku dan ayah tertawa dengan gurauan tersebut, ibu pun turut sama ketawa kecil. Sudah sekian lama aku tidak ketawa sebegini ketika bersama dengan keluarga.

“ Sunyi sangat rumah ni, sejak anak-anak ibu semuanya sambung belajar,Rabiatul, Naufal dan Ainul aje lah permata hati ibu dan ayah yang dapat hidupkan suasana ceria dalam rumah ni”, kata ibu dengan nada terharu.
“ Ibu janganlah macam ni, sentimental pulak..hee,jomla ke dapur”,pujuk aku sambil meletakkan lenganku di atas bahu ibu.

Aku dan ibu meninggalkan ayah di ruang tamu yang sedang asyik membelek kertas kerjanya. Sudah sekian lama aku tidak memasak di dapur rumah ini,maklumlah sudah lama aku tidak pulang ke rumah. 

“Ibu, bila Naufal dan Ainul pulang ke rumah? Dah lama dah tak jumpa adik-adik,rindu pula”
“ Naufal tak bagi tahu ibu lagi, risau juga ibu dah 2 hari tak telefon ibu”,jawab ibu dengan nada sedikit merajuk.
“ Dia busy kot, baru ni dia mesej kakak, ada exam katanya,kakak tanya bila balik,dia dah tak balas dah mesej,tapi ibu jangan risaulah”, kata aku dengan nada sedikit memujuk.

 Sedang aku dan ibu sibuk menyediakan sarapan pagi, telefon rumah mulai berdering. Cepat- cepat aku ke ruang tamu rumah untuk menjawab panggilan.

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam, boleh ana bercakap dengan  Rabiatul Adawiyah”, kata si pemanggil
“Ya, ana yang bercakap ni. Minta maaf boleh ana tahu siapa yang bercakap ni”
“Ana cuma nak bagitahu anti yang ana ada hantar rombongan meminang, ana tak mahu anti terkejut aje”
Tatkala aku mendengar jejaka yang menelefon aku berkata sebegitu, aku menjadi seperti tak keruan,rasa keliru pun ye jugak. Tidak pernah aku berhubung dengan mana-mana lelaki apatah lagi berkawan. Siapa pula yang nak jadikan aku sebagai isterinya? Padahal aku tidak kenal pun siapa jejaka tersebut.
“Anta? pinang ana..?”
“Ana harap anti beri jawapan yang terbaik, assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”
Baru sahaja seminggu aku di tanah air, datang pula rombongan meminang. Aku fikirkan setelah aku habis belajar aku mahu membina kerjaya sendiri, tidak terfikir pula akan alam perkahwinan.  Jika dihitung umur aku sudah menjangkau 26 tahun. Jadi?hmm..
“Aish, berkerut-kerut dahi nampak..hehe..siapa yang telefon?”,tanya ayah yang rupa-rupanya sedari tadi memerhatikan aku. Aish malu aku!
“Ayah dengar macam ada orang nak kena pinang je”,kata ayah lagi sambil tersenyum  tanpa belum sempat aku menjawab.
“Entahlah ayah, breakfast ayah dah siap tu,jomla makan”,jawab aku cuba mengubah topik.

Hairan juga aku,ibu dan ayah aku sedari tadi asyik tersenyum sahaja ketika di meja makan. Seperti ada isyarat mata je antara ibu dan ayah aku ni. Berkerut-kerut kening aku memikirkan bahasa isyarat apa lah yang digunakan oleh kedua orang tuaku ini.
Habis sahaja makan, aku menolong ibu mengemas dapur;

“Kakak, ni surat baru sampai tadi, ayah nak pergi kerja dah ni,jaga ibu kamu elok-elok”,kata ayah sambil mengenyitkan mata pada ibu lalu menyerahkan sepucuk surat kepadaku.

Aku mula tertawa kecil apabila melihat gelagat ayahku,ayah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku dan ibuku di dapur sebelum pergi kerja. Dengan penuh berhati-hati aku membuka surat tersebut.

“Alhamdulillah, ibu saya dapat kerja tu,Ketua Pegawai Geologi..dekat saja”,kata aku sambil tersenyum gembira.
“Alhamdulillah,kat bandar aje..boleh pandu kereta ibu buat sementara waktu ni”,jawab ibu selepas memeluk aku kerana gembira aku sudah memperoleh pekerjaan.

**********************************************************************************

“ Tujuan kami datang ini sebenarnya mahu merisik anak sulung Tuan dan Puan bagi pihak empunya diri,dia tidak hadir dalam majlis ini”,
“Perkenalkan ini anak gadis saya yang sulung, Rabiatul Adawiyah”,jawab ayah sambil tersenyum pada sepasang suami isteri yang datang merisik aku. Aku bersalaman dengan makcik itu sambil menghulurkan senyuman.
“Panggil je makcik ni Cik Mah, makcik nak borak dengan Rabiatul kejap,yelah nak merisik”, kata  Cik Mah sambil tertawa kecil.
“ Boleh aja Cik Mah”,jawab aku sambil tertunduk malu.

Agak lama juga lah Cik Mah berborak dengan aku. Banyak juga soalan yang diajukan seperti kebolehan memasak dan macam-macam lagi.

“Tuan dan Puan,jejaka yang mahu menjadikan cik Rabiatul sebagai isterinya mahukan proses pertunangan dilakukan dahulu dan sebulan selepas itu diijabkabulkan, jadi apa keputusan cik?”,tanya suami kepada Cik Mah kepada aku.

Ibu dan ayah mula kelihatan gelisah, aku masih tidak dapat tangkap apa kedua orang tuaku risaukan. Tanpa membuang masa, aku rasa aku harus berterus terang dengan Cik Mah dan suaminya tentang hasrat hatiku.

“ Cik Mah, Pakcik..hmm,bagaimana saya nak nyatakan keputusan jikalau tiada proses berta’aruf,jika pihak lelaki tu kenal saya, saya pun mahu kenal siapa gerangan yang meminang saya tu”,jawab aku dengan lembut dan agak segan la.

Cik Mah dan suaminya berpandangan sesama mereka, seolah-olah tidak tahu nak jawab apa dengan pertanyaan aku tadi. Mungkin pertanyaan aku tadi membuatkan mereka berasa kurang senang? Ataupun aku ni banyak songeh? Entahla, jika diikutkan dengan zaman sekarang ni, aku harus berhati-hati dalam memilih calon suami. Namun aku percaya, dalam apa jua keputusan aku harus minta petunjuk dari Allah melalui solat istikharah. 

Teringat pula aku akan firman Allah;

Dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
*************************************************************************************
“Selamat datang Cik Rabiatul Adawiyah, perkenalkan semua,ini adalah Ketua Pegawai Geologi kita yang baru setelah Puan Mariam iaitu Ketua kita yang sebelum ini bersara”, kata salah seorang Pegawai Geologi di pejabat aku bekerja.
“Assalamualaikum semua”,ucap aku setelah aku diperkenalkan di hadapan pekerja-pekerja pejabat aku.
“Beliau berpengalaman dalam kajian batu-batu ,pasir dan ‘sediment’ dan juga research yang dilaksanakan ketika belajar di luar Negara mendapat pujian professor-profesor di sana. Sebelum ini beliau bekerja sebagai Pegawai Geologi dan telah menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi di Universiti terkenal di luar Negara”,kata Pegawai itu lagi. Sememangnya aku tidak suka dipuji kerana tidak mahu adanya sifat riak dalam diri aku. Tetapi aku menghormati keputusan lembaga pengarah yang mahu latar belakang pendidikan aku diceritakan kepada pekerja-pekerja di pejabat. Hanya nama universiti yang aku belajar sahaja dapat aku rahsiakan.

Sejak dari itu aku sudah mula bekerja setelah hampir dua minggu menganggur di rumah. Setiap pagi aku akan pergi ke tempat kerja dan pulang jam 5 petang, hari sabtu dan ahad adalah hari cuti jadi dapatlah aku meluangkan masa bersama-sama ibu dan ayah.

bersambung...