1. Pilih perkataan yang baik
- Lebih baik berdiam diri daripada berbual perkara yang tidak jelas. Pilihlah kata-kata yang benar saja
apabila ingin berbicara.
" Tiga perkara bila dikerjakan nescaya tidak ada kedengkian dalam hati,iaitu ikhlas beramal kerana Allah SWT semata, saling menasihati sesama muslim, dan tetap berada dlm jemaah muslimin" - HR Ad-Darimi
2. Perjelas dengan tabayyun
- Tabayyun itu sesuatu yang remeh dan mudah. Kadang kala kita sanggup bertegang leher,bersikap sinis dan anti senyuman hanya kerana disebabkan perkara-perkara yg remeh. Padahal masalahnya belum jelas,kedudukan sbnr belum kita pastikan,malahan hanya termakan adu domba tanpa penjelasan.Bertanya apa yg terjadi,jangan mencela di belakang tanpa tahu keadaan yg sebenar.
3. Perkuat nasihat dan zikir
- Orang yg dinasihati itu akan merasa senang apabila menerima nasihat drpd org lain. Mereka merasa diri diambil berat. Ada org ambil peduli, dan mahu memberi nasihat padanya. Maka jgn ragu utk maju. Jgn mundur sblm bertempur. Zikir dpt memberi ketenangan dan kekuatan dalaman bagi seseorang. Justeru, basahkan bibir dan getarkan hati dgn zikir.
SUMBER: "Engkau Memang Cantik" karya Burhan Sodiq
p/s : Buku yg ana rasa menarik isinya akan ana cuba kongsikan bersama.Moga peroleh manfaat. Peringatan buat ana juga bagi setiap yang ana taip ini.
No comments:
Post a Comment