Thursday, March 31, 2011

Gurau senda dan gelak tawa menurut islam

Menurut Syeikh Yusof Al-Qardhawi bahawa memang ada dalam diri setiap orang sifat suka ataupun ketawa. Ketawa lahir daripada kefahaman yang kita dengar ataupun suatu sikap yang kita lihat ( gelagat orang ).

Rasulullah s.a.w pernah bergurau dengan seorang perempuan yang sudah tua, perempuan ini datang berjumpa dengan nabi, dia meminta agar nabi Muhammad s.a.w mendoakan dia agar dapat masuk syurga, lalu nabi menjawab:

"syurga ini tidak layak untuk orang-orang tua",

setelah mendengar jawapan nabi,perempuan tua tersebut menangis, lantas nabi menyambung lagi ayatnya

"Sesungguhnya apabila kamu masuk syurga, kamu akan masuk dalam keadaan muda".

Lihatlah bagaimana cara nabi bergurau?

Walaubagaimanapun, terdapat banyak pendapat ulamak yang tidak membenarkan gurauan..

Namun, menurut Sheikh Yusof Al-Qardhawi:

"Apa yang dilakukan ataupun yang diucapkan oleh nabi adalah lebih baik diikuti".

Rasulullah juga pernah bersabda kepada Saidina Abu Bakar dan sahabatnya apabila mereka datang mengadu kepada Rasulullah bahawa " Ada waktu kita serius,bergurau dan berhibur"

Antara batas-batas syarak dalam bergelak tawa dan gurau senda:


1. Jangan sekali-kali ungkapan yang dikeluarkan itu ada unsur dusta / tipu/mereka-reka cerita.


Sabda nabi, " Celaka, bagi orang-orang yang bercakap tetapi mendustakannya (menipu), lalu membuat orang tertawa sebabnya, celakalah baginya, celakalah! celakalah!"


2.  Jangan sesekali ungkapan yang digunakan itu menghina orang lain. Hal ini kerana akan menimbulkan rasa tidak puas hati,bahkan boleh membawa kepada pergaduhan.


3.  Jangan ungkapan gurauan itu menakut-nakutkan orang lain.


Nabi pernah bersabda," Tidak halal bagi seorang muslim menakutkan saudaranya sendiri"




Wallahualam..

p/s : Ana kutip secebis ilmu ini daripada ceramah seorang ustaz (tidak ingat nama), peringatan buat diri sendiri dan buat yang lain.



1 comment:

  1. sy nk tye,, kwan sy ne ske bergurau n bg sy ianya mnyakitkn hati n xske..sampai 1 saat tu sy buktikn gurauan dy...mcm mne ek? sy nk thu mcm mne nk elak grauan tu..

    ReplyDelete