Bab 9 : Ketentuan Allah
Setelah hampir setengah tahun aku koma daripada tragedi kemalangan dulu, akhirnya aku sembuh dan dibenarkan pulang oleh doktor.
Rupa-rupanya bermacam perkara berlaku di sepanjang ketiadaan aku. Adikku Naufal sudah diijabkabulkan dengan sahabat rapatku Jamilah beberapa bulan selepas pernikahan adikku Ainul.
Kini tinggal aku seorang sahaja di rumah bersama ibu dan ayah. Adikku Ainul meneruskan kehidupannya sebagai pelajar begitu juga suaminya di luar negara manakala Naufal serta Jamilah tinggal di rumah yang mereka beli sendiri.
Aku bersyukur, adik-adikku telah selamat diijabkabulkan dan kini aku masih meneruskan kehidupan seperti biasa. Berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan meluangkan masa bersama-sama dengan ibu dan ayah.
“Kakak, nak ayah carikan calon?”
“Tak tahulah ayah”
“Dah tu takkan kakak tak nak kahwin?”
“Ish ayah, sunnah tu..jodoh tak sampai lagi”
Begitulah perbualan aku dan ayahku. Bukan aku tidak mahu untuk berkahwin tetapi aku seperti malas untuk memikirkan hal itu.
“Ayah, kalau ada sesiapa yang pinang kakak lepas ni, insyaallah akak terima je”
“Kakak pasti ke?”
“Insyaallah, pasti”
Ayahku senyum memanjang tatkala mendengar jawapanku. Aku redha, siapalah jodohku yang bertuah tu?
*************************************************************************************
Aku melihat dari jauh pekerja baru itu. Dengar cerita baru ditukarkan di sini. Tapi kenapa macam pernah tengok je,ha!..Kan aku ada fail peribadi pekerja-pekerja..Hmm…Ku belek satu persatu fail-fail, tak jumpa pula..Mungkin belum diisi lagi. Ah biarlah! Kenapa aku bersungguh sangat nak tahu siapa pekerja baru tu?! Astaghfirullahazim…!
Kedengaran bunyi ketukan pintu dari luar pintu pejabat aku.
“Masuk”, tegas aku sambil khusyuk menaip.
“Assalamualaikum,Rabiatul”
“Waalaikumsalam..”, jawab aku yang masih khusyuk menghadap komputer.
“Saya datang nak minta maaf..Maafkan saya ye Rabiatul sebab berkasar dengan awak dahulu”
Aku mengalihkan pandanganku ke arah suara tadi. Oh Dayana rupanya! Aku menghulurkan senyuman kepada Dayana lantas aku bangun dari tempat dudukku dan bersalaman dengannya.
“Dah lama tak jumpa Dayana, tengah hari ni kita makan sama ye?”
“Insyaallah..”,jawab Dayana.
*************************************************************************************
Aku merenung Dayana, nampak berseri mukanya..pakaiannya sudah tidak seperti dulu, dia sudah memakai tudung! Aku melihat kakinya..Dayana juga sudah berstokin..Alhamdulillah!
Tapi..
“Dayana nampak cantik la hari ini”,kata aku pada Dayana setelah memesan makanan tengah hari.
“Yeke..takdelah, biasa-biasa aje”, jawab Dayana tersipu-sipu.
“Seluar Dayana pun cantik, kalau dilonggarkan lagi seluar yang Dayana tu mesti lagi cun lah”,kata aku pada Dayana sambil tersenyum.
Dayana masih lagi tersipu-sipu tatkala mendengar ucapan ku itu.
*************************************************************************************
Petang ini hujan turun dengan lebat sekali. Jam menunjukkan pukul 5.40 minit petang. Aku masih terkial-kial menyiapkan kerja di dalam pejabat. Setelah siap menyiapkan kerja, aku mengunci pintu pejabat dan menuju ke tempat parking kereta.
Hujan semakin lebat, terasa nyaman sekali apabila musim hujan ini..Aku memandu kereta perlahan-lahan keluar dari tempat parking.
Kelihatan seorang lelaki sedang berjalan kaki dalam hujan, tanpa payung dan dalam keadaan yang basah kuyup. Apabila kereta yang ku pandul berlalu di sebelahnya lelaki tersebut, aku terintai-intai..mungkin aku kenal orang itu..
Ah! Pekerja baru di tempat kerja aku la!.. ‘kesianlah pulak tengah-tengah hujan ni’,desis hatiku.
Tapi ..takut kalau orang tu jahat ke..dahla aku ni perempuan..
Astaghfirullahalazim! Husnuzon..ok, niat aku nak tolong dia je..
Lantas aku menolak gear reverse dan menekan minyak dan berhenti. Aku menurunkan cermin tingkap pintu kereta ku;
“Assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”,jawab lelaki tersebut dalam keadaan mengigil kesejukkan tanpa memandang aku.
Lelaki tersebut masih meneruskan perjalanannya.
“Encik! Tunggu sekejap”
Aku menolak gear D (drive) dan menekan minyak lagi dan berhenti. Aku berasa sangat kasihan kerana lelaki tersebut sudah mengigil-gigil. Nanti kalau pengsan baru tahu!
“Encik nak balik rumah ke?”
“Ya”,jawab lelaki itu lagi. Masih lagi tidak memandang aku! Jadi aku tak berapa nampak sangat wajah dia.
“Maaf encik lagi sekali, dengan izin Allah saya hantarkan encik balik ke rumah..saya tiada payung untuk bagi encik”
Lama juga lelaki itu berfikir di tengah hujan lebat ini. Air hujan mula memercik masuk ke dalam tingkap pintu kereta aku. Mahu tidak mahu, dengan aku sekali basah!
Macam mana ni?aku dah ‘ter’ pelawa pulak, rasa kasihan mengatasi perasaan yang lain!
“Insyaallah”, jawab lelaki tersebut.
Lelaki tersebut membuka pintu belakang kereta ku.
‘Alhamdulillah,kalau dia duduk kat sebelah aku kan dah parah’,desis hatiku. Di sepanjang perjalanan, aku dan lelaki tersebut hanya berdiam diri. Yang kedengaran cumalah lagu selawat ke atas nabi di corong radioku.
Setelah zikir dan selawat di dendangkan lagu Kembali nyanyian kumpulan Far East pula mulai berdendang di corong radio kereta ku. Antara bait-bait yang menyentuh perasaanku:
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut di telan gelombang nafsu
Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin ku tinggalkan, terus bersemadi
Ingin aku kembali
Kepada fitrah insani
Tak sangupku
Jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku
Dari dibelenggu
Dosa noda
Nafsu durjana
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“ Belok kanan ye”
“Eh belok kanan!”
“Astaghfirullahalzim”,jawab aku setelah terlajak beberapa meter.
Gara-gara aku yang begitu menghayati lagu ini, aku tidak dengar lelaki tadi menjerit suruh aku belok ke kawasan perumahan. Ah! Terlajak pula!
“Maaf!”
“Anti berhenti sahaja di pondok hadapan tu”
Hujan mulai renyai-renyai. Lega pula setelah menurunkan lelaki tersebut di sebuah pondok tadi. Aku menjeling ke arah jam di keretaku, huh sudah pukul 6.35. Allah! Sudah lewat. Mesti ibu risau. Ini gara-gara traffic jem di sepanjang jalan raya. Maklumlah waktu petang macam ni memang ramai yang habis waktu bekerja dan pulang ke rumah.
*************************************************************************************
Peristiwa petang tadi telah menganggu fikiran Azam.
‘ Entah bagaimana aku boleh satu ofis dengan dia.Boleh pula dia tak kenal aku. Bukan ke dahulu kau yang tolak pinangan aku. Apa kurangnya aku?’,desis hati Azam
“Aish jauh termenung?”,kata Naim sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.
“Astaghfirullahalzim”, tersentak Azam tatkala bahunya di sentuh Naim.
“Anta ada masalah ke?”
“Tak ada”
“Anta cerita je lah pada ana,insyaallah kalau-kalau ana boleh tolong”
“Ana cuma..hmm..tak ada apa lah”
Setelah menjawab pertanyaan sahabat serumahnya, Azam terus masuk ke dalam bilik air dan mengambil wudhuk. Lantas dia menunaikan solat sunat istikharah:
‘Ya Allah, mengapalah perasaan ku ini pada Rabiatul Adawiyah semakin membara,aku ingin sangat menjadikan dia sebagai isteriku yang sah..peristiwa petang tadi betul-betul menguji keimanan ku. Mana mungkin aku dapat menahan gelojak nafsu ini Ya Allah..Namun, kisah Nabi Yusuf a.s dan Siti Zulaikha tetap ku jadikan pedoman. Bagaimana aku mahu aku berhadapan dengannya esok? Tiap kali aku melihatnya pasti jiwa ku runtun. Begitu indah ciptaanMu Ya Tuhan. Aku berserah padaMu Ya Allah!’
Setelah menunaikan solat, Azam bertemu dengan sahabatnya Naim:
“Anta ok ke?”
“Entah..”,jawab Azam lesu.
“Ceritalah pada ana..paling kurang pun anta berasa lega sedikit”,kata sahabatnya Naim.
**********************************************************************************
Kali ni aku dah nekad! Aku nak siapkan kerja awal hari ni. Aku nak balik pukul 5 tepat. InsyaAllah..Aduih, pesal sakit perut plak ni..Sabar ye wahai perut,sikit lagi dah nak siap dah ni..sikit sahaja..sabar ye..
Aduih! Dah tak tahan lagi..Lantas aku berlari-lari anak meninggalkan pejabat aku untuk ke tandas. Ah! tak tahan!
“Dush!”
“Ya Allah!”,jerit aku. Seakan aku telah terlanggar sesuatu sehinggakan aku seakan terpelanting ke tepi dinding.
“Maafkan saya, saya minta maaf”,ulang lelaki tersebut berkali-kali.
“Tak apa”,jawab aku yang masih teruskan perjalanan. Ah! seharusnya aku melepaskan hajat ni tadi bukannya sekarang. Salah aku juga! Nasib baiklah aku cuma terlanggar fail-fail yang dibawanya. Bukanlah orangnya!
No comments:
Post a Comment