Bab 2 : Bekerja di Bandar
Aku merenung dari tingkap kaca bilikku, melihat suasana pagi yang menyamankan. Sungguh hebat ciptaan Yang Maha Esa yang mencipta langit tidak bertiang, yang memberikan udara untuk kita bernafas, aku bermuhasabah diri sebentar.
“Ayah, hari ni kakak nak buat breakfast yang special untuk ayah”
“Yalah, ayah pun nak tukar selera juga”, jawab ayahku sambil mengenyitkan matanya padaku. Ibu pula menjeling ayahku sambil mencubit kecil lengan ayah.
Aku dan ayah tertawa dengan gurauan tersebut, ibu pun turut sama ketawa kecil. Sudah sekian lama aku tidak ketawa sebegini ketika bersama dengan keluarga.
“ Sunyi sangat rumah ni, sejak anak-anak ibu semuanya sambung belajar,Rabiatul, Naufal dan Ainul aje lah permata hati ibu dan ayah yang dapat hidupkan suasana ceria dalam rumah ni”, kata ibu dengan nada terharu.
“ Ibu janganlah macam ni, sentimental pulak..hee,jomla ke dapur”,pujuk aku sambil meletakkan lenganku di atas bahu ibu.
Aku dan ibu meninggalkan ayah di ruang tamu yang sedang asyik membelek kertas kerjanya. Sudah sekian lama aku tidak memasak di dapur rumah ini,maklumlah sudah lama aku tidak pulang ke rumah.
“Ibu, bila Naufal dan Ainul pulang ke rumah? Dah lama dah tak jumpa adik-adik,rindu pula”
“ Naufal tak bagi tahu ibu lagi, risau juga ibu dah 2 hari tak telefon ibu”,jawab ibu dengan nada sedikit merajuk.
“ Dia busy kot, baru ni dia mesej kakak, ada exam katanya,kakak tanya bila balik,dia dah tak balas dah mesej,tapi ibu jangan risaulah”, kata aku dengan nada sedikit memujuk.
Sedang aku dan ibu sibuk menyediakan sarapan pagi, telefon rumah mulai berdering. Cepat- cepat aku ke ruang tamu rumah untuk menjawab panggilan.
“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam, boleh ana bercakap dengan Rabiatul Adawiyah”, kata si pemanggil
“Ya, ana yang bercakap ni. Minta maaf boleh ana tahu siapa yang bercakap ni”
“Ana cuma nak bagitahu anti yang ana ada hantar rombongan meminang, ana tak mahu anti terkejut aje”
Tatkala aku mendengar jejaka yang menelefon aku berkata sebegitu, aku menjadi seperti tak keruan,rasa keliru pun ye jugak. Tidak pernah aku berhubung dengan mana-mana lelaki apatah lagi berkawan. Siapa pula yang nak jadikan aku sebagai isterinya? Padahal aku tidak kenal pun siapa jejaka tersebut.
“Anta? pinang ana..?”
“Ana harap anti beri jawapan yang terbaik, assalamualaikum”
“Waalaikumsalam”
Baru sahaja seminggu aku di tanah air, datang pula rombongan meminang. Aku fikirkan setelah aku habis belajar aku mahu membina kerjaya sendiri, tidak terfikir pula akan alam perkahwinan. Jika dihitung umur aku sudah menjangkau 26 tahun. Jadi?hmm..
“Aish, berkerut-kerut dahi nampak..hehe..siapa yang telefon?”,tanya ayah yang rupa-rupanya sedari tadi memerhatikan aku. Aish malu aku!
“Ayah dengar macam ada orang nak kena pinang je”,kata ayah lagi sambil tersenyum tanpa belum sempat aku menjawab.
“Entahlah ayah, breakfast ayah dah siap tu,jomla makan”,jawab aku cuba mengubah topik.
Hairan juga aku,ibu dan ayah aku sedari tadi asyik tersenyum sahaja ketika di meja makan. Seperti ada isyarat mata je antara ibu dan ayah aku ni. Berkerut-kerut kening aku memikirkan bahasa isyarat apa lah yang digunakan oleh kedua orang tuaku ini.
Habis sahaja makan, aku menolong ibu mengemas dapur;
“Kakak, ni surat baru sampai tadi, ayah nak pergi kerja dah ni,jaga ibu kamu elok-elok”,kata ayah sambil mengenyitkan mata pada ibu lalu menyerahkan sepucuk surat kepadaku.
Aku mula tertawa kecil apabila melihat gelagat ayahku,ayah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku dan ibuku di dapur sebelum pergi kerja. Dengan penuh berhati-hati aku membuka surat tersebut.
“Alhamdulillah, ibu saya dapat kerja tu,Ketua Pegawai Geologi..dekat saja”,kata aku sambil tersenyum gembira.
“Alhamdulillah,kat bandar aje..boleh pandu kereta ibu buat sementara waktu ni”,jawab ibu selepas memeluk aku kerana gembira aku sudah memperoleh pekerjaan.
**********************************************************************************
“ Tujuan kami datang ini sebenarnya mahu merisik anak sulung Tuan dan Puan bagi pihak empunya diri,dia tidak hadir dalam majlis ini”,
“Perkenalkan ini anak gadis saya yang sulung, Rabiatul Adawiyah”,jawab ayah sambil tersenyum pada sepasang suami isteri yang datang merisik aku. Aku bersalaman dengan makcik itu sambil menghulurkan senyuman.
“Panggil je makcik ni Cik Mah, makcik nak borak dengan Rabiatul kejap,yelah nak merisik”, kata Cik Mah sambil tertawa kecil.
“ Boleh aja Cik Mah”,jawab aku sambil tertunduk malu.
Agak lama juga lah Cik Mah berborak dengan aku. Banyak juga soalan yang diajukan seperti kebolehan memasak dan macam-macam lagi.
“Tuan dan Puan,jejaka yang mahu menjadikan cik Rabiatul sebagai isterinya mahukan proses pertunangan dilakukan dahulu dan sebulan selepas itu diijabkabulkan, jadi apa keputusan cik?”,tanya suami kepada Cik Mah kepada aku.
Ibu dan ayah mula kelihatan gelisah, aku masih tidak dapat tangkap apa kedua orang tuaku risaukan. Tanpa membuang masa, aku rasa aku harus berterus terang dengan Cik Mah dan suaminya tentang hasrat hatiku.
“ Cik Mah, Pakcik..hmm,bagaimana saya nak nyatakan keputusan jikalau tiada proses berta’aruf,jika pihak lelaki tu kenal saya, saya pun mahu kenal siapa gerangan yang meminang saya tu”,jawab aku dengan lembut dan agak segan la.
Cik Mah dan suaminya berpandangan sesama mereka, seolah-olah tidak tahu nak jawab apa dengan pertanyaan aku tadi. Mungkin pertanyaan aku tadi membuatkan mereka berasa kurang senang? Ataupun aku ni banyak songeh? Entahla, jika diikutkan dengan zaman sekarang ni, aku harus berhati-hati dalam memilih calon suami. Namun aku percaya, dalam apa jua keputusan aku harus minta petunjuk dari Allah melalui solat istikharah.
Teringat pula aku akan firman Allah;
Dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
*************************************************************************************
“Selamat datang Cik Rabiatul Adawiyah, perkenalkan semua,ini adalah Ketua Pegawai Geologi kita yang baru setelah Puan Mariam iaitu Ketua kita yang sebelum ini bersara”, kata salah seorang Pegawai Geologi di pejabat aku bekerja.
“Assalamualaikum semua”,ucap aku setelah aku diperkenalkan di hadapan pekerja-pekerja pejabat aku.
“Beliau berpengalaman dalam kajian batu-batu ,pasir dan ‘sediment’ dan juga research yang dilaksanakan ketika belajar di luar Negara mendapat pujian professor-profesor di sana. Sebelum ini beliau bekerja sebagai Pegawai Geologi dan telah menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi di Universiti terkenal di luar Negara”,kata Pegawai itu lagi. Sememangnya aku tidak suka dipuji kerana tidak mahu adanya sifat riak dalam diri aku. Tetapi aku menghormati keputusan lembaga pengarah yang mahu latar belakang pendidikan aku diceritakan kepada pekerja-pekerja di pejabat. Hanya nama universiti yang aku belajar sahaja dapat aku rahsiakan.
Sejak dari itu aku sudah mula bekerja setelah hampir dua minggu menganggur di rumah. Setiap pagi aku akan pergi ke tempat kerja dan pulang jam 5 petang, hari sabtu dan ahad adalah hari cuti jadi dapatlah aku meluangkan masa bersama-sama ibu dan ayah.
bersambung...
No comments:
Post a Comment