Wednesday, March 9, 2011

Manisnya iman [Cerpen]


Bab 11 : Cintamu dan fitrahku

Telefon bimbitku mulai berdering, aku masih lagi menaip menyiapkan kerja-kerja di pejabat. Ya Allah, nampaknya aku terpaksa balik lambat juga hari ini! Gara-gara sakit perut tadi, hampir 20 minit masa aku bazirkan di tandas saja.
“Assalamualaikum, ibu”
“Waalaikumsalam,kakak lambat lagi ke?”
“Maaf ibu, insyaallah 30 minit lagi kakak sampai ye”
“Ok, ibu ganggu ke?”
“Tak delah bu, cuma taip sikit-sikit je”

“Hmm, tak pe lah, ibu nak memasak, kejap lagi ayah kamu balik..assalamualaikum”
“Waalaikumsalam..”

*************************************************************************************
Kali ni aku sudah selesai menyiapkan kerja, ku lihat fail-fail yang tersusun di atas meja ku. Terselit sekeping fail kuning emas. Menarik minatku untuk membuka dan membaca isi dalamnya. Ku baca tajuk depan fail tersebut ‘ Batuan jenis konglomerat’. Ah! data ini aku belum check dan sahkan lagi.
Aku mengambil fail di bawah fail tersebut. ‘Maklumat peribadi’ ,

Oh! Mesti maklumat pekerja baru tu. Ku lihat gambar passport lelaki tersebut, macam pernah ku lihat..hmm tapi tak ingat siapa..nama lelaki ni Muhammad Azam..Hmm..ha! Azam!

Tiba-tiba aku teringat semula kisah hampir setahun yang lalu! Aku pernah..menyukainya! Ya Allah…Kenapa perasaanku ini berbunga kembali!

Aku menjeling ke arah jam tanganku ini. Aku berharap agar tidak bertembung dengan Azam on the way nak ke parking kereta ni. Aku harus berhati-hati ! Bukan apa, aku cuma tidak mahu sangat melayan perasaan ni, fitrahku? Hanya Allah saja yang tahu.

“Cik,cik!”,jerit seorang lelaki.

Ish siapa pula yang berani-berani panggil aku di petang yang mulia ni! Dah la aku nak cepat ni! Dengan malasnya aku menoleh ke arah suara tersebut.

“Ya,ada apa?”
“Ni sapu tangan cik ke?”
“Eh ni saya punya..kenapa boleh ada pada encik?”
“Ohh..tadi cik terlanggar saya masa di pejabat tadi..cik jalan laju sangat,tak sempat nak bagi sapu tangan ni”
“Terima kasih..”,jawab aku bermalasan.
“Oh ye, nama saya Nizam”,jawab lelaki tersebut sambil menghulurkan tangan.

‘Sesungguhnya kepala yang ditusuk besi besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya’ – Hadis Riwayat Tabrani & Baihaqi.

 “Maaf..”,jawab aku sambil menundukkan kepala tanda hormat. Lantas aku menoleh sebelum mengucapkan salam. Malas nak biarkan perbualan kami berpanjangan, nanti timbul fitnah pula! Bukan saja fitnah di mata orang tetapi juga di mata hati ni!

“Nanti!..nama awak apa?”

Ya Allah! Nampaknya Kau menguji aku! Lantas aku menoleh dan menjawab :

“Rabiatul Adawiyah..pulang dulu..Assalamualaikum!”

“Waalaikumsalam”
*************************************************************************************

Ya Allah..kali ni begitu besar dugaanMu, semalam aku dapat panggilan telefon daripada Nizam ketika di rumah. Entah dari mana entah dia dapat nombor telefon ku, malam ni pula aku dapat e-mail daripada Nizam, dari mana pula dia dapat e-mail address ku:

“Hai awak..selamat malam, maaf ganggu awak tadi..kenapa awak macam mengelak je bila saya call tadi? 

Awak malu dengan saya ke??..Gudnite! sleeping beauty..:)”

Astaghfirullahalazim!! Malas aku nak melayan..aku terus delete email tersebut di inbox. Betapa bencinya aku dengan perbuatan Nizam!

“ Rabiatul, hari ni kita makan sama ye”
“Insyaallah..kat tempat biasa ye”, jawab aku ketika baru sampai di pejabat.

 Masuk sahaja aku ke dalam pejabat, ku lihat sejambak bunga di atas mejaku. Siapa punya bunga pula ni?? Ku belek-belek, tertera pula nama ku sebesar-besar alam di atas sekeping kertas:

KHAS BUATMU: RABIATUL  ADAWIYAH
DARI : SYED NIZAM SYED AHMAD

Ku renyuk kad tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah.Nah! puas hati ku.Ya Allah! Kau duga aku..aku harus kuat!

“Kring..kring..kring”

Telefon pejabat berbunyi:

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..ni saya Nizam”
“Ada apa?”
“Dapat tak bunga yang saya bagi ?”
“Awak ada kat bilik ke sekarang?”

‘Yes! Baru bagi bunga, dah nak jumpa aku kat bilik..Wah! senang je nak tackle minah ni’,desis hati Nizam.

“Ada..nak jumpa saya ke,rindu saya la tu..hehe”

Ya Allah, membaranya hati aku..nak je aku lempang guna kasut aku ni..Sabar ye Rabiatul.

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam..”

Dengan bertemankan Dayana, aku pergi ke pejabat Nizam yang juga satu tempat kerja dengan aku. Mahu tidak mahu, peribadi atau kerja..aku harus berterus terang.

“Tok..tok..tok”,pintu pejabat Nizam bagai nak runtuh aku ketuk.
“Assalamulaikum”,ucapku.
“Waalaikumsalam”, jawab Nizam tersenyum ala-ala lelaki melayu terakhir.
“Saya harap cik Nizam tak terasa hati atau ambil hati dengan apa yang saya nak katakan ni”
“Rabiatul nak cakap apa?cakaplah”,kata Nizam sambil merenung mataku dalam-dalam.

Ya Allah tak selesanya..!

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan MEMELIHARA KEMALUANNYA; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat dari Surah An-Nur(24) ayat 30"

“Apa? Saya tak faham?”,kata Nizam berkerut-kerut kening.

Sememangnya sudah suatu tabiat apabila aku marah, aku akan kemukakan dalil sampai lupa pula orang tu faham ke tak.

“Encik Nizam, saya sangat hargai apa yang encik bagi saya macam bunga, hantar e-mail dan selalu telefon saya..tetapi Encik Nizam itu bukanlah cara yang baik untuk memikat hati seorang wanita. Saya tak kisahlah kalau encik nak kata yang saya ni perasan ataupun encik dah biasa buat perkara ni pada wanita yang lain tapi apa yang saya nak tegaskan di sini adalah saya tak suka dengan apa yang encik lakukan”,kata aku dengan tegas sambil mengerutkan kening. Agak menakutkan jugalah muka aku ni.

“Tapi..saya suka kan awak!”,jawab Nizam dengan tegas juga. Ish tak malu langsung Nizam! Dahla  Dayana berada di sebelah aku.

“Kalaupun encik suka kan saya..fitrah saya hanya satu..cinta saya hanya satu..cinta yang sejati bermula daripada cinta yang hakiki..Matlamat tidak menghalalkan cara, encik fikirkanlah cara yang lagi halal untuk memikat wanita..Assalamualaikum”, lantas aku keluar daripada pejabat Nizam. 

Aku langsung tidak menghiraukan panggilan Nizam. Bukan apa, aku tidak mahu memanjangkan perbualan kerana nanti perkara akan menjadi lebih buruk lagi.



Bab 12 : Benar atau tidak?

Dah 2 hari aku tak nampak dia. Dia pergi mana? Ah! mungkin aku je yang tak perasan. Eh kenapa pula aku nak fikir pasal dia. Teringat pula perbualan aku dan Dayana semalam semasa makan tengah hari:

“ Rabiatul, awak ok ke?”
“Ok je..insyaallah”, jawabku muram sambil membelek cincin di jari manisku  yang diberi ibu tempoh hari.
“Eh, tu bukan Azam ke pekerja yang baru pindah kat pejabat kita”,kata Dayana sambil menunjukkan ke arah kedai makan bertentangan dengan kedai aku.

Tiba-tiba jantungku berdegup kencang tatkala Azam memandang ke arahku. Serentak itu kami mengalihkan pandangan. Ya Allah, pandangan itu panahan syaitan..

*************************************************************************************
1 NEW MESSAGE
-View-
013*******

‘Salam..saya nekad nak pinang awak..saya cintakan awak..saya nak jadikan awak sebagai permaisuri hidup saya’

-Reply-

‘Salam..siapa ni?’

1 NEW MESSAGE

-View-

‘Saya Nizam..’

Allah! Dia nak pinang aku..? tapi aku..aku..tak cinta kan dia..Aku berserah padaMu Ya Allah..
************************************************************************************

“Assalamualaikum..tuan dan puan, tujuan saya datang ni sebenarnya mahu merisik anak tuan dan puan yang namanya..hmm..Kejap ye”, kata seorang pakcik .

Ku lihat ayah dan ibu sedari tadi kelihatan gelisah dan tak keruan. Hmm,yelah aku faham,aku seorang je lah anak mereka yang tak kahwin lagi. Apabila aku dah kahwin,siapalah yang nak jaga mereka.

“Maaf ye tuan puan,lupa pula namanya..Rabiatul Adawiyah”

Tatkala namaku disebut, aku mulai menitiskan air mata. Aku sudah berjanji dengan ayahku bahawa sesiapa 
sahaja yang datang meminangku, ayahku boleh terima sahaja pinangan tersebut tanpa perlukan persetujuanku. Janji tetap janji,aku tidak mahu tergolong dalam golongan orang-orang munafik.

Esakkanku semakin kuat, aku berlari masuk ke dalam bilik. Boleh ke aku hidup dengan insan seperti nizam. Aku akui..aku sebenarnya cintakan Azam..Ya Allah,aku redha..aku redha..aku redha..Air mata mulai membasahi pipi laksana wanita kematian suami..Aku beristighfar panjang..perlu ke aku menangis sebegini? 

Aku bangun dari katilku lantas mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat taubat.
Habis sahaja menunaikan solat, kedengaran suara ayah dan ibuku berkali-kali meminta maaf kepada rombongan merisik tersebut..Apa yang dah berlaku ni? Aku cuba menekapkan telingaku di dinding untuk mendengar perbualan tersebut:

“Maafkan kami, anak kami sebenarnya sudah bertunang”

Ha? Aku dah bertunang? Yelah tu..Bila pula aku bertunang..biar betul ayah ni..Cahaya lampu di bilikku telah membuatkan cincin di jari manisku bersinar-sinar.

Aku mulai terfikir dan teringat yang cincin ini diberi oleh ibu tempoh hari.Adakah ini cincin pertunangan??

Ya! Aku dah bertunang..Aku tersenyum sendirian..Tapi siapa bakal suami ku??
*************************************************************************************

“Lah kenapa monyok je ni?”, tanya Naim sambil memegang remote televisyen.
“Tak ada apalah”,jawab Azam.
“Anta suka sangat berahsia,hmm sampai bila nak berahsia dengan ana”
“Tak ada apa lah Naim..Ana cuma pening je hari ni”

Sahabat Azam hanya mampu menggelengkan kepala, Azam memang seorang yang tidak banyak bercakap dan pandai berahsia.

“Ana cuma tak sedap hati”,kata Azam lagi.
“Kenapa?”,tanya Naim yang seakan berminat ingin tahu masalah yang Azam alami.
“Nizam dan Rabiatul Adawiyah”,pendek sahaja jawapan Azam.
“Anta cemburu ye?”,tanya Naim sambil tersengih-sengih.
“Taklah”
“Kalau ada jodoh,tak ke mana nye sahabatku”,kata Naim lagi sambil menyentuh bahu Azam.

*********BERSAMBUNG*********

No comments:

Post a Comment