Sunday, June 3, 2012

Belajar dari pelajar dalam pelajaran yg mengajar

Kehidupan sebagai seorang pelajar sememangnya memberi begitu banyak cabaran. Dalam menempuh cabaran ini, ada yg memilih untuk mengeluh, tidak puas hati dan ada juga berdendam! Ya, tidak dinafikan hal itu boleh terjadi apabila rasa tidak puas hati yang sebati dalam diri dan disimpan semat dalam hati. Namun begitu,tidak ramai yang melihat setiap cabaran tersebut dengan mata hati. Berapa ramai yang memilih untuk redha dan terus menjalankan urusan hidupnya dengan husnudzhon (bersangka baik)? Ya, tidak dinafikan memang sukar untuk melahirkan sifat mahmudah ini dan yang peliknya agak mudah untuk melahirkan sifat mazmumah! Aiseh!
Yang pastinya, kita berhak memilih. Sama ada terus hidup bergelumang dengan sangkaan buruk hingga lahirnya sifat mazmumah lain seperti hasad dengki dan sebagainya ataupun cuba untuk bersifat mahmudah walaupun terkadang dtg juga rasa sangkaan buruk tersebut, tetapi sepantas halilintar ditepis perasaan ‘ngok ngek’ tersebut. Sebagai pelajar juga, pada masa inilah kita timba pengalaman untuk berhadapan dengan kawan-kawan yg mempunyai 1001 sifat yg bermacam. Sifat-Sifat yang pelbagai inilah membuatkan kita punya ‘skills’ untuk berhadapan dengan manusia lain apabila memasuki alam pekerjaan.
Walaubagaimanapun, skills kita untuk mengajak kea rah kebaikan dan mencegah kemungkaran pun semakin diasah apabila berada di alam ‘ngaji’ ni. Yang pastinya, bijak menguruskan masa adalah sangat penting! Peruntukkanlah masa untuk menunaikan ibadah kepada Allah, belajar, menghadiri majlis ilmu seperti usrah/bulatan gembira,ceramah mahupun tazkirah. Ingatlah bahawa hati manusia ini boleh menjadi ‘kering’ apabila lalai daripada mengingati Allah dan apabila kurang menghadiri majlis ilmu!

No comments:

Post a Comment